Notakepala : Saya baru sedar yang sebenarnya Bekas Kekasih Dia! dah ranking ke #5 dalam kategori romance! Thank you so much for your support guys! Nah ni satu hadiah (buat sesiapa yang rindukan Aidil dan Dian :) )
***
Dian bersiap-siap untuk keluar bersama Aidil pagi itu. Memandangkan mereka akan pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya, Aidil dan Dian bercadang untuk keluar bersama pada hari ini. Lagipun kerja-kerja Aidil telah selesai semalam jadi hari ini bolehlah berjimba.
Alah... sekali sekala Aidil jadi partner-in-crime untuk shopping apa salahnya kan... Lagipun dulu-dulu Aidil memang paling penyabar sekali bila teman aku shopping.
"Dian nak beli apa?" tanya Aidil apabila mereka selesai makan pagi dan kini Aidil sedang memandu kereta.
"Typical touristlah, Encik Aidil. Nak shopping coklat, fridge magnet, keychain..."
"Pinggan mangkuk tak nak beli sekali ke Dian?" usik Aidil.
Dian menjeling. "Tak naklah..."
Sebenarnya niat di hati memang hendak tetapi dia bukannya ada rumah sendiri yang nak beli pinggan mangkuk baru segala bagai. Rumah pun disewa bersama Yatie. Pinggan mangkuk yang sedia ada pun sudah lebih daripada cukup. Kalau ada rumah sendiri nanti... barulah beli pinggan mangkuk Corelle yang sudah lama menjadi idamannya itu.
"Nanti kalau kita dah ada rumah sendiri... Dian belilah pinggan mangkuk Corelle tu. Dah lama nak kan..." ujar Aidil selamba.
Aidil teringat dulu Dian selalu bercerita jika suatu hari nanti mereka berdua tinggal di rumah sendiri, dia ingin menghias rumah itu sendiri dan membeli segala macam jenis pinggan mangkuk Corelle yang ada di pasaran. Bertaste makcik-makcik jugak Dian ni rupa-rupanya...
"Kalau saya beli... saya beli untuk sayalah! Buat apa saya nak beli untuk rumah awak pulak?"
"Untuk rumah kitalah sayang..." Aidil senyum nakal. "Dulu kan Dian pernah kata kalau kita ada rumah sendiri lepas kahwin... Dian nak hias rumah sendiri dan beli semua pinggan mangkuk Corelle yang wujud dalam dunia ni."
Dian memeluk tubuh dan membuang pandang ke luar. "Itu dulu Encik Aidil... bukan ke awak yang tak nak kahwin? Saya yang melebih-lebih dulu... Orang tak nak, kita yang tersua-sua..." ujar Dian memulangkan paku buah keras.
"Dian... dulu abang bodoh. Cakap tak pernah nak fikir panjang." Aidil menghela nafas berat. "Dian tahu tak... dulu-dulu everytime bila Dian cakap tentang kahwin, deep down inside my heart I was so glad. Abang suka bila Dian bercerita tentang kita. Our past, present... Bila Dian cerita tentang future kita, your face will always glowing. Dian nampak happy and I am happy to see you happy."
Dian terdiam mendengar kata-kata Aidil. Wajah Aidil dipandang sekilas.
"Abang tahu... Dian selalu bagi abang hint tentang kahwin kan? Abang je yang selalu buat tak tahu..."
Oh... maknanya selama ni dia faham la maksud aku? Buat-buat tak faham rupanya...! getus Dian dalam hati kerana geram dengan pengakuan Aidil.
"What do you expect? Dian perempuan... You were my boyfriend, tapi abang tak nampak serius langsung dengan hubungan kita!" bentak Dian. Wajah Aidil yang sedang memandu dipandang geram.
Aidil memandang Dian sekilas kerana terkejut dengan panggilan gadis itu. Kemudian dia tersenyum.
"Rindu nak dengar Dian panggil abang macam tu..."
Dian mencubit lengan Aidil. "Dian tengah serius!!!" Dian buat muka marah.
Dian tahu dan sedar bahawa dia sedang membahasakan Aidil dan dirinya seperti dulu. Biarlah... ketika Aidil membuka topik ini, Dian merasakan bahawa mereka sedang berbincang tentang diri mereka dan memanggil Aidil seperti itu membuatkan dia rasa tidak kekok untuk berbincang perkara lama.
"Abang pun tengah serius la ni sayang...." ujar Aidil. Tangan kanan Dian dicapai lalu digenggam. Kali ini Dian tidak menolak. "Sebab abang serius la, abang ajak Dian kahwin. Abang dah bagitahu mummy dengan daddy and diorang dah setuju. Mummy dengan daddy pun suka Dian..."
Dian terdiam seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Dian..." Aidil memanggil lembut. "Please... bagi abang peluang kedua. I know I messed up with our relationship dulu, dan sekarang ni abang nak tebus kesalahan abang. Abang pernah mencintai Dian, abang masih mencintai Dian, dan abang akan terus mencintai Dian sampai bila-bila...."
"Macam mana Dian nak yakin dengan abang? Enam tahun kita bercinta, tapi all this while abang hanya cuba nak sorokkan Dian! Hina sangat ke orang macam Dian, sampai Dian tak layak untuk bersama abang?" tanya Dian perlahan.
"Sayang... I'm sorry for saying all those words to you. Abang menyesal sangat-sangat dengan kata-kata abang malam tu. Sebenarnya bukan Dian yang tak layak untuk abang tapi abang rasa abang yang tak layak untuk Dian." Tangan Dian di dalam genggamannya dipegang kemas. "Sayang... I can't think myself with anyone else but you."
Dian menunduk dan mengeluh lemah. Dia rasa bersalah kerana Aidil tidak pernah melupakannya walaupun selepas mereka berpisah, sedangkan dia pernah mempertimbangkan Norman untuk menggantikan tempat Aidil di hatinya.
"I feel bad..." ujar Dian perlahan.
"Why?"
"Dian cuba lupakan abang dari hidup Dian... and... Norman..." Dian jadi serba salah dan tidak menghabiskan ayatnya.
Aidil terdiam. Perlahan-lahan tangan Dian dilepaskan dan tangannya kembali memegang stering.
"You have fallen for him."
"I don't know. I'm confused..."
"Dian..." panggil Aidil perlahan. Dia menghela nafas berat. "If you still love me, Dian takkan fikir tentang Norman."
Dian terdiam, begitu juga Aidil.
"I think you've fallen for him."
***
Notakaki : Hola! Dah dua hari puasa update, jadi hari ni haruslah update satu bab. Betul ke Dian dah fall in love dengan Norman? Jeng jeng jeng...
P/s : bab ini dah diupload semalam tapi ada problem sikit (ada yang kata tak boleh baca bab ni), saya terpaksa unpublish dan publish semula hari ni. Maaf atas segala kesulitan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomanceGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...
