BAB 14

46.2K 1.8K 73
                                        

Dian dan Norman mula duduk di tempat makan mereka apabila acara makan bakal bermula. Kebetulan mereka ditempatkan semeja dengan Tan Sri Adam dan Puan Sri Khaleeda berserta dengan Aidil di meja utama.

Dian dapat lihat Aidil kelihatan lain selepas insiden tadi. Dia hanya diam tidak bersuara dan hanya memerhati sahaja. Sesekali dia bercakap apabila perlu.  Dian mula rasa kesian apabila Aidil kerap memandang ke arahnya dengan riak bersalah.

Should I give him a chance?

"Dian, are you okay?" tanya Norman apabila melihat Dian diam sahaja dari tadi.

Dian hanya mengangguk sahaja.

Beberapa orang pelayan mula datang dan menghidangkan makanan kepada meja utama. Hanya meja utama sahaja yang dihidangkan makanan manakala meja yang lain menggunakan konsep buffet. Setiap orang di meja utama telah dihidangkan dengan sup cendawan bersama crouton sebagai pembuka selera. Dian lihat Aidil sempat berbisik sesuatu kepada pelayan itu dan kemudian pelayan itu meneruskan kerjanya.

Apabila pelayan itu tiba di tempat Dian, belum sempat Dian bersuara bahawa dia tidak mahu sup cendawan itu kerana dia alergi terhadap cendawan, pelayan itu terlebih dahulu telah menghidangkan pumpkin soup  kepadanya tanpa diminta.

"Excuse me, why does she get a pumpkin soup sedangkan yang lain dapat mushroom soup?" tanya Norman yang musykil.

"Tuan Aidil yang suruh, encik. Dia cakap Cik Dian alergik cendawan."

Norman memandang Dian apabila mendengar jawapan pelayan itu tetapi Dian pula terus memandang ke arah Aidil. Aidil tidak memandang ke arah Dian malah sedang berbual bersama seorang wanita yang duduk di sebelahnya. Wajah Dian berubah apabila Aidil kelihatan seperti tidak mengendahkannya.

Tapi, bukan itu ke yang kau minta, Dian? bisik hati Dian perlahan.

"He surely knows much about you," ujar Norman tiba-tiba.

Dian diam tidak menjawab. Matanya yang degil itu selalu sahaja mencuri pandang ke arah Aidil secara senyap-senyap.

"You're to obvious, Dian."

"Hah?" Dian memandang ke arah Norman.

"Curi-curi pandang Aidil. Ingat saya tak perasan?" ujar Norman selamba dengan senyuman manisnya.

"Mana ada!"

Norman tiba-tiba mengalihkan badannya menghadap Dian. Matanya memandang terus ke arah mata Dian. "From the first day... Saya tahu awak dengan Aidil, there must be something going on between you both. It's too obvious, dear."

Dian jadi kelu.

"Tapi... You should know by now that I have a crush on you too."

Mata Dian membulat. "Apa, Encik Norman?" Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia terkejut.

Norman tersenyum lagi dengan senyuman membunuhnya.

"So sweetheart, I hope the best man win!"

Dian terkaku di tempatnya.

***

Dian berbaring di atas katilnya sambil memikirkan kata-kata Aidil dan Norman malam semalam. Kedua-duanya amat memeningkan kepala! Seorang meminta peluang, seorang lagi cuba merebut peluang. Aku kat tengah-tengah jadi apa? Piala pusingan?

Tapi... hati memihak kepada siapa, Dian?

Telefonnya yang tiba-tiba berdering mematikan lamunan Dian. Dia mencapai telefon bimbitnya di meja tidur lalu melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefonnya.

Abang? Pagi-pagi Sabtu macam ni?

"Hello?"

"Dian, awak busy tak sekarang?"

"Ermm... Tak kot..."

"Good. Boleh awak datang office sekarang? I need your help. Urgent."

Dahi Dian berkerut. Awak?

"Boleh, Encik Aidil. Give me 45 minutes and I'll be there."

Dian cepat-cepat bersiap ala kadar dengan hanya memakai seluar jeans warna gelap dan kemeja warna kelabu. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas. Hari Sabtu tak payah nak formal sangatlah.

"Dian, hang nak pi mana?" tanya Yatie apabila ternampak Dian di muka pintu rumah.

"Aku nak pi office sat. Aidil panggil. Katanya urgent," jawab Dian sambil menyarungkan kasut tingginya.

"Aidil? Awat pulak dah? Sofia mana?"

"Entahlah, Tie. Mana aku tau. Aku pergi dulu eh..."

"Yelah... Hati-hati drive!"

Dian mengangguk lalu terus keluar dari rumahnya sambil berfikir. Betul jugak... Sofia mana? Kenapa panggil aku?

***

Notakaki : Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua pembaca BKD! Sorry tak dapat nak update selalu. Apa-apa pun, enjoy reading and keep rocking!

Bekas Kekasih Dia! ☑Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang