BAB 7

50.8K 2K 25
                                        

Dian duduk di atas sofa sambil memandang TV yang memainkan cerita yang tidak difahaminya. Dia menyandar lemah pada sofa sambil jari menekan alat kawalan jauh TV tanpa hala tuju.

"Woi, kalau hang asyik nak tukaq channel, lebih baik hang bagi aku yang tengok TV. Malam ni ada cerita Kabhi Kushi Kabhi Gam tau!" Ujar Yatie yang baru keluar dari biliknya.

Dian mencebik. Tak habis-habis dengan cerita Hindustan si Yatie ni!

"Hang ni pasaipa? Muka macam tapai ja malam ni. Malam minggu kot! Chill la!" Yatie gelak kecil.

Makin panjang muncung Dian. "Aku bosan..."

"Awat bosan? Ohh lupa... malam ni ada orang tu tak pergi dating rupanya..."

Dian memukul bahu Yatie. "Jangan la usik aku!"

"Betul la apa yang aku cakap kan? Hang rindu kat Aidil kan?"

Dian terdiam sekejap. "Memang la rindu... tipu la kalau aku cakap tak rindu."

"Hang sabaq je la naa... nak buat macam mana, mungkin hang memang takdak jodoh dengan dia..."

Dian mengangguk. Serentak dengan itu handphonenya berbunyi tanda ada mesej masuk.

Dian, I miss you.

Dian terkedu. Melihat nama yang muncul di skrin handphonenya yang belum lagi ditukar itu sudah membuat hatinya berdebar. Abang...

Dian memandang sekilas ke arah Yatie yang sedang khusyuk melayan filem Hindustan yang sedang bermain di kaca televisyen.

Nak balas ke tak nak balas ni? Belum sempat Dian berfikir, handphonenya berbunyi lagi.

Dian, boleh kita jumpa? I'll pick you up tommorow? Abang nak jumpa Dian.

Dian menarik nafas panjang sebelum jari jemarinya menari di atas skrin handphone.

Buat apa abang nak jumpa Dian lagi?

Sekejap sahaja mesejnya sudah berbalas.

Please, Dian...

Hati Dian jadi panas tiba-tiba. Senangnya dia! Dia ingat aku ni apa? Orang yang akan selalu ikut kehendak dia?

Dian tak nak jumpa abang. Kalau nak jumpa, kita jumpa dekat office. Dian hanya akan jumpa abang kalau ada hal kerja je. That's it!

Tak sampai seminit mesej itu dihantar, telefon Dian berdering. Yatie memandang ke arahnya sekilas tetapi mula fokus kembali kepada skrin televisyen.

Dian mengeluh perlahan melihat nama yang tertera di skrin handphonenya. Dia melangkah ke arah biliknya untuk menjawab panggilan itu.

"Dian..."

"Abang nak apa lagi?"

"Abang nak Dian."

Mata Dian membulat. Dia ni dah gila ke apa? "Apa abang cakap ni? Jangan main-main boleh tak?"

"Abang tak main-main. Abang cakap betul. Abang nak Dian. Abang nak kita balik semula macam dulu."

"Dian tak nak." Ujar Dian tegas. Aku tak nak diperbodohkan lagi!

Terdengar Aidil mengeluh di hujung talian.

"Abang rindu Dian... Dian tak rindu abang?"

Dian terdiam. Dia memejamkan matanya untuk mengumpul semangat. Aidil memang pandai, dia tahu aku akan kalah kalau dia pujuk.

"Tak. Dian tak rindu abang." Bohong. "Dian tak nak teruskan hubungan kita yang dulu sebab abang tak pernah serius dengan Dian."

"Abang serius dengan Dian. Dian nak abang buat apa untuk tunjuk yang abang serius dengan Dian? Dian nak tengok abang melutut depan Dian untuk tunjuk yang abang serius dengan Dian?"

Dian menggelengkan kepalanya walaupun dia tahu lelaki itu tidak boleh melihatnya. Bukan... bukan itu yang Dian nak, abang. Dian cuma nak kita jadi macam pasangan yang biasa, tak perlu berpura-pura atau disorokkan dari sesiapa pun.

"Dahlah... Dian tak nak cakap lagi tentang hal ni. Lagipun, bukan Dian yang putuskan hubungan kita."

"Abang tahu abang yang salah. I'm sorry." Ujar Aidil kesal. "Tapi satu benda yang Dian kena tahu, abang tak akan mengalah."

"Ikut suka hati abang la. Dian nak tidur."

"Okey sayang, goodnight. Tidur nanti mimpikan abang tau!" Sempat lagi Aidil mengusik.

Pipi Dian mula menjadi merah mendengar ungkapan 'sayang' yang keluar dari mulut Aidil tadi.

Alah Dian, bukannya kau tak biasa! Memang dulu dia panggil kau macam tu kan? bisik hati kecil Dian.

Ish, hati... Jangan mudah terpengaruh! Ini semua bisikan syaitan!!!

***

Bekas Kekasih Dia! ☑Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang