"Apa abang buat dekat sini?!"
Dian memandang Aidil di hadapannya dengan tajam. Jelas dia tidak suka dengan kehadiran Aidil di sini.
Macam manalah dia boleh tahu aku dekat sini? Alah... nak heran apa mata-mata dia kan ada kat merata-rata tempat! Dian rasa menyampah tiba-tiba.
"Abang cari Dian la... Dian tak jawab call abang. Abang pergi rumah, Dian tak ada. Abang risau tahu tak?" Aidil berkata lembut dengan harapan hati Dian turut akan lembut. "Nasib baik Darius ternampak Dian dekat sini. Sayang tak ingat ke Darius tu kan sepupu abang jugak... Bila dia kata Dian ada dekat sini, terus abang drive dari KL tengah malam semalam."
Dian mendengus geram. Sedikit pun tidak terkesan dengan kata-kata Aidil. Eiii.... mamat semalam la yang bukak mulut rupanya! Ingatkan pekerja hotel, rupa-rupanya sepupu dia! Mana-mana mesti ada je...!
Dian terus mencapai beg tangannya yang diletakkan di atas kaunter pendaftaran spa itu tadi. Dari tadi pekerja spa di kaunter itu hanya memerhatikan sahaja mereka berdua.
"Cik, cancel je spa treatment tu. Saya dah tak ada mood nak buat spa!" ujar Dian.
"Tapi Cik Dian, macam mana dengan bridal package ni?" tanya pekerja itu terkebil-kebil.
"Tak jadi! Cancel! Tak ada orang yang nak kahwin pun dekat sini!" jawab Dian geram dan terus melangkah keluar daripada kawasan itu.
Aidil telan air liur. Aik... ini memang betul-betul marah. Nampaknya Dian sudah mula keras hati. Aidil mengeluh lemah. Salah aku jugak...
"Dian... please jangan macam ni." Aidil menyambar lengan Dian dari belakang. Dian berhenti melangkah tetapi tidak berpusing memandang Aidil. "Abang minta maaf. Salah abang. Semuanya salah abang. I was wrong. Please sayang... abang tak nak Dian pergi lagi..." rayu Aidil.
Dian berpaling memandang Aidil. "Dulu macam tu jugak abang cakap, tapi abang masih buat Dian macam ni lagi! Dian rasa Dian bodoh sangat sebab bagi abang peluang dulu!"
"Sayang please... jangan cakap macam tu. It was my mistake. Abang tak bermaksud nak buat Dian macam tu. Abang terlampau busy kebelakangan ni sampai abang tak sedar yang abang dah abaikan Dian..." ujar Aidil sambil memandang Dian dengan pandangan yang redup.
Dian berpeluk tubuh dan membuang pandang ke arah lain. "Alasan!" ujar Dian marah. "Abang bukannya setakat abaikan Dian tapi abang sampai fikir nak tangguhkan perkahwinan kita! Kalau susah sangat untuk abang, kita tak payah teruskan langsung!"
Aidil menekan pelipisnya yang terasa berdenyut-denyut. Dia cuba bersabar dengan perangai Dian kali ini kerana dia tahu semua ini salahnya.
"Abang tarik balik kata-kata abang. Kita takkan tangguhkan apa-apa. Everything will go on as usual. Kenapa Dian fikir sampai macam tu sekali, sampai nak putuskan semuanya? Dian tahu kan abang sayang Dian..." Aidil masih memujuk lembut.
"Sayang apa kalau buat Dian macam tu... Menyakitkan hati adalah..." gumam Dian perlahan masih dengan perangai degilnya.
Aidil terdiam mendengar kata-kata Dian walaupun perlahan. Dia agak terkejut, tidak sangka Dian akan kata begitu.
"Dian... Dian tak sayang abang? Marah sangat Dian dengan abang?" tanya Aidil perlahan.
Giliran Dian pula yang terdiam sekejap tetapi dia tidak mahu mengalah lagi. "Memang Dian marah dengan abang! Abang langsung tak hargai Dian! Kalau Dian tahu macam ni, lebih baik Dian terima cinta Firdaus dulu sebelum dia pergi ke Ireland! Sekurang-kurangnya dia hargai Dian!" ujar Dian tanpa sedar dia telah membuka cerita lama.
YOU ARE READING
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomanceGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...