Dian mengacau iced lemon teanya menggunakan straw. Dia dan Norman baru sahaja selesai makan tengah hari di sebuah restoran yang terletak agak jauh dari hotel. Normanlah... tahu saja mana tempat yang best untuk makan!
"Ni saya nak tanya awak sikit..." ujar Norman sambil memandang Dian dengan serius.
Dian angkat kening. "Apa dia?"
"Kenapa awak yang kena ikut Aidil datang sini? Kenapa dia tak bawak je secretary dia sendiri?" tanya Norman tidak puas hati. "Saya balik je dari Johor, tengok-tengok you're not at your place, but Sofia. Terkejut hati ni tau!"
Dian ketawa kecil melihat reaksi Norman. Walaupun perasaan Norman terhadapnya bukan lagi rahsia, tetapi Dian tidak berasa janggal apabila bersama lelaki ini. Lagipun, Norman tidak pernah memaksa. Bak kata Norman, may the best man wins!
"Manalah saya nak tahu Encik Norman... saya ni kan pekerja je! Saya ni bertindak atas arahan dan berkhidmat untuk negara aje tau!"
"Saya tengah risau awak boleh bergurau pulak ya, Cik Dian..." Sengaja Norman berpura-pura buat mimik marah.
"Laa... nak risau kenapa pulak? Saya ni bukannya tak reti jaga diri, Encik Norman. Dari kecil dah diasuh untuk jaga diri sendiri!"
Norman mengeluh lemah. "Mestilah risau... Awak ada dekat sini dengan lawan saya. Kalau dia bukak langkah kuda-kuda dekat awak masa saya tak ada, macam mana? Alamatnya, melepaslahhh..."
Dian ketawa lagi. Ada-ada aje Norman ni!
"Kalau Encik Aidil buka langkah kuda-kuda, Encik Norman buka bunga silatlah! Kita tengok siapa yang menang!"
Norman tersenyum manis mendengar kata-kata Dian. "Awak ni Dian... you always make me smile! Sebab tu sehari awak tak ada dekat pejabat, saya sendiri yang datang cari awak kat sini!"
Dian senyum. "Berapa hari Encik Norman dekat sini?"
Norman terdiam sebentar sambil melarikan tangan kanan ke rambutnya. "Kalau ikutkan hati nak tunggu sampai settle semua kerja awak dekat sini, tapi tulah... I got a few things to settle in KL..."
"Laa... Saya tak suruh pun Encik Norman tunggu saya!" Dian jadi serba-salah. Memang dia tidak suka menjadi beban kepada sesiapa pun.
"Memanglah awak tak suruh, tapi..." Norman tidak menghabiskan ayatnya. "By the way, flight saya lusa. So... Can we hang out together before I go back?" tanya Norman penuh mengharap.
Dian menggaru pelipisnya yang tidak gatal sambil berfikir. Kalau tolak... kesian pulak dekat dia dah datang dari jauh. Kalau terima...
"Encik Norman nak pergi mana?"
Norman menjungkitkan bahunya. "Anywhere. Saya nak jadi typical tourist yang nak pergi Underwater World, naik cable car, island hopping, shopping coklat dengan pinggan mangkuk untuk mama dekat rumah..."
Kali ini Dian ketawa agak kuat. "Really? Are you kidding me right now? Macam budak sekolah menengah nak dating tahu tak!" Dian sambung ketawa lagi.
Norman mendekatkan tubuhnya pada meja makan dan meletakkan tangannya di atas meja. Wajah Dian dipandang dengan senyuman mengusik.
"Looks like someone considered my plan as a date..." ujar Norman dengan senyuman mengusiknya.
Serta-merta ketawa Dian mati. "Mana ada!"
Norman bersandar pada kerusinya semula. "Admit it, sweetheart. You really want to date me, kan?" tanya Norman dengan senyuman manisnya.
Dian menggeleng laju. "Tak langsung!" Dian berpeluk tubuh konon-konon jual mahal.
"Kalau tak nak mengaku takpe... But one thing you should know. Tawaran saya tak pernah ada tarikh luput, Cik Dian. Kalau satu hari nanti awak dah buat keputusan untuk datang kepada saya, I'll accept you with all my heart..." ujar Norman disertakan dengan kenyitan mata kepada Dian.
Wajah Dian menjadi merah mendengar kata-kata Norman kerana malu. Kalau hendak diikutkan hati wanitanya, memang sudah lama tangkap cinta dengan kata-kata Norman. So sweet!
Tapi disebabkan dia masih lagi boleh berfikir secara relevan, Dian hanya mengambil langkah untuk mendiamkan diri sahaja. Lagipun, dia belum mengenali Norman sepenuhnya, walaupun dia yakin Norman bukanlah lelaki yang jahat. Cuma... hatinya belum bersedia untuk menerima mana-mana lelaki lagi selepas Aidil.
"What if... kalau saya tak datang kepada awak, Encik Norman?" Dian bertanya perlahan sambil menundukkan kepalanya.
"Then, I think you're not meant to be for me, Cik Dian..."
***
Notakaki : Lawan yang susah untuk Aidil, Encik Norman kita ni! Buat pengetahuan semua, saya masih belum pilih siapa hero lagi tau. Jadi, may the best man wins! Comment and vote to show your love! ;)
ANDA SEDANG MEMBACA
Bekas Kekasih Dia! ☑
Storie d'AmoreGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...
