BAB 17

43.9K 1.8K 106
                                    

Sebaik sahaja Dian sampai di rumahnya, dia terus meluru ke dalam bilik tanpa mempedulikan Yatie yang memanggil namanya. Beg tangan dicampak ke atas katil lalu dia turut menghempaskan dirinya ke atas katil dan menangis semahu-mahunya.

"Dian... pasaipa dengan hang ni? Awatnya? Hang ceritalah dekat aku!" Yatie masih mengetuk pintu biliknya. Dian mendiamkan diri. Dia perlu menenangkan dirinya dahulu.

"Aku tak nak paksa hang cerita dekat aku sekarang... tapi kalau Aidil ada buat tak senonoh kat hang, hang kena habaq dekat aku! Biaq aku pi ligan dia!"

Dian masih mendiamkan diri. Yatie juga sudah tidak bersuara lagi. Dian hanya mahu sendirian menenangkan fikirannya yang kusut tatkala ini.

Tingkah-laku Aidil amat menjengkelkan hatinya. Lelaki itu cuba berpura-pura seperti tiada apa yang pernah berlaku antara mereka.

He's trying to get rid of me.

Dian menangis semahu-mahunya apabila memikirkan tentang perkara itu.

***

Dian duduk termenung sambil memandang skrin komputer di hadapannya. Hari ini Norman tidak datang ke pejabat kerana outstation ke Johor selama tiga hari. Jadi, kerjanya tidak banyak dan semua kerja sudahpun diselesaikan.

Dian mengeluh berat. Semenjak peristiwa itu, Dian dan Aidil tidak pernah bertegur-sapa langsung. Mereka hanya meneruskan hari-hari seperti biasa. Kalau memerlukan Dian untuk bercakap dengan Aidil sekalipun, itu hanyalah semata-mata kerana kerja.

Dian sudah bertekad, no more Aidil! Katakan tidak kepada Aidil!!!

Interkom yang tiba-tiba berbunyi membuatkan Dian sedikit tersentak.

"Cik Dian, Tan Sri panggil masuk bilik sekarang. Urgent."

Tan Sri? Dian menekan butang pada telefon. "I'm coming now, Puan Kartini."

Dian segera menuju ke arah lif dan menekan butang yang menempatkan bilik Tan Sri Adam di tingkat yang tertinggi sekali.

Dian mengetuk pintu dan selepas mendengar arahan masuk, Dian melangkah perlahan memasuki bilik bos besarnya itu. Dahinya berkerut melihat kehadiran Aidil yang turut berada di dalam bilik itu. Tiba-tiba dia berasa gementar.

"Yes, Tan Sri. Anything that I can help?"

"Dian... Duduk dulu," ujar Tan Sri Adam lalu menunjukkan tangannya ke arah kerusi kosong di sebelah Aidil. Dengan langkah yang berat Dian duduk juga di situ.

"Saya panggil awak ni ada sebab..."

"Sebab apa, Tan Sri?" Dian dah mula cuak. Mana tak cuak kalau kena panggil dengan bos besar!

"You know about our major project in Langkawi now, kan?"

"Maksud Tan Sri, Bayu Resort? Projek yang Encik Aidil tengah handle sekarang?"

Tan Sri Adam mengangguk-angguk dengan senyuman. "Unfortunately, we have a problem over there. Jadi... Aidil kena pergi sana to check things out."

Dian mengangguk perlahan. Okey... sekarang ni apa kaitannya dia nak ke Langkawi dengan aku?

"Tapi, I need you to accompany him to go to Langkawi for a week."

Mata Dian serta-merta membulat. "A...apa Tan Sri? Saya kurang dengar." He got to be kidding me!

"Awak kena teman Aidil pergi Langkawi seminggu untuk settlekan masalah kat sana." Tan Sri Adam bersuara tenang dan tersenyum penuh makna.

Dahi Aidil berkerut. "Tapi daddy... kenapa Dian? Aidil kan ada secretary sendiri!"

"Betul tu, Tan Sri!" Dian mengangguk laju. "Encik Aidil kan dah ada Sofia. Kenapa saya yang kena ikut Encik Aidil pulak? Lagipun, saya kan kerja dengan Encik Norman sekarang. Nanti apa pulak cakap Encik Norman." Bersungguh-sungguh Dian cuba membangkang. Chaiyok Dian!!!

Tan Sri Adam memandang Aidil. "I can't allow Sofia to go with you Aidil. I'm sorry, but I can't trust her much. Nanti lain pulak jadinya..." Tan Sri Adam memandang Dian pula. "As for Norman, awak jangan risau sebab this is my order. I'll tell him myself once he get back from Johor. Sementara awak tak ada nanti, saya akan suruh Sofia gantikan tempat awak."

Dian jadi hilang suara.

"Kalau macam tu, biar Aidil pergi sendiri jelah daddy. Kesian Dian, she's got nothing to do with this," ujar Aidil.

Dian menganguk laju lagi tanda setuju 200%. Betul betul betul! Kesianlah dekat aku yang nak kena melayan kerenah dia tu!

"Dah, that's my final decision. Dian akan ikut Aidil pergi Langkawi esok pagi. No more tapi tapi. Lagipun, seminggu je kan? Kalau Aidil boleh selesaikan lebih cepat, then you guys can immediately come back to KL. I know you guys can work very well together. Faham Aidil, Dian?"

Dian menundukkan kepalanya memandang meja. "Faham." Dia bersuara perlahan.

"Okay, good. Now, dismiss."

Dian segera bangun dan melangkah keluar dari bilik Tan Sri Adam dengan hati yang sebal!

Kenapalah malang sangat hidup aku ni?!

***

Aidil tersenyum lalu memeluk daddynya.

"Thanks daddy... You helped a lot!"

Tan Sri Adam menepuk belakang badan anaknya.

"Daddy tolong sekali ni je. Next time, it's all by yourself. Anggap ni peluang kedua untuk Aidil. Jangan sia-siakan Dian lagi!"

Aidil mengangguk. Ternyata, keputusannya untuk menceritakan segala-galanya kepada daddynya sangat berbaloi. Dia tidak sangka daddynya boleh mengeluarkan idea yang sangat bernas seperti tadi.

Bertuah betul dapat daddy yang cool macam ni!

What's more important is... I'll try to steal your heart again, Dian!

***

Notakaki : Whooppsss! Nampaknya Aidil dah mula nak buka langkah kuda-kuda! Dan.... mana Norman ni?!

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now