BAB 32

41.4K 1.6K 56
                                        

Seminggu berlalu sejak peristiwa yang berlaku antara Norman dan Julia. Kini Julia sudah kembali bekerja seperti biasa, tanpa mahu memikirkan tentang perkara yang lepas. Apa yang lebih penting adalah masa depan dan tak perlu diungkit lagi hal-hal lama.

Nobody can drag you down, Julia.

Julia memegang prinsip yang satu itu. What past is past. Tak perlu difikirkan lagi. Lagipun, tiada apa yang perlu dirisaukan apabila baru semalam Julia datang bulan. Lega... sekurang-kurangnya dia sudah pasti tidak mengandung.

Julia tekun meneliti fail di atas mejanya. Sesekali dia menaip di atas papan kekunci laptopnya.

Sudah hampir lima bulan Julia bekerja di bawah syarikat papanya sendiri. Syarikat yang dibina semula from scratch apabila syarikat milik Datuk Kamil pernah menghadapi penyelewengan wang syarikat oleh individu yang tidak diketahui sehingga menyebabkan Datuk Kamil jatuh muflis dan terpaksa berhutang dengan Tan Sri Idris.

Tan Sri Idris merupakan adik kepada Tan Sri Adam, ayah kepada Aidil. Kerana Tan Sri Adam dan Datuk Kamil memang sudah lama berkawan baik, lebih-lebih lagi isteri mereka berdua turut berkawan rapat sejak sekolah rendah, Tan Sri Adam dengan bermurah hatinya ingin membantu Datuk Kamil supaya berdiri semula selepas jatuh tersungkur.

Dari situlah Julia mengenali Aidil, dan kemudian Julia mendapat tahu bahawa Aidil merupakan sepupu kepada Norman. Walaupun Tan Sri Adam banyak berjasa kepada keluarganya, tetapi nasibnya baik apabila papanya dan Tan Sri Adam tidak pernah memaksa mereka berdua untuk berkahwin atau menjalinkan hubungan. Walaupun mamanya dan mummy Aidil pernah mahu memadankan mereka berdua, tetapi tidaklah sampai hendak memaksa.

Pintu Julia diketuk dari luar kemudian pintu biliknya terbuka dan Datuk Kamil tercegat di muka pintu.

"Yes pa?"

"Tahu kan tengah hari ni ada meeting dekat syarikat Tan Sri Adam?"

Julia mengangguk perlahan dengan senyuman.

"Thanks Julia. Sorry, papa ada urgent nak ke Melaka petang ni. Kalau tak dah lama papa yang pergi meeting tu sendiri."

"No worries, pa. Insya-Allah Julia boleh handle. I'll bring Abang Khal along..."

"That's great. Khal banyak tahu tentang projek ni. Dia boleh bantu Julia mana yang patut. Orang kanan papa la katakan..." ujar Datuk Kamil. "Okeylah Julia... papa kena pergi dulu. Bertolak lambat karang sampai malam pulak."

"Okey, pa. Take care!"

Sebaik sahaja Datuk Kamil berlalu, Julia kembali fokus pada kerjanya sehingga ralit. Apabila jam sudah menginjak ke pukul 1.15 tengah hari, Julia pantas mengemas barangnya. Mesyuarat bersama Tan Sri Adam akan bermula pada pukul 2 petang.

Julia melangkah ke arah bilik Khal yang terletak di sebelah biliknya. Pintu bilik lelaki itu diketuk beberapa kali sebelum dia memulas tombol pintu bilik itu.

"Khal Bhaiya.... sudah siap ka?" usik Julia dengan senyuman. Dia memang suka mengusik Khal dengan memanggil lelaki itu Khal Bhaiya yang bermaksud 'Abang Khal' kerana lelaki itu suka benar menonton filem Hindustan. Tak padan langsung dengan imejnya yang smart dan sado!

"Sekejap adik manis... Khal Bhaiya sudah mahu siap," jawab Khal juga dengan cara mengusik.

"Abang... Nak naik kereta Ju atau kereta abang?" tanya Julia.

"Kereta abanglah Ju... Kalau naik kereta Ju alamatnya berjanggut lagilah abang. Ju kan permandu berhemah..." usik Khal dengan tawa kecil.

Julia mencebikkan bibirnya. "Yelah... mentang-mentanglah ada orang tu baru tukar Audi. Merempit macam Polis Evolah nanti...!"

Bekas Kekasih Dia! ☑Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang