BAB 38

41.5K 1.5K 37
                                    

Dian memandang jam besar yang terlekat di dinding pejabat. Lagi seminit mahu menginjak ke pukul 5. Dian bersabar lagi. Hari ini dia mahu selesaikan satu perkara dengan Norman. Perkara yang perlu diselesaikan di luar waktu pejabat. Sebab itu dia ingin menunggu sehingga pukul 5.

Sebaik sahaja jarum jam menunjuk tepat pukul 5, Dian terus bangun dari duduknya dan melangkah ke arah mesin punch card. Kadnya dimasukkan ke dalam mesin itu dan kemudian dia melangkah ke arah bilik Norman. Pintu bilik lelaki itu diketuk.

"Masuk."

Dian memulas tombol pintu selepas mendengar arahan daripada Norman. Lelaki itu sedang memandang skrin telefon bimbitnya dan langsung tidak memandang ke arah pintu.

"Encik Norman, saya ada benda sikit nak cakap," ujar Dian senada.

Norman mengalih pandangannya daripada skrin telefon ke wajah Dian. Dia tersenyum manis.

"Yes, Dian? Ada apa yang saya boleh tolong? Have a sit, kita bincang." Telefon bimbit diletakkan di aas meja kerana ingin bercakap dengan Dian.

Dian mengambil tempat berhadapan dengan Norman.

"Encik Norman."

"Yes?"

"Who am I to you?" tanya Dian sambil memandang tepat ke arah Norman. Dia sengaja bertanya soalan seperti itu kerana mahu mendengar jawapan Norman.

Norman terdiam sambil meraup muka dan rambutnya. "You want to discuss about this now?" tanya Norman yang kelihatan serba-salah.

"Habis tu bila?" Dian geram. "Answer my question, Encik Norman. Who am I to you?"

"A... friend?"

"A friend?" Dian tersenyum sinis. Siapa saya pada awak beberapa bulan lepas?"

"Dian..."

"Soalan saya tak susah, Encik Norman."

"Can we discuss somewhere else? Ini pejabat Dian."

"Ya ini pejabat tapi sekarang bukan waktu pejabat. Saya nak settle hal ni dengan awak sekarang jugak. Once and for all sebab saya ada banyak benda yang tak puas hati ni."

"Dian... I'm sorry..."

"Saya tak suruh awak minta maaf lagi Encik Norman," perli Dian. "Boleh jawab soalan saya tadi?"

Norman mengeluh berat. Dia terasa bersalah dengan Dian sekarang ini dan dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan yang ditujukan Dian.

"Tak boleh?" Dian bersuara sinis. "Tak boleh jawab sebab awak tak pernah ada perasaan dekat saya dan saya bukan sesiapa pun pada awak kan?"

"Dian... Saya tak tahu nak cakap macam mana..."

"Kenapa buat saya macam ni? Kenapa mainkan perasaan saya macam ni?"

"I'm sorry..."

"Awak tahu tak... Saya pernah termakan dengan kata-kata manis awak tu? Awak tahu tak saya pernah bagi awak peluang yang awak minta daripada saya? Awak tahu tak semua tu?" tanya Dian perlahan.

"Dian-"

"No. Biar saya habis cakap dulu." Dian memotong. "Masa dekat Langkawi dulu, awak cakap semua benda-benda manis dekat saya. Kononnya you fell for me for the first timelah, apalah, rupa-rupanya semua tu tak betul!"

"Saya tak cakap semua tu tak betul. I did felt it that way," ujar Norman. "Well... at least I thought I did."

"At least you thought you did?" ulang Dian seperti tidak percaya. "You are so unbelievable-lah Encik Norman!" kata Dian sinis. "Ingat saya ni patung yang tak ada perasaan ke? Yang boleh dimainkan sesuka hati!"

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now