"Mama, abah, Man kenalkan ini Julia Natasya..." Norman memperkenalkan Julia kepada orang tuanya.
"Tan Sri... Puan Sri..." ujar Julia sedikit perlahan nyaris tidak kedengaran. Dia menyalami tangan kedua-duanya sambil cuba untuk bertenang.
Puan Sri Jannah tersenyum melihat Julia. "Julia... tak payah panggil Puan Sri. Panggil auntie je..."
Julia hanya senyum. Dia berasa gementar apabila Tan Sri Idris hanya diam tidak bersuara.
"Julia dah lama kenal dengan anak auntie ni?" tanya Puan Sri Jannah.
Automatik Julia memandang Norman apabila mendengar soalan itu. Norman turut memandang Julia yang kelihatan serba salah untuk menjawab soalan mamanya.
"Baru-" Belum sempat Julia menjawab Norman terlebih dahulu memotong.
"Lama jugak ma. Masa kat Aussie lagi."
Mata Julia membulat mendengar jawapan yang keluar dari mulut Norman. Beraninya dia!
"Dari kat Aussie lagi Norman dah kenal Julia? Kenapa tak pernah bagitahu mama pun?" Puan Sri Jannah turut terkejut mendengar jawapan anaknya itu.
Norman menghela nafasnya. Norman mahu berterus terang sahaja dan tidak mahu menyimpan apa-apa lagi. Dia tidak mahu kehilangan Julia lagi. Melihat Julia dengan Khal sahaja pun sudah cukup membuatkan dia makan hati. Kalau boleh dia hendak memiliki Julia hanya untuk dirinya dengan ikatan yang sah.
Norman memandang Julia sekilas. "Sebenarnya... Man dengan Julia-" Kata-kata Norman terhenti apabila tangan Julia yang terasa sejuk seperti ais memegang tangannya. Norman memandang Julia dan gadis itu menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju.
"Ada apa sebenarnya Man dengan Julia ni... cuba cakap betul-betul dengan mama dan abah..."
Julia semakin gelisah. Dia tahu apa yang hendak Norman katakan kepada kedua-dua orang tuanya tetapi Julia takut. Takut kerana dia sudah berjanji dengan Tan Sri Idris untuk menjauhkan diri daripada Norman.
"Norman dengan Julia dah kenal hampir tujuh tahun ma, abah. Kitorang pernah bertunang masa dekat. Australia." Norman berterus terang tanpa selindung lagi.
"Astaghfirullah... kenapa Norman tak pernah bagitahu mama dengan abah..." Puan Sri Jannah menggelengkan kepalanya. Dia kesal dengan Norman apabila mendengar berita ini daripada mulut anaknya sendiri.
Tan Sri Idris terbatuk-batuk. Puan Sri Jannah pantas memimpin suaminya ke arah kerusi yang berdekatan dan menyuruh suaminya untuk duduk.
"Julia..." panggil Tan Sri Idris perlahan tetapi berselang-seli dengan batuknya.
"Marilah masuk semua... majlis dah nak mula..." panggil Puan Sri Khaleeda menjemput mereka untuk masuk. Kemudian Puan Sri Khaleeda beransur semula ke dalam.
"Nantilah dulu ya abang... Nanti kita berbincang balik." Pujuk Puan Sri Jannah apabila Tan Sri Idris kelihatan seperti ingin bercakap sesuatu tetapi terbatuk-batuk.
"Norman... Julia... Nanti kita kena bincang. Mama nak tahu apa yang sebenarnya yang dah jadi..." ujar Puan Sri Jannah lalu memimpin suaminya masuk ke dalam rumah.
Julia tertunduk memandang lantai. Tak tahu apa yang bakal dihadapinya nanti.
"Julia..." Norman memegang tangan Julia. "I tak nak hilang you lagi. I dah tak nak fikir tentang apa yang dah jadi masa dekat Australia dulu."
Perlahan-lahan Julia melepaskan pegangan Norman. "You tak faham, Norman. You tak faham..." ujar Julia lalu terus melangkah pergi meninggalkan Norman.
***
Selesai bacaan tahlil, Tan Sri Adam dan isterinya menjemput para tetamu yang hadir untuk menjamu selera di bawah khemah yang terletak di luar rumah. Suasananya sungguh meriah dengan ramai orang kerana Tan Sri Adam menjemput para pelajar tahfiz dari sekolah tahfiz miliknya untuk turut hadir ke majlis tahlil itu.
Tan Sri Adam dan isterinya memang terkenal dengan sikap bermurah hati. Tan Sri Adam sendiri banyak membantu orang-orang yang memerlukan jadi tidak hairanlah jika syarikat yang dibinanya itu maju. Berkat membuat amal kebaikan mungkin.
"Dian... Kenapa ambil makanan dekat sini? Jomlah makan kat dalam..." ajak Aidil apabila ternampak Dian sudah memegang pinggan kosong untuk mengambil makanan.
"Tak naklah... Dian makan dekat sini dahlah. Nanti orang cakap apa pulak kalau Dian makan dekat dalam..." Yelah... dekat dalam rumah tu pasti penuh dengan saudara-mara Aidil. Takkan aku nak menyempit sama, ye tak?
"Orang nak cakap apa? Dian kan date abang malam ni..." Aidil sengih.
Dian menjegilkan matanya memandang Aidil yang tersengih.
"Takpelah kalau Dian tak nak makan dekat dalam, abang makan dekat luar dengan Dian," ujar Aidil sambil mengambil pinggan kosong juga.
"Ish... awak makanlah kat dalam!"
"Abang makan dekat sinilah sayang... Baru boleh together-gether, merapatkan silaturahim. Dian tak nak masuk dalam, abang datang luar. Kalau Dian nak masuk dalam, lagi syok boleh kita makan beradab sayang..." usik Aidil dengan nakal.
Dian ketap gigi dengan perangai Aidil yang kuat mengusik malam ini. "Awak ni...! Dian cucuk mata tu dengan garfu baru tahu!" Dian berpura-pura angkat garfu seperti ingin mencucuk mata Aidil.
"Dian ni... nak romantik sikit pun tak boleh. Garang sangat macam rimau! Tengok tu Norman dengan Julia... bukan main romantik tau!" Aidil menunjukkan ke arah Norman dan Julia yang sedang duduk berdua di meja bulat kecil di tepi taman.
Dian turut memandang ke arah Norman dan Julia. Norman kelihatan ceria bersama dengan Julia walaupun Julia kelihatan agak pendiam malam ini.
Timbul rasa tidak puas hadir dalam hati Dian. Bukan dia tidak suka melihat Norman dan Julia, jauh sekali hendak berasa cemburu akan mereka berdua, tetapi ada perkara yang belum selesai antara dia dan Norman.
Sejak di Langkawi lagi sehinggalah malam semalam, sudah tujuh malam Dian melakukan solat istikharah. Pada malam ketujuh, Dian yakin Norman memang bukan untuknya. Ternyata lelaki itu sudah ada cintanya sendiri.
Dian juga semakin pasti bahawa perasaannya pada Norman selama ini bukannya perasaan suka atau cinta tetapi hanya sekadar ingin mengisi kekosongan hati yang ditinggalkan Aidil. Lebih-lebih lagi apabila Norman pandai bermain kata-kata, lagilah hati Dian semakin keliru.
Sebab itulah... ada satu perkara lagi yang perlu dia selesaikan dengan Norman.
Once and for all.
"Nanti abang kena ingatkan Dian untuk jumpa Encik Norman bila masanya sesuai," ujar Dian tiba-tiba.
Aidil yang sedang mencedukkan nasi ke pinggannya terhenti apabila mendengar panggilan yang digunakan Dian sudah berubah.
"Apa dia sayang?"
Eii dia ni...! getus Dian dalam hati. Geram pula dengan Aidil malam ni!
"Nak peluang kedua tak?" Dian menaikkan jari telunjuknya ke arah Aidil sambil membulatkan mata. Saja nak buat gempaq kalau bak kata Yatie!
"Mestilah nak Dian! Gila tak nak? Betul ke nak bagi abang peluang kedua ni?" tanya Aidil seperti tidak percaya.
"Betul... tapi lepas Dian selesaikan percaturan terakhir dengan Encik Norman dulu."
***
Notakaki : Saya rasa it's going to the end already! Jangan risau, saya tak ada niat nak hantar cerita ni kat mana-mana dan biarkan tergantung je dalam Wattpad. Kiranya cerita sini habis sini la eh hehehe... Simpan dalam Wattpad baru senang nak baca kat mana-mana ye tak? ^^
YOU ARE READING
Bekas Kekasih Dia! ☑
Storie d'amoreGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...