Dian duduk bersila di atas sofa bersama Yatie malam sebelum perkahwinannya. Berjaya juga dia menculik Yatie daripada Naufal, walaupun payah. Mana tak payah, Naufal tu takut sangat jika isterinya dibuli Dian lebih-lebih lagi Yatie baru disahkan mengandung enam minggu.
Tetapi alhamdulillah berkat pujuk-memujuk yang berlaku antara Yatie dan suaminya, akhirnya Naufal setuju untuk melepaskan Yatie untuk tinggal selama dua hari di apartment Dian. Kini, Yatie sedang duduk bersama-sama Dian di ruang tamu rumah itu sambil Yatie melukiskan inai pada tapak tangan Dian.
"Thanks Yatie sebab sudi ada dengan aku... Aku dah takdak sapa-sapa lagi, aku ada hang ja..." ucap Dian ikhlas.
Dia sangat bersyukur Yatie sudi bersamanya menuju ke hari bahagianya kerana dia tiada siapa-siapa lagi selain Yatie. Sejak ibu bapanya meninggal, Dian memang tinggal di Rumah Sinaran kerana arwah ibu bapanya juga anak tunggal dan tiada siapa-siapa lagi. Hanya Yatie tempat Dian menumpang kasih sejak dia mengenali wanita itu hampir empat tahun yang lepas.
"Hang jangan la buat lagu ni, buat drama Hindustan! Sedih hang tau tak! Nak lukis inai pun tak senang!" Yatie berpura-pura marah. Sebenarnya dia turut rasa terharu. Dia sudah menganggap Dian seperti adik-beradik sendiri dah!
Dian tersenyum pahit. Dia ralit melihat Yatie melukis inai pada tapak tangannya dengan teliti. Inai bercorak bunga-bungaan itu kelihatan amat kemas. Pandainya Yatie!
"Tie... macam mana life kau lepas kahwin? Best tak?" Dian tiba-tiba bertanya.
"Entahlah Dian... jawapan kepada persoalan kau ni subjektif. Bagi aku setakat ni alhamdulillah everything went well. Tipulah kalau aku kata tak best kan. Kalau tak, takdelah melekat satu dah ni...." ujar Yatie seraya tergelak kuat.
Ehhh ke situ pulak dia! Nasib baik tangan aku berinai, kalau tak dah lama kena cubit!
"Eii... bukan yang itulah! Yang secara general!" ujar Dian geram.
Yatie sudah berhenti ketawa tapi masih tersenyum. Dia masih melukis inai dengan teliti pada tapak tangan Dian.
"Kalau secara general, kiranya not badlah. Kalau dulu selalu aku nampak muka hang ja masa pagi-pagi sebelum pergi kerja, sekarang ni nampak muka laki pulak. Kira okeylah tu kan..." usik Yatie lagi. "Cuma bila lepas kahwin nak kena biasakan diri dengan suasana baru. Yelah, dulu hidup seorang. Makan minum pun ikut suka je. Sekarang ni bila dah berdua, semua benda kena ikut schedule. Kalau tinggal dengan mertua, lagilahhhh..."
Dian mengangguk-angguk. Betul jugak apa kata Yatie. Dian sendiri pun tidak tahu sama ada dia akan tinggal dengan mertua atau tidak nanti.
"Tapi kau dengan Aidil kan dah lama... dah nak dekat tujuh tahun kot! Dah pernah rasa gaduh, putus, baik, and then gaduh balik lepas tu baik. Memang ala-ala Hindustan sangat dah ni! Tapi itu yang membuatkan korang lebih rapat tau... Orang putih kata, you guys compliment each other!"
Dian tersenyum mendengar kata-kata Yatie. Banyak sungguh cabaran ketika bercinta dengan Aidil. Kadang-kadang sampai rasa tak larat dan nak putus asa terus. Biar tak kahwin sampai bila-bila!
Bayangkan, lagi sebulan nak kahwin pun boleh bergaduh lagi. Aidil la... orang nak pujuk pun dia buat bodoh je! Nasib baik last-last dia mengalah dan mengambil hati Dian semula. Kalau tidak... say goodbye jelah!
"Okey, siap!" ujar Yatie apabila selesai melukis inai.
Cantik! Dian dan Yatie sama-sama berpuas hati dengan hasil akhirnya.
"Tie... pakaikan aku tudung instant tu jap! Nak ambil gambar pastu send dekat Aidil..." Dian sengih.
Yatie memakaikan Dian tudung instant itu. Dian mencapai telefon bimbitnya dan mengambil beberapa gambar selfie yang menunjukkan inai di tangannya.
YOU ARE READING
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomanceGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...