BAB 30

42.1K 1.4K 57
                                    

Bunyi pancuran air membuatkan Julia membuka matanya yang terasa berat. Julia bangkit lalu duduk sambil memeluk lutut. Tatkala teringatkan peristiwa semalam, serta merta dia menarik gebar lalu menyelubungi dirinya. Setitis demi setitis air mata Julia turun ke pipi lalu membasahi selimut yang membaluti tubuhnya.

Apabila terdengar bunyi pintu bilik air dibuka, Julia terus mengalihkan  pandangannya ke tempat lain. Dia benci mahu melihat wajah Norman sekarang ini.

Norman keluar dari bilik air dengan lengkap berpakaian seperti semalam. Rambutnya masih basah menunjukkan bahawa dia baru selesai mandi.

"Julia..." Panggil Norman perlahan. Terdengar seperti ada nada kekesalan dalam nada suaranya.

"Dah cukup apa yang you buat semalam untuk tebus dosa I pada you?" tanya Julia sinis tanpa memandang wajah Norman.

Norman teringat peristiwa malam semalam. Dia yakin tentang sesuatu. Keyakinannya makin kuat apabila melihat kesan pada selimut yang membaluti tubuh Julia.

Norman menghela nafas berat. Tak mungkin...

"You're still a virgin?"

Mendengar ayat itu, Julia terus mencampakkan bantal ke arah Norman  dengan amarah tetapi balingannya tersasar ke bahagian kaki lelaki itu sahaja.

"It doesn't matter anymore!!!" jerit Julia dengan geram. "I yakin yang I dah tebus kesalahan I dekat you, jadi I nak you keluar dari rumah I sekarang! I tak nak tengok muka you lagi!"

Norman tidak mempedulikan kata-kata Julia malah dia merapati gadis itu. Dagu Julia ditolak lembut agar mata Julia memandang tepat ke matanya.

"You're still a virgin," ujar Norman perlahan sekaligus inginkan kepastian daripada Julia walaupun dia sudah pasti dengan jawapannya.

Julia menepis tangan Norman dengan kasar. "Will it make any difference now?" Julia bertanya sinis.

"Julia... I don't understand..."

"You don't understand because you will never understand! Sekarang ni tolong keluar dari rumah I sebab I dah tak ada hati nak tengok muka you lagi!"

"Julia, I..." Belum sempat Norman menghabiskan ayatnya, Julia terlebih dahulu memotong.

"Enough, Norman. Just go." Suara Julia sudah mula berubah perlahan. "Let's just call it a day.  From today onwards, I dah tak nak ada apa-apa kena-mengena dengan you lagi. For God sake, just go."

Norman akur dan terus pergi.

***

Norman memandu keretanya laju di atas jalan raya. Kepalanya asyik terfikirkan Julia sahaja.

Argh! Julia, Julia, Julia!!! Rimaslah asyik fikir tentang dia je! Jerit Norman dalam hati lalu memukul stering keretanya dengan geram. Tangan kanan diletakkan pada cermin dan menongkat kepalanya yang terasa berat manakala tangan kiri memegang stering untuk memandu.

Sangka Norman, hatinya akan puas apabila dapat membalas dendam terhadap Julia dengan cara menyakiti hati gadis itu sehabis boleh. Tetapi sekarang mengapa dia tidak berasa puas malah lebih dihimpit perasaan bersalah?

Dan Julia.... Macam mana dia boleh...

Memikirkan tentang perkara itu, Norman terus memukul stering keretanya lagi dengan perasaan geram.

Damn it, Norman! She was still a virgin when you touched her!

Norman kesal. Dalam masa yang sama dia musykil. If I were her first, then who the hell were all those guys I saw with her?! Aku nampak dengan mata kepala sendiri lelaki masuk dalam bilik dia!

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now