"Encik Aidil?"
Aidil yang sedang berdiri membelakangi pintu pejabatnya berpaling tatkala terdengar suara Dian.
"Dian... Thank God you are here!" Aidil menghela nafas lega. "Laptop saya... it suddenly shuts down! Semua fail saya ada dalam ni, and I have to go for a meeting at 12 noon. Damn it! Out of all time, it have to be now!" Aidil menepuk mejanya dengan sedikit kuat untuk melepaskan geram.
Dian sedikit tersentak apabila Aidil menepuk mejanya. Jelas kelihatan lelaki itu sedang tertekan. Dian sudah sedia maklum yang Aidil jenis yang akan menyimpan semua fail dan dokumen kerja di dalam laptop Vaio miliknya tanpa membuat back-up dalam hard-disk atau pendrive.
Oleh sebab itulah Dian selalu menjadi tukang simpan segala kerja-kerja Aidil di dalam hard-disk miliknya sendiri ketika dia masih lagi menjadi setiausaha kepada lelaki itu. Kini, sudah lebih sebulan dia menjadi setiausaha kepada Norman. Sepatutnya, Sofia yang katanya boleh membuat kerja lebih bagus daripadanya sehingga dia dipecat itulah yang patut selesaikan masalah Aidil.
Yang panggil aku tu kenapa???
"Sofia mana?" Dian bertanya juga kerana rasa ingin tahu. Dia duduk bertentangan dengan Aidil di meja kerja lelaki itu tanpa dipinta.
Aidil memandang Dian sekilas lalu melepaskan keluhan. "Kalau panggil dia pun bukannya dia boleh tolong... buat kerja pun lambat..." gumam Aidil sendirian tapi masih boleh didengari Dian.
Dian tersenyum dalam hati. Bukan niat nak mengejek, tapi... padan muka!
"Dokumen mana yang Encik Aidil nak pakai untuk meeting ni?"
"Proposal Syarikat Impian untuk pembinaan resort dekat Langkawi tu. I've been working on that project for so long, Dian... Awak pun tahu." Aidil meraup mukanya dengan sebal.
Oh... projek tu. Projek yang Aidil bertungkus-lumus usahakan sejak tiga bulan yang lepas. Patutlah stress semacam! Sebab projek nilah Aidil kerap stay dekat ofice sampai lewat malam dulu, sampai aku sendiri pun tak berani nak kacau dia. Kadang-kadang sampai bawak balik rumah kerja tu! Memang patut pun dia stress...
Alahai... kesian la pulak!
Tiba-tiba Dian teringat...
"Ha! Dian rasa Dian ada simpan dokumen tu dalam hard-disk Dian!" ujar Dian dengan teruja sampai terlupa dia membahasakan dirinya sebagai Dian.
"Really?" Wajah Aidil juga sudah bercahaya.
"Kejap, Dian pergi ambil. Nanti Dian datang balik." Dian sudah mula bangun.
"It's okay Dian. We'll go to your workstation together. Awak nak datang sini balik pun tak guna, laptop saya ni dah tak boleh pakai. Kita guna komputer awak jelah."
Dian mengangguk lalu mula melangkah keluar dari bilik Aidil. Entah kenapa dia sangat tidak suka mendengar Aidil bercakap seolah-olah macam dia ni orang luar.
Saya awak, saya awak! Macamlah aku ni pekerja dia! rungut Dian dalam diam.
Tapi, memang kau tu pekerja dia pun Dian! Dah kau tu memang bekerja bawah syarikat bapak dia! Habis tu kau nak dia panggil kau apa? Yang Mulia? Yang Berbahagia? Ataupun... kau nak dia panggil kau sayang macam dulu-dulu tu?
Dian menggeleng-gelengkan kepalanya kerana bengang dengan diri sendiri yang suka sangat fikir yang bukan-bukan.
"Awak okey ke tak ni, Dian? Yang tergeleng-geleng tu kenapa?"
"Tak ada apa-apa. Dian okey... I mean, saya okey." Dian membetulkan panggilannya. Dia tidak mahu Aidil fikir yang dia masih tidak boleh move-on kerana masih membahasakan dirinya sebegitu, seperti masa mereka berdua masih bercinta dulu.
Jangan jadi lemah Dian! Fighting!!!
Dian pantas duduk di tempat kerjanya dan mencucuk hard-disknya pada CPU komputer. Bibirnya mula tersenyum apabila dokumen yang Aidil perlukan masih ada di dalam hard-disknya. Nasib baik tak terlintas nak buang dulu!
Yelah... dulu sakit hati sebab kena dipecat tiba-tiba. Kalau ikutkan hati, nak aje aku delete semua kerja dia pastu buat bodoh bila dia minta tolong. Baru Aidil tahu langit tu tinggi ke rendah! Lain kali, jangan macam-macam dengan Dian Raisya anak Pakcik Hamid ni!
"Nah, saya dah transferkan semua dokumen yang ada dalam hard-disk saya ni dalam pendrive baru." Dian menyerahkan pendrive warna merah itu kepada Aidil. "Lain kali, buat back-up plan. Jangan save semuanya dalam laptop je. Bukannya Encik Aidil tahu bila laptop tu nak buat mogok!" Sempat lagi Dian membebel.
"Thanks, Dian! Awak memang penyelamat saya hari ni!"
Dian tersenyum. Dian melihat jam tangannya. Hampir pukul 10 pagi.
"Boleh saya balik?"
Aidil turut melihat jam di tangannya. "Yeah, sure. Thanks again, Dian."
Dian mengangguk. "Bye, Encik Aidil. Good luck untuk presentation nanti!"
"Thanks!"
Dian mula melangkah pergi dengan perlahan-lahan. Sebaik sahaja dia sampai di pintu lif...
"Dian!"
Dian berpaling ke belakang dan melihat Aidil sedang melangkah ke arahnya.
"What if... we have a drink first? Awak dah breakfast?"
"Belum."
"How about... Chris' Cafe?"
Dian tersenyum manis. "Okey!" Jawabnya ceria.
Dan Dian tidak sangka dia boleh beri jawapan dengan begitu ceria sekali di hadapan Aidil.
Adui, Dian! Buat malu keturunan!
***
Notakaki : Hola peeps! Btw, gambar yang awak semua tengok dekat atas tulah inspirasi saya untuk watak Aidil dari awal lagi. Bagi saya, itulah gambaran Aidil. Berwajah anak emak bukan? Hehehe... Beliau ialah Hafidz Roshdi. Siapa yang pernah tengok drama Baby Ana Milik Siapa (BAMS) mesti kenal watak ni, kan?
ANDA SEDANG MEMBACA
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomanceGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...
