BAB 11

46.8K 2K 53
                                    

"Apa ni Dian?" Aidil bertanya sebaik sahaja Norman pergi ke tandas. Nada suaranya jelas menunjukkan rasa tidak puas hati.

"Apa yang 'apa', Encik Aidil?" Dian menjawab selamba sambil matanya memandang showcase yang menayangkan pelbagai jenis barang kemas.

"Dian buat apa dengan Norman hari minggu macam ni?"

"Dian tolong dia beli barang. Dia kan bos Dian!"

"Habis tu, sampai pegang-pegang tangan?"

"Dia yang pegang tangan Dian dulu, bukannya Dian." Dian memandang Aidil sekilas. "Lagipun, yang Encik Aidil nak menyibuk hal kami ni kenapa?"

Aidil mengeluh lemah. "Dian please... look at me."

Dian memandang ke arah Aidil tanpa perasaan.

"Can we get back together, sayang? Please..." ujar Aidil lembut. Tangan Dian dicapai dan dipegang kemas. "Abang tahu semuanya salah abang... sekarang baru abang realize that I really need you in my life..."

Dian rasa terbuai dengan pujukan Aidil tetapi dia cepat-cepat tersedar, lantas merungkai pegangan tangan Aidil.

"Dian dah banyak bersabar dan mengalah untuk abang... tapi abang tak pernah fikir tentang perasaan Dian. Maaf, tapi Dian rasa Dian tak boleh nak terima semua ni lagi."

Dian rasa seperti ingin menangis, tetapi segera ditahannya. Walaupun sudah hampir sebulan berpisah, Dian masih membiasakan diri untuk tidak memanggil Aidil 'abang' tetapi ianya jadi susah kerana dia sudah terbiasa dengan panggilan itu untuk 6 tahun. Bukannya sekejap!

"Dian... abang tak suka tengok Dian dengan Norman. That should be me doing all those things to you, bukannya Norman!"

"Encik Norman tu bos Dian jelah!"

"I don't care if he is your boss or not! He cannot simply take you out bila-bila masa dia nak. Dia ingat dia siapa?" Aidil merengus. Sakit hatinya memikirkan tingkah-laku Norman kebelakangan ini yang seakan-akan sedang cuba untuk memikat Dian.

"Dah la tu... after all kita dah memang tak ada apa-apa lagi. Maybe we can remain as friend?" Dian cuba untuk menyejukkan keadaan.

"I cannot be your friend if I still love you, Dian."

"If you love me... why did you let me go?" Dian bertanya perlahan sambil matanya memandang tepat ke arah mata Aidil.

Aidil jadi kelu untuk menjawab pertanyaan Dian. Panahan mata Dian seolah-olah menunjukkan kesakitan yang sangat dalam, dan kesakitan itu berpunca daripadanya.

"What did I miss?" tanya Norman sebaik sahaja dia tiba.

Aidil dan Dian memandang satu sama lain sekejap.

"Nothing."

***

"Cik Dian Raisya, masuk bilik saya sekejap."

Dian sedikit terkejut apabila interkomnya tiba-tiba berbunyi. Dia pantas mencapai buku nota dan plannernya dan melangkah ke arah bilik Norman.

"Yes, Encik Norman?"

"Have a seat, Dian." Norman mengarah tetapi matanya masih melekat pada skrin laptop.

Dian mengikut arahan bosnya lalu duduk bertentangan dengan Norman. Seketika kemudian Norman melipat laptopnya dan terus mengfokuskan pandangannya terhadap Dian.

"Awak ada apa-apa plan tak untuk Jumaat malam ni?"

"Saya, Encik Norman?" Bukan ke kerja aku untuk tanya apa plan dia, bukannya dia tanya tentang plan aku!

"Ya, awaklah Cik Dian Raisya. Ada Dian Raisya yang lain ke dalam ofis ni?"

"Saya tak pastilah, Encik Norman... rasanya macam tak ada."

Norman tersenyum. "Great. Kalau macam tu, awak teman saya pergi birthday party Puan Sri Khaleeda Jumaat malam ni."

Mata Dian membulat besar kerana terkejut. "Tak naklah, Encik Norman!" Dia menggeleng laju.

"Kenapa?"

"Saya bukannya dijemput pun!"

"Lah, tadi tu kan saya jemput awak. Awak jadi pasangan saya malam tu."

"Ish... seganlah saya, Encik Norman. I'm nobody..."

"Like I said... awak datang dengan saya. So, you're not nobody, but you're somebody. Dah, no more excuses."

Dian mencebik. Sejak bila profesion aku dah bertukar jadi 'partner-in-crime' dia pulak sekarang ni?

"Ada dress code ke, Encik Norman? My list of clothes are limited tau!" Kalau dia suruh pakai dress cantik-cantik, matilah aku! Setakat dress simple yang aku pakai nak pergi pasar pagi adalah!

"Saya ada apa-apa appointment hari Jumaat ni after lunch?" tanya Norman tiba-tiba.

Dian membuka plannernya. "Ada meeting dengan Dato' Hisyam from Maju Berhad. Itu saja."

"Nanti awak cancel meeting tu and postpone hari lain."

Dian mengangguk dan mencatat.

"Hari Jumaat nanti awak half day. Kita keluar after lunch, and I'll buy you a dress to wear."

Alhamdulillah rezeki bos nak belanja... Dian senyum dalam hati.

"By the way Dian..." Norman menunduk dan mencapai sesuatu dari bawah mejanya. Sebuah beg kertas putih berlogo 'Apple' diletakkan di hadapan Dian.

"Untuk siapa ni, Encik Norman?"

"For you... gantikan planner lama tu. Teknologi dah canggih, Cik Dian Raisya, kenalah guna. I don't know why this company haven't use this kind of technology yet. Jadi, saya nak awak mulakan dulu. And awak boleh consider itu hadiah sebab awak tolong saya hari tu."

Dian melihat beg kertas dan melihat isi di dalamnya. Sebuah kotak iPad Mini terletak elok di dalamnya.

"Untuk sayalah ni?"

"Ya, untuk awak."

Dian tersenyum panjang. Bertingkat-tingkat rezeki aku hari ni. Kalau macam ni punya gaya, hari-hari tolong pun sanggup bos!

***

Notakaki: Extra long chapter sebagai hadiah untuk semua! Enjoy reading, dan kalau ada masa commentlah ya. It certainly gives me strength to write more. Muchos gracias! :)

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now