Notakepala : Bab ini dan beberapa bab akan datang akan berkisar tentang Norman dan Julia. Past, present, but not yet future. If you know what I mean hehehehe... Don't be surprise to see Norman like this, sebab ini memang gambaran Norman dalam fikiran saya dari awal cerita. Orang kata, don't judge book by it's cover kan?
***
Norman menghempaskan punggungnya ke atas kerusi empuk di dalam biliknya. Tak sampai beberapa minit dia duduk, interkom sudah berbunyi.
"Encik Norman, ada lelaki nama Zali nak jumpa encik. Dia kata encik yang panggil dia," Sofia bersuara di hujung talian.
"Let him in."
Seorang lelaki seperti awal lewat 20-an masuk ke dalam bilik Norman dengan iringan Sofia. Sebaik sahaja Sofia menutup pintu bilik, Norman menyuruh Zali supaya duduk.
"Apa info yang kau dah dapat?" tanya Norman mendatar.
Zali meletakkan sekeping sampul surat besar berwarna coklat ke atas meja. Norman mencapai sampul surat tersebut dan melihat isi-isi di dalamnya.
"Julia Natasya bt Datuk Kamil. Baru balik Malaysia tiga bulan yang lepas. Pernah tinggal dekat Australia selama tujuh tahun sebab sambung belajar. Baru je habis masters dan sekarang baru kerja dengan syarikat ayah dia sendiri. Mungkin bos tak perasan tapi sebenarnya syarikat ayah dia banyak terima projek dari syarikat ni," terang Zali panjang lebar.
"Status?"
"Currently single tapi tak tahu available atau tak. Tinggal dekat Kondominium Indah, level 10, rumah nombor 10A1. Tinggal sendiri dan bukan dengan parents dan adik dia. Dulu ayah dia pernah bankrap, tapi sekarang dah stable balik mostly sebab pertolongan Tan Sri Adam. Mak Julia dan isteri Tan Sri Adam berkawan baik sejak sekolah rendah lagi."
Kening Norman terangkat. Sebahagian info yang diceritakan Zali itu sudah dia ketahui tetapi tentang pertolongan Tan Sri Adam kepada Datuk Kamil dan persahabatan antara puan Sri Khaleeda dan Datin Masnah itu tidak pernah diketahuinya lagi.
"Okey, Zali. Good job." Norman membawa keluar buku ceknya lalu menulis sejumlah wang. "As we promised." Keratan cek itu dikoyakkan lalu diserahkan kepada Zali.
Zali mengambil cek itu dengan senyum lebar. Lagi-lagi apabila melihat angka pada cek itu. "Thank you bos... Ada kerja lagi roger-rogerlah saya."
Apabila Zali melangkah keluar dari biliknya, Norman bersandar pada kerusi empuknya dengan senyum sinis.
***
Loceng rumah yang berbunyi membuatkan Julia yang baru sahaja hendak membuka pintu peti ais di dapur terhenti. Dia terus berlari-lari anak ke arah pintu rumah. Tanpa melihat melalui lubang pintu pun, Julia membuka pintu rumahnya tanpa ragu-ragu.
Alah... Nak risau apa? Ingat senang-senang ke orang luar boleh masuk dalam kawasan kondo ni?
Apabila pintu rumah terbuka, Julia terpempan melihat susuk tubuh Norman yang berdiri di hadapannya. Lelaki itu masih memakai baju kerja dan cermin mata hitam. Mungkin baru balik dari kerja tapi... masih segak!
"Norman..."
"Julia," ujar Norman sepatah lalu melangkah masuk ke dalam rumah Julia tanpa dipinta. Dia memandang sekeliling rumah Julia sambil membuka cermin mata hitamnya dan disangkutkan pada leher baju. Julia jadi gelisah. Dia belum bersedia ingin berjumpa dengan Norman, lebih-lebih lagi secara tiba-tiba begini.
Julia teragak-agak ingin menutup pintu atau tidak. Tapi... dia kenal Norman. Norman bukannya jahat, walaupun lelaki itu kadang-kadang tidak dapat mengawal barannya. Julia tahu kedatangan Norman pasti ada sebabnya.
"Mana you tahu rumah I?" tanya Julia seraya perlahan-lahan menutup pintu rumahnya.
Norman tidak menjawab malah hanya memandang Julia dari atas sampai bawah. Dia melangkah menghampiri Julia sehingga membuat gadis itu gementar. Julia menundukkan pandangannya memandang lantai kerana tidak tahan dengan pandangan Norman.
Norman menolak dagu Julia agar gadis itu memandangnya. Senyuman terukir di bibir Norman. "Cantik... you makin cantik Julia..." ujar Norman. Senyumannya menjadi sinis. "Sayang you ni perempuan murahan.... kalau tak dah lama I tertarik dengan you."
Mendengar ayat itu, Julia terus menolak dada Norman agar lelaki itu jauh dari dirinya. Julia geram, tapi dia tahu tiada apa yang dapat dia lakukan kerana dialah punca mengapa Norman terlalu marah dengannya.
"Please Norman... tentang dulu tu I minta maaf sangat-sangat. I'm so sorry. I really am. I tak tahu nak cakap macam mana lagi but I can explain everything..." ujar Julia yang sudah sebak.
"I don't want to hear you explaination, Julia. I dah tahu semuanya."
Julia tertunduk. "I'm sorry... I know it's my fault."
Norman tersenyum sinis. "Senangnya you cakap... After everything that you have done, you ingat I nak maafkan you macam tu je? Over my dead body, Julia."
"Habis tu, apa yang you nak I buat supaya you maafkan I?" tanya Julia perlahan.
"I nak you..." Norman merangkul pinggang Julia membuatkan gadis itu terkejut. "I nak you layan I... macam mana you layan all those guys dulu," ujar Norman penuh sinis.
Julia terkedu mendengar kata-kata Norman. Berkali-kali dia cuba menolak dada Norman tetapi lelaki itu ternyata lebih kuat daripadanya.
"Please Norman... don't do this to me," rayu Julia dengan suara yang mula terketar-ketar apabila lelaki itu bertindak mengucup bahunya.
Norman merapatkan bibirnya ke telinga Julia. "Come on Julia. Jangan nak berlagak suci. Bukannya you tak biasa buat semua ni..." Ujar Norman lalu dengan berani mendaratkan bibirnya ke atas bibir Julia.
Julia yang terkejut dengan tindakan Norman terus menolak lelaki itu dengan sekuat hatinya. Secara spontan tangannya menampar pipi Norman. Berombak-ombak dadanya menahan marah.
"Besar sangat dosa I pada you sampai you sanggup buat I macam ni Norman?!" tanya Julia marah. "You cakap you dah tahu semuanya, but why are you doing this to me?!"
"Memang I dah tahu semuanya! I dah tahu yang you tu perempuan murahan yang tidur dengan mana-mana jantan untuk duit sebab ayah you dah bankrap! You dekat dengan I pun sebab you nak bolot harta family I kan? Masa you masih tunang I, berapa banyak jantan yang you dah tidur? Cakap dengan I!"
Julai terdiam. Norman masih belum tahu cerita sebenar. Pada Norman, Julia masih lagi orang yang bersalah.
"Berapa banyak yang diorang bayar you? I boleh bayar lebih," ujar Norman penuh lagak. Beberapa keping not RM 50 dan RM 100 dibawa keluar lalu dicampakkan ke arah Julia.
Julia hanya berdiri dan terdiam melihat tindakan Norman. Duit yang bertaburan di atas lantai tidak dikutip. Kali ini perlakuan Norman memang melukakan hatinya.
"Cukup? Kalau tak cukup I tambah lagi." Semua wang tunainya dikeluarkan lalu dicampak lagi ke arah Julia membuatkan wang itu berterbangan lalu jatuh ke lantai.
"I yakin I dah bayar you lebih daripada apa yang jantan-jantan tu pernah bayar you..." Pinggang Julia dirangkul semula dengan erat seperti dia tidak mahu melepaskan gadis itu. "Sekarang ni I nak you layan I seorang..." bisik Norman.
Kebenciannya terhadap Julia membuatkan dia seperti tidak dapat mengawal pertimbangan dirinya sendiri.
This is not Norman. This is not Norman that I know.
"Please Norman... you bukan macam ni. Norman yang I kenal takkan buat I macam ni..." rayu Julia lagi dengan tangisan.
"Norman yang you kenal dulu dah mati, Julia. Mati disebabkan you."
***
Notakaki (ops harini ada nota kepala dan kaki xD)
: Sengaja je buat entry pendek semalam sebab gonna post a long one today hehe! Good news, saya dah pernah tulis draft dalam handphone sampai bab 33. Bad news, saya tertekan delete semua bab tu! Stress! Hanya bab yang ini je sempat diselamatkan. Apa-apa pun, enjoy reading ( eventhough this one for me memang tensed giler haha ). By now semua orang dah boleh tetapkan #team masing-masing hahahaha. But don't worry, I always like my story to be full of flowers and unicorns so percentage untuk sad ending sangat tipis seperti kulit bawang *winkwink*

YOU ARE READING
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomanceGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...