Dian melihat jam tangannya, sudah hampir menginjak ke jam 9.30 pagi. Tetapi sampai sekarang batang hidung bosnya masih belum kelihatan.
Mak aii... takkan hari pertama dah nak tunjuk perangai bos baru aku ni? Tahulah bos, tapi jaga la nama baik tu sikit...
Kerana bosan menunggu, Dian mengambil keputusan untuk ke partition lamanya untuk mengambil barangannya yang masih belum sempat dipindahkan.
"Cik Sofia, barang-barang saya dekat mana ya?"
"Barang apa? Manalah I tahu!" balas Sofia acuh tidak acuh.
Ek eleh minah ni... aku tanya baik-baik kot!
"Barang-barang saya dekat sini la, barang yang saya belum sempat angkut lagi tu."
"Ni kot, bawah meja ni! Semak meja I je barang-barang you ni!" Sofia menarik kotak di bawah mejanya dengan menggunakan kaki sahaja.
"Hati-hati sikit Cik Sofia! Ada al-Quran saya dalam kotak ni!"
Sofia terus terdiam.
Sakit hati Dian apabila melihat kelakuan Sofia yang biadap itu. Kotak yang penuh dengan barangannya itu diangkat dengan kedua-dua belah tangan.
Dian berjalan berhati-hati dengan kotak yang berat di tangannya untuk kembali ke partitionnya. Setiap masa dia memandang ke bawah untuk melihat jalan kerana kotak itu telah melindungi pandangan hadapannya.
Tanpa Dian sedari, tiba-tiba dia terlanggar seseorang di hadapannya. Kotak besar di tangannya terlepas dari pegangan dan jatuh terus ke lantai. Habis semua barang-barangnya berterabur dan ada juga kedengaran bunyi kaca berderai.
Mata Dian membulat. Dia tidak kisah tentang barangannya yang jatuh, tetapi dapat dia lihat handphone lelaki yang dilanggarnya itu sudah terhempas ke lantai.
"Maaf encik! Saya betul-betul tak sengaja!" Ujar Dian dengan perasaan bersalah. Cepat-cepat handphone lelaki itu dikutip bersama-sama baterinya yang sudah tercampak jauh.
Lelaki itu tersenyum manis. "It's okay. Salah saya jugak sebab tak pandang awak tadi. Saya pun tengah busy calling."
"Tak! Saya yang salah sebab tak hati-hati!" Dian menggeleng laju.
Bateri handphone itu dipasang semula dengan cermat. Kemudian Dian cuba menghidupkan handphone itu tetapi skrinnya masih tetap gelap.
"Alah... tak nak on la pulak!" bebel Dian perlahan apabila skrin handphone itu masih belum menyala.
Lelaki itu tergelak kecil. "Dah, biarkan je handphone tu. We'll figure out what to do about it later." Dia mengambil kembali handphonenya dari tangan Dian dan dimasukkan terus ke dalam poket. "Sekarang kita kemas barang-barang awak yang dah bersepah ni."
"Tak apa encik, saya boleh buat sendiri!"
Lelaki itu diam tidak menjawab tetapi terus mengutip barang-barang Dian dan meletakkannya semula ke dalam kotak. Dian turut melakukan perkara yang sama apabila lelaki itu tidak membantah.
"Awak kerja dengan siapa?" Lelaki itu tiba-tiba bertanya tetapi tangannya masih terus mengemas.
"Tiga tahun kerja dengan Encik Aidil. Hari ni saya mula kerja dengan Encik Norman."
Lelaki itu berhenti sekejap. Dia memandang Dian dengan senyum manis dan terus mengutip barang semula.
"Ohh, I see..." Dia terangguk-angguk. "Awak, snowball ni dah pecah..."
Dian mengangkat muka dan memandang snowball pemberian Aidil yang sudah pecah berderai. Snowball yang menjadi tanda permulaan percintaan mereka enam tahun yang lepas...
"I bet this snowball has some sentimental value to you..."
Dian menggeleng perlahan. Takkan dia hendak memarahi lelaki di hadapannya ini semata-mata kerana sebiji snowball, sedangkan dia sudah merosakkan handphone lelaki itu yang jauh lebih mahal!
"Tak adalah. Tak penting pun..." Dian menipu.
"Nama awak siapa?"
"Dian. Dian Raisya." Dian memandang lelaki itu sekilas. "Encik pekerja baru kat sini ya?"
Lelaki itu senyum lagi. Dia mengangkat kotak Dian yang sudah selesai dikemas.
"Yeap, saya pekerja baru kat sini. Okay, lets go!" Lelaki itu mula melangkah dengan kotak Dian yang masih di tangannya.
"Hah? Lets go pergi mana?" Dian berasa pelik tetapi dia masih mengikuti lelaki itu.
"We have to start working, Cik Dian. Sekarang dah pukul berapa?"
Dian melihat jam tangannya. "Hampir pukul 10 pagi."
"Dah nak dekat pukul 10 dah? Saya ada banyak benda nak brief awak ni."
Makin berkerut dahi Dian apabila lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik bos barunya.
"Saya tak fahamlah!"
Lelaki itu meletakkan kotak barangan Dian di atas mejanya.
"Nice to meet you, Cik Dian. Saya Norman, bos baru awak."
Mata Dian membulat. Adui, masak aku!
***
ANDA SEDANG MEMBACA
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomanceGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...
