Aidil memandang Dian yang duduk di sebelahnya tetapi hanya diam sejak tadi. Lebih tepat, sejak insiden di dalam kereta sebentar tadi lagi sudah membuatkan Dian tidak bercakap walau sepatah pun terhadap Aidil.
Aidil mengeluh perlahan. Salah aku jugak... macam manalah aku boleh ikutkan perasaan sangat sampai lupa trauma Dian?
Beberapa tahun yang lepas, Dian pernah menghadapi kemalangan jalan raya yang telah mengorbankan nyawa kawannya sendiri. Kawannya yang memandu kereta dengan laju telah bertembung dengan sebuah van yang tiba-tiba datang dari arah bertentangan. Walaupun Dian hanya mengalami kederaan ringan, kawannya yang memandu itu terkorban dalam kemalangan tersebut. Semenjak peristiwa itu, Dian cukup takut kalau berada di dalam kereta yang dipandu laju.
Walaupun penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi tidak memakan masa yang lama, tetapi kebisuan Dian membuatkan Aidil berasa terseksa.
Kalau macam ni punya gaya, hancur la misi aku nak mengorat Dian balik!
"Dian... tak lapar ke?"
Dian buat tak peduli tetapi terus merenung ke luar tingkap.
"Abang lapar ni..."
Dian buat derk.
"Aduii laparnya..." Sengaja Aidil membuat gaya memegang perut ala-ala sakit perut.
Dian buat dunno tetapi entah kenapa bibirnya tercuit sedikit. Lucu melihat gaya Aidil yang bersungguh-sungguh seperti orang yang terkena cirit birit sahaja.
"Ha! I saw your smile!" Aidil sudah tersenyum kemenangan. Manisnya senyuman Dian, walaupun hanya dapat dilihat sedikit sahaja senyuman itu.
Serta merta wajah Dian kembali tegang seperti tiada apa yang berlaku. Ish aku ni pun... pergi senyum buat apa!
"I saw that smile... The sweet smile of yours." Aidil mendekatkan bibirnya ke telinga Dian. "I miss it so much," bisik Aidil. "But not as much as I miss you," bisik Aidil lagi sebelum dia bersandar kembali pada kerusinya seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Wajah Dian sudah terasa panas kerana malu. Sabar Dian... tarik nafas... Dia saja nak usik hati kau tu...
Dian perasan dari tadi terdapat seorang pramugari yang asyik berulang-alik melalui tempatnya dan Aidil sambil memberikan senyuman yang menggoda kepada Aidil. Dian berasa jelik melihat kelakuan wanita tinggi lampai itu yang memang sengaja cuba ingin memikat Aidil. Apabila Aidil menekan butang untuk memanggil pramugari, wanita itulah yang pertama sekali melangkah ke tempat mereka.
"Yes sir, what can I help you?" tanya wanita itu dengan suara yang lembut.
"Can I still order food? Tiba-tiba lapar pulak," ujar Aidil biasa tanpa menunjukkan sedikit minat pun terhadap wanita cantik disebelahnya itu.
"Sorry encik, tapi kita akan mendarat lebih kurang 15 minit lagi so we can't serve food anymore."
"Oh I see... kalau macam tu, can you bring me a bottle a orange juice please?" Aidil berpaling memandang Dian. "Sayang... nak order apa-apa?"
Serta-merta dia berpaling memandang Aidil yang dengan tiba-tiba memanggilnya sayang. Aidil memandangnya lalu mengenyitkan mata. Dian lihat senyuman pramugari bernama Liana itu mati tiba-tiba apabila Aidil memanggilnya sayang.
"Erm... Orange juice jugak la."
"Make it two please," ujar Aidil kepada Liana sebelum pramugari itu berlalu pergi.
Sebaik sahaja Liana pergi, secara automatik tangan Dian menjadi mak ketam lalu mencubit bahu kanan Aidil.
"Apa sayang-sayang?" Dian menjegilkan matanya.
"Dian tak nampak ke yang that girl cuba nak mengorat abang?"
"So? Biar jelah dia mengorat awak! Memang awak suka pun kan?"
Pergaduhan mereka terhenti apabila pramugari yang sama berhenti di tempat mereka lalu menyerahkan dua botol jus oren kepada Aidil.
"Nah sayang, your favourite orange juice." Sengaja Aidil ingin mengusik lagi. Dian menjeling geram.
"Enjoy your drink," ujar pramugari itu tanpa senyuman dan terus berlalu pergi.
"Encik Aidil jangan nak mengada-ngada eh... Ingat sikit apa tujuan kita datang sini."
Aidil membuka penutup botol jus oren lalu meneguk air itu. "Take a chill pill, Dian. Memanglah kita datang sini nak kerja, but it doesn't have to be so formal. Anggap je ini sebagai overtime work plus vacation for us."
"There's no 'us', Encik Aidil. It's just you and me."
Aidil masih boleh tersenyum. "You think so?"
"Yes," ujar Dian tegas.
"I don't think so," ujar Aidil seraya perlahan-lahan merapatkan dirinya kepada Dian.
Dian gelisah melihat Aidil yang semakin rapat kepadanya. Dia merapatkan dirinya pada tingkap untuk menjauhkan diri daripada Aidil. Apabila Aidil semakin rapat, Dian memejamkan matanya.
Klik!
Dian membuka matanya dan melihat Aidil sudah bersandar pada kerusinya. Dian melihat pada pinggangnya dan tali pinggang keledar sudah tersemat elok. Dian menjeling Aidil di sebelahnya dan lelaki itu tersenyum memandangnya.
Aidil menunjukkan lampu tali pinggang yang menyala di atas. "Kita dah nak landing. I've fasten you're seatbelt."
Dian berpeluk tubuh dan memandang keluar tingkap dengan wajah yang masam.
Dia ni kan... memang sengaja nak kenakan aku!
***
Notakaki : Sorry for the late update. Enjoy reading! Comment or vote to show your love! :)
YOU ARE READING
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomanceGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...