Sejak tadi Dian memerhatikan Norman dalam diam. Apa yang dia perasan, Norman asyik mencuri pandang Julia yang duduk bertentangan dengan lelaki itu.
Hmm.... mesti itu 'Julia' yang Aidil dan Norman sebut-sebut tu. Cantiknya!
Sejak pulang dari Langkawi, Dian cuba menjauhkan diri daripada Aidil dan Norman untuk memberi peluang kepada dirinya berfikir secara mendalam. Aidil pula seperti tahu dengan keputusan Dian lalu dia pun cuba menjarakkan diri daripada Dian.
Dian memerhati Norman lagi. Dari cara pandangan lelaki itu pun Dian sudah tahu bahawa Norman pasti mempunyai hubungan dengan Julia. Kalau bukan sekarang pun, pasti dulu mereka berdua pernah mempunyai hubungan yang rapat.
"Hai... Dian kan? Dalam meeting room tadi?" tanya Julia ramah dengan senyuman sebaik sahaja dia merapati Dian yang duduk seorang diri.
Dian membalas senyuman Julia dengan ikhlas. "Yes, Cik Julia. Saya Dian Raisya, secretary Encik Norman." Dian menghulurkan tangannya lalu bersalaman dengan Julia. "I was in the meeting room just now," ujar Dian.
"Saya Julia Natasya. Tak payah formal sangatlah, Dian. Just call me Julia."
"Nice to meet you, Cik Julia." Dian masih mengekalkan panggilan 'cik' kerana gadis di hadapannya ini bukannya calang-calang orang.
"Saya terdengar Aidil sebut nama awak tadi, and Norman too. So I think it's better for me to meet you myself, kan?"
Dian hanya mampu senyum.
"Sayang..." Panggil Norman sambil melangkah ke arah mereka berdua.
Julia terdiam. Sayang? Is he calling me?
"Sayang... dah berkenalan dengan Julia?" tanya Norman kepada Dian sehingga membuatkan Dian terkejut.
Sayang?! Dalam pejabat? Bos aku ni dah gila ke apa?!
Julia senyum segaris. Cut it out Julia. You know it will never be you.
"Da... Dah... Baru je kenal tadi..." Jawab Dian tergagap sedikit.
"Let me introduce you guys properly. Julia, ini secretary I, Dian Raisya and Dian, ini Julia Natasya, one of our project partner baru-baru ni."
Dian dan Julia bersalaman sekali lagi, kali ini lebih formal.
"Are you sure she is your secretary Norman? Secretary sekarang memang kena panggil sayang ya?" Sengaja Julia bertanya dengan muka selamba. Bukannya cemburu tetapi dia hanya mahu melihat reaksi Norman sahaja.
"And why is that your concern, Julia?" Norman bertanya kembali ayat yang sama Julia katakan kepadanya sebentar tadi. "You jealous ke?" Norman tersenyum sinis.
"I nak jealous dekat you? Not in million years Norman."
Dian yang berada di tengah-tengah situasi itu jadi gementar. Nasib baik Khal menjadi penyelamat keadaan apabila lelaki itu melangkah ke arah mereka bertiga.
"Rancak bersembang... cerita apa ni?" tanya Khal dengan nada mengusik.
"Cerita Dilwale Abang Khal..." Julia yang menjawab dahulu kerana mahu mengusik Khal.
"Ju... Ju... Tak sabar nak tengok Dilwale dengan abang la tu..." Khal turut masuk dalam lakonan yang dicipta Julia. Sekali-sekala orang macam Norman ni diajar bagus juga!
Julia ketawa kecil. Abang Khal ni... tak habis-habis dengan Hindustan dia! Sudah berkali-kali juga lelaki itu mengajaknya menonton wayang filem Dilwale sebaik sahaja filem itu ditayangkan di Malaysia.
"Norman... you nak ikut sekali tengok filem Dilwale dengan kitorang ke? You can bring your girlfriend along..." Khal sengaja mahu memanaskan lagi Norman.
"Tak payah, dia tak tengok cerita Hindustan Khal Bhaiya..." Julia yang menjawab bagi pihak Norman.
Norman yang sudah semakin panas terus meninggalkan mereka lalu melangkah keluar dari bilik itu. Niat di hatinya ingin menyakiti hati Julia, tapi sekarang hatinya pula yang bertambah sakit!
"Encik Norman." Panggil Dian sepatah apabila dia keluar dari bilik itu juga. Ada perhitungan yang perlu dia selesaikan dengan Norman.
"Yes, Dian?"
"Saya tak suka Encik Norman buat saya macam ni! I'm not a toy that you can use whenever you want!" ujar Dian dengan geram.
"Apa awak cakap ni Dian..."
"You're trying to make her jealous, aren't you? Encik Norman tak cakap pun saya tahulah tentang Encik Norman dan Cik Julia! It's too obvious!"
Norman mencapai kedua-dua belah tangan Dian. "Dian... I have nothing to do with her anymore. She was my past and I want you to be my present and my future..." ujar Norman perlahan.
Entah kenapa Dian tidak dapat merasakan keikhlasan dalam ungkapan Norman kali ini. Segala-galanya terasa lain. Lantas, Dian menarik semula tangannya dari pegangan Norman dan berlalu pergi.
***
"Serabutlah kepala otak aku Tie...!" ujar Dian geram seraya membaringkan kepalanya di atas meja di ruang tamu.
Sebaik sahaja selesai solat Isyak bersama Yatie, Dian terus meluahkan segala-galanya kepada teman baiknya itu. Dari A sampai Z!
Yatie melangkah keluar dari dapur dengan memegang dua buah cawan berisi air nescafe. Dia meletakkan cawan itu ke atas meja.
"Payah jugak kes hang ni noo... Tak tercapai dek akai aku lagi!"
Dian menghirup air nescafe panas itu perlahan-lahan. "Aku dah tak tau nak pikiaq lagu mana lagi dah. Aku rasa aku nak ikut ja apa nak jadi, jadilahhh. Bak kata orang putih, follow the flow!"
"Elok sangatlah tu... toksah dok pikiaq sangat Dian. Kalau ada jodoh hang... adalah tu. Tak pi mana pun!"
"Tulah..." Dia menongkat dagunya. "Tapi aku tak boleh terima Norman buat macam tu tau. It's not fair both for me and Julia! Julia tu nampak baik Tie.... and dari pandangan mata Norman aku tahu... dia masih ada perasaan dekat Julia. Kalau tak, dia takkan marah bila dapat tahu tentang Julia daripada Aidil. Dia takkan marah bila tengok Julia rapat dengan Encik Khal...." ujar Dian panjang lebar.
"Kau pulak macam mana? Apa perasaan kau pada dia? Bila Aidil cakap yang kau sebenarnya dah fallen in love dengan Norman, apa yang hati kau cakap?" tanya Yatie bertubi-tubi. Bila sudah mula serius seperti ini, loghat utara Yatie automatik akan hilang.
"Hati aku neutral. Tak memihak kepada sesiapa."
"Itu namanya kau menidakkan perasaan sendiri, Dian. Hati ni takkan pernah adil. Walau macam mana sekalipun kau cuba bersikap neutral, sebenarnya deep down inside your heart ada tempat yang istimewa untuk seseorang antara diorang berdua ni."
Dian terdiam sambil berfikir. Yatie memang pandai menilik hatinya. Ya... memang betul pasti ada seseorang yang sudah bertakhta dalam hatinya.
Tapi siapa? Dian sendiri buntu.
Serentak itu telefon bimbitnya berbunyi.
Aidil.
***
Notakaki : Enjoy reading everyone! :)
ANDA SEDANG MEMBACA
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomanceGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...
