BAB 9

45.4K 1.9K 64
                                    

"Dian?"

"Encik Norman!"

"What a small world. Awak buat apa dekat sini?"

Eh eh... ini soalan aku wajib jawab ke tak ni? Apa punya soalan daa...

"Tengah breakfast, Encik Norman. Takkanlah tengah menyanyi pulak."

Norman tergelak apabila Dian menyindirnya.

"Betul jugak. Apa punya soalanlah saya tanya." Dengan selamba Norman menarik kerusi di hadapan Dian sebaik sahaja Chris bangun dari duduknya.

"What can I get for you, sir?" tanya Chris sambil matanya memandang Dian dan memberi isyarat 'you gotta tell me the whole story'. Dian sengih sahaja kepada Chris.

"Americano and..." Matanya memandang ke arah pinggan french toast Dian. "French toast. Sama macam Dian punya."

Chris mencatat di dalam buku notanya. "Americano and french toast, just like Dian." Chris sempat mengenyitkan mata kepada Dian sebelum melangkah pergi dari meja itu.

"So..." Norman bersandar pada kerusi sambil mata masih memerhati Dian yang sedang menyuap suapan french toast yang terakhir ke dalam mulut.

Dian angkat kening.

"Nak pergi mana lepas ni? You've got a plan already?" tanya Norman.

Dian memandang jam tangannya sekilas. Jam sudah hampir ke pukul 11 pagi.

"Not sure. Mungkin nak tengok wayang, window shopping... anything that can kill the time."

"So, you don't have any serious plan?"

Dian mengangguk. Perbualan mereka terhenti sekejap apabila Chris datang membawa sepinggan french toast dan secawan Americano dan diletakkannya di atas meja.

"Good. I need to do some shopping. Perhaps you can come with me?"

Dian yang sedang menghirup espresso tiba-tiba tersedak perlahan mendengar perlawaan bosnya itu.

"Apa, Encik Norman?"

"I have a little bit shopping to do. Boleh awak tolong saya?"

"Kenapa?" Like seriously, takkan shopping pun nak kena minta tolong orang? Ini dah kes serius ni!

"Saya balik Malaysia dari Australia in a rush bila dengar yang abah saya kena heart attack. I just grab my coat and passport je masa nak pergi airport. So basically now I don't have proper clothes to wear daily."

Dian mengangguk perlahan. It explains a bit... Patut la pagi-pagi Sabtu macam ni dia hentam pakai kemeja dengan slack, rupa-rupanya tak ada baju lain. Kesian betul... tapi rasa nak gelak pun ada jugak, Dian tersenyum di dalam hati.

"Takkanlah tak ada langsung? I mean, takkan Encik Norman simpan semua stok baju dekat Australia tu kot?"

"I've been staying there for like 8 years already, Dian."

"Maknanya memang tak ada langsung la ni?" tanya Dian lagi sekadar untuk kepastian.

"If you think that kain pelekat and shirts are proper clothes to wair daily, then I do have that a lot." Ujar Norman selamba dengan senyumannya.

Dian berfikir sejenak. Nak tolong ke tak nak tolong... hari Sabtu kot, takkan nak kerja? Bosannya! Tapi ini bos kot! Takkan tak nak tolong pulak?

"Banyak ke barang yang nak cari?" tanya Dian dengan serba salah.

"Depends. Tapi awak boleh isi borang claim nanti. Anggap je ni kerja overtime. Okey, Dian?"

"Okey, Encik Norman." Jawab Dian.

Norman meneruskan suapan french toast ke mulutnya sambil memuji kesedapan french toast itu kepada Dian. Dian hanya tersenyum sambil menunggu Norman selesai makan.

"Okay, lets go." Ujar Norman sebaik sahaja membayar harga makanan untuk mereka berdua sebentar tadi.

Mereka berdua berjalan bersama-sama ke arah kereta Norman yang terletak tidak jauh dari kafe itu.

"Err... Encik Norman." Dian memanggil tiba-tiba. Langkah mereka berdua terhenti.

"Yes?"

"Am I good to go?" tanya Dian perlahan sambil memandang pakaian yang dipakainya. Aku pakai selekeh je kot!

"What do you mean?"

"I mean, my clothes. Am I good to go?"

Norman tersenyum manis. Dia memandang tepat ke arah mata Dian. "You're always good to go, Dian. Perempuan cantik, kalau pakai apa pun tetap akan nampak cantik."

Dian terkelu mendengar pujian Norman.

Dia cakap aku cantik?

Seriously?

Dan... kenapa hati ni tiba-tiba berdegup laju?

***

Notakaki : Hola peeps! Jadi macam mana? Masih berada di #TeamAidil atau dah beralih ke #TeamNorman ? Saya nak jadi #TeamDian ! :)

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now