BAB 12

45K 1.9K 45
                                    

Dian hanya mampu menggeleng kepala apabila Range Rover Norman memasuki tempat parkir di KLCC.

Tudia aihh bos... agak-agaklah kalau nak menyopping pun. Dah banyak duit sangat ke sampai nak berbelanja kat KLCC ni?

"Encik Norman... kita nak cari baju dekat sini ke?"

"Yelah Cik Dian... saya dah parking dah pun, takkan nak pergi tempat lain pulak..."

"Tak payah nak mewah sangat la Encik Norman. Baju tu pun saya akan pakai sekali je nanti."

"Awak ikut jelah. Jangan risau, saya yang belanja." Norman terus melangkah masuk ke dalam KLCC sambil diikuti Dian.

Dian hanya mengikuti sahaja Norman dari belakang kerana tidak dapat menyaingi langkah lelaki itu kerana sukar berkasut tinggi. Norman tiba-tiba berhenti melangkah dan menunggu Dian supaya mereka berjalan beriringan.

Apabila Norman melangkah masuk ke dalam Chanel, Dian sudah mula susah hati. Memanglah seronok apabila dibelanja, tapi kalau dah melampau sangat sampai masuk Chanel semata-mata kerana baju, aku sendiri pun susah hati nak pakai, gumam Dian dalam hati.

Salah seorang pekerja Chanel yang hanya berdiri di dalam kedai sejak tadi mula mendapatkan Norman dan Dian dengan senyuman manis. "Welcome sir. What can I help you with?" Senyuman manis tak lekang dari bibir wanita Cina itu.

"I need a dress for this lady over here for an evening occasion." Norman selamba menarik tangan Dian supaya berdiri betul-betul di sebelahnya. "Something that is elegant but not too revealing. To be precise, she needs long dress and sleveless dress is a big no. Got me?"

Pekerja itu masih lagi tersenyum walaupun selepas mendengar arahan Norman yang panjang lebar.

"I understand sir. We surely have something for this lady to wear. Come on miss, this way," ujar wanita itu agar Dian mengikutinya ke arah deretan pakaian.

Dian hanya mengikuti sahaja sambil sempat melihat Norman yang sudah melabuhkan punggung ke atas sofa sambil menyandar selesa dan memejamkan matanya.

Dian memandang sahaja deretan baju yang menjadi idaman kebanyakan wanita, termasuk dia sendiri. Seumur hidup, tak pernah lagi dia membeli baju berjenama Chanel yang mungkin bakal menghabiskan separuh daripada gaji bulanannya.

Memang tak dapatlah! Duduk dekat KL ni semua benda kena berjimat. Duit gaji boleh habis dalam sekelip mata je. Mana nak bayar duit kereta Myvi, sewa rumah, bil air, bil elektrik, makan minum. Belum lagi masuk duit minyak kereta dan barang-barang peribadi. Tup tup je, duit dah habis! Pengsan nak tunggu hujung bulan!

Apabila pekerja wanita itu menyerahkan beberapa helai baju kepadanya untuk dicuba, Dian melangkah masuk ke dalam bilik persalinan pakaian lalu mengantungkan baju itu. Setiap satu gaun labuh itu diamati satu persatu. Cantik. Semuanya cantik. Dian melihat tag harganya pula.

Gila! Harga macam nak gantung emas dekat badan!

Dian mencuba baju yang pertama. Gaun labuh warna merah hati dan meriah dengan manik-manik seperti kristal. Cantik, tetapi potongan baju dan kemeriahan manik pada baju itu membuatkan Dian rasa tidak selesa. Sempit sana sini.

Baju kedua pula dicuba. Gaun warna hitam berkain satin paras lutut dan berlapikkan French lace sampai ke buku lali itu kelihatan amat cantik. Simple but nice. Tetapi apabila melihat kakinya yang agak terdedah kerana hanya ditutupi lace sahaja, Dian terus mematikan niatnya untuk memilih baju itu.

Tak kuasa aku nak tayang kaki kat orang! Kalau cantik takpelah jugak.

Dian menyarungkan pula baju terakhir. Sebaik sahaja baju itu tersarung di tubuhnya, Dian tersenyum sendiri. Gaun labuh dan berlengan panjang berwarna biru dan bermanik kemas di bahagian atas baju membuatkan Dian nampak lebih cantik apabila memakainya.

Apabila berpuas hati dengan penampilannya bersama baju itu, Dian melangkah keluar dari bilik persalinan dan melangkah ke arah Norman.

"Encik Norman?"

Norman berpaling ke belakang apabila terdengar Dian memanggil namanya. Dia terpaku melihat Dian berdiri di hadapannya dan kelihatan lain daripada biasa.

Norman tersenyum melihat gadis di hadapannya itu. So beautiful!

"Ok tak, Encik Norman?" tanya Dian apabila Norman hanya diam sambil melihatnya.

Apa buruk sangat ke baju ni?

"Perfect."

"Really?" Dian turut tersenyum. Memang ini baju kegemarannya antara tiga baju yang diberi tadi.

"Orang kalau dah cantik, pakai apa pun cantik tetap akan nampak cantik, Cik Dian."

Dian hanya mampu tersenyum mendengar pujian Norman.

Ayat tu lagi...

Ayat yang buat hati aku berdegup laju lagi sekali...

***

Notakaki: Ada yang kata saya kena bagi Aidil jealous lagi, so saya akan bagi kaw kaw lagi la! Saya perasan ramai yang #TeamNorman dekat sini, kan? Apa-apa pun, let the best man win! Sebab saya sendiri pun tak decide lagi nak masuk team mana. Hehehe... #DianxNorman atau #DianxAidil?

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now