5 bulan kemudian...
Dian bersiap-siap untuk keluar bersama Aidil malam itu. Aidil sudah berjanji untuk menemaninya untuk membeli beberapa barang hantaran yang belum dibeli untuk perkahwinan mereka yang akan berlangsung tiga bulan lagi. Sebelum ini Dian sudah mencari beberapa barang hantaran sendiri kerana Aidil agak sibuk, jadi kali ini sengaja Dian mengajak Aidil bersamanya. Lagipun mereka juga mahu mencari hadiah perkahwinan untuk Norman dan Julia pada hujung minggu ini.
Dian berdiri di hadapan cermin solek selepas selesai memakai blaus warna hitam dan seluar jeans berona sama. Sehelai selendang warna merah dicapai dan dililit kemas di atas kepala.
Sejak dia menjadi tunangan Aidil tiga bulan yang lepas, Dian telah mempraktikkan diri untuk menutup aurat agar lebih sempurna untuk menjadi seorang isteri. Orang kata, practice makes perfect, kan?
Selesai mengemaskan lilitan tudung, Dian mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor Aidil. Tidak berjawab. Dia mencuba lagi beberapa kali tapi masih tidak berangkat. Dian mengambil keputusan untuk tunggu sahaja sambil menonton TV di ruang tamu.
Sejam berlalu dan hari juga sudah hampir ke jam 9 malam. Dian cuba mendail lagi nombor Aidil dan nasibnya baik kerana kali ini panggilan berjawab.
"Hello..?" Terdengar suara Aidil yang serak di hujung talian jelas menunjukkan dia baru bangun tidur.
"Abang dekat mana?" tanya Dian sehabis baik cuba menyembunyikan marahnya.
"Atas katil tengah tidur..." jawab Aidil seperti separuh mamai. "Abang baru sampai dari Perlis pukul 6 petang tadi kan..."
"Abang dah janji."
"Janji apa sayang?" Aidil bersuara malas di hujung talian. Terdengar di menguap besar seperti mengantuk sangat.
"Just forget it. Dian malas nak cakap dengan abang," ucap Dian geram.
"Sayang-"
Dian terus mematikan talian tanpa menunggu sesaat pun. Dian mengeluh lemah. Semenjak dua menjak ini, Aidil kelihatan sangat sibuk dan langsung tidak mempunyai masa untuk dirinya. Dian tahu dia perlu faham dengan kerjaya Aidil, lebih-lebih lagi lelaki itu baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai CEO sebulan yang lepas kerana Tan Sri Adam kurang sihat dan mendapat nasihat doktor untuk berehat pula.
Dian pula telah berhenti kerja di syarikat itu sebaik sahaja dia bergelar tunangan Aidil kerana ingin menjaga hubungan profesional antara mereka. Kini Dian berkerja di salah sebuah anak syarikat Tan Sri Adam yang lain.
Dian sendiri tidak faham. Semenjak dia bergelar tunangan Aidil, dia terasa semakin jauh dengan lelaki itu. Tidak seperti sebelum ini.
Kalau kau kahwin dengan Aidil, ibarat kau kena kahwin dengan kerja dia jugak Dian! getus Dian dalam hati.
Dian mengeluh lagi. Bukan sekali Aidil terlupa akan janji mereka seperti malam ini, tapi sudah berkali-kali. Dian sudah penat. Penat untuk cuba memahami Aidil dan kerjanya.
Bukannya Dian mahu mengada-ngada, mahukan perhatian Aidil hanya untuk dirinya. Dian faham kerana dia sendiri pernah menjadi setiausaha Aidil dulu. Aidil cukup serius dan komited apabila melibatkan hal kerja.
Tapi... takkan nak luangkan masa dengan aku sekejap pun tak boleh? Kalau ya pun tak boleh, at least cari masa untuk settlekan hal perkahwinan ni!
Telefon bimbit di atas meja yang berbunyi dan memaparkan nama Aidil itu dipandang sepi tanpa niat mahu menjawab panggilan itu. Apabila telefon itu kembali senyap, Dian jadi geram pula.
Tengok tu! Sekali je cuba?!
Dian mencapai telefon bimbitnya dengan geram lalu mencampakkannya ke dalam beg tangan.
Siapa cakap aku tak boleh mingle sorang-sorang?
***
Aidil, Norman dan Haris melepak bertiga di ruang tamu rumah Tan Sri Idris malam sebelum pernikahan Norman keesokan harinya. Kononnya nak meraikan malam terakhir Norman sebagai lelaki bujang sebelum dia bergelar suami. Hari sudah lewat malam tetapi mereka masih belum menghabiskan guys talk mereka itu.
"Amacam bro? Ada rasa nervous tak nak jadi suami orang? Lebih kurang 10 jam je lagi ni!" ujar Haris tiba-tiba.
Norman menyiku Haris. "Tengok oranglah beb... Takkan aku nak nervous kot..." ujar Norman sedangkan dalam hati gementar juga sebenarnya.
"Eleh... Berlagak... Kau jangan lebih daripada sekali lafaz Norman... Buat malu keturunan kita nanti!"
"Biar lebih sekali lafaz, asalkan ada isteri. Ini tidak, girlfriend pun takde, pirahhhhhh!!!" Norman bagi setepek kena atas hidung Haris. "Kau kena cepat Haris, Aidil pun dah nak langkah giliran kau ni. Aku takut kau suwei je nanti!"
Haris buat muka. Malas nak fikir soal teman wanita kerana hidupnya sendiri sibuk dengan kerja. Menjadi seorang doktor yang bekerja di sebuah hospital swasta dan turut mempunyai klinik sendiri, hidup Haris hanya dipenuhi kerja yang berulang alik dari hospital-rumah-klinik. Tiada masa untuk orang lain.
Norman mengalihkan pandangan ke arah Aidil yang diam. Norman sedar hari ini Aidil nampak lain sedikit dan tidak banyak bercakap.
"Dil, kau okey tak ni? Lain macam je hari ni..." tanya Norman. Haris turut memandang Aidil menanti jawapan.
Aidil meraup rambutnya dan berakhir di belakang leher. Dia terdiam tidak menjawab.
"Gaduh dengan Dian?" Norman cuba serkap jarang.
Aidil mengeluh lemah. "Entahlah... Aku tak tahu nak classify sebagai gaduh atau tak. Tapi dah dua hari jugaklah dia tak bercakap dengan aku."
"Laa.... ini mesti kau ada buat apa-apa ni!" Haris pula sengaja serkap jarang. "Tak boleh macam ni Dil... Tempoh bertunang nilah tempoh paling kritikal tau!"
"Aku terlupa aku janji nak keluar dengan dia malam kelmarin. Dia tunggu aku, tapi aku tengah sedap tidur dekat rumah."
"Kau ni pun... manalah Dian tak angin!"
"Aidil, kau kena spend time dengan Dian jugak. Kebelakangan ni aku tengok kau asyik busy dengan kerja je." Norman mencelah dan cuba menasihati Aidil.
"Kau tahu kan aku dengan kerja macam mana kan? Dian patut faham. Dia bukannya baru setahun dua kenal aku! Dah nak dekat 7 tahun!"
"Aidil." Norman menyebut tegas. "Jangan sampai Dian makan hati dengan kau. Kau sendiri cakap bukan senang nak menangi hati Dian kan? Aku sendiri mengaku she's ain't easy to get. Aku pernah cuba. Sekarang ni bila kau dah dapat dia balik, kenapa tak hargai dia? Dia mungkin faham kau dengan kerja kau, tapi kau ada cuba nak faham dia?" Nasihat Norman panjang lebar.
Aidil terdiam. Kusut sungguh fikirannya sekarang ini.
Aidil tahu dia banyak mengabaikan Dian kebelakangan ini kerana sibuk dengan kerja. Tapi Aidil agak terkilan kerana Dian seakan-akan tidak memahami kerjanya itu. Bukannya dia sengaja mahu menyibukkan diri dengan kerja, tetapi kerja itu sudah menjadi tanggungjawabnya.
"Somehow... aku terfikir, betul ke keputusan aku untuk berkahwin sekarang. Aku takut aku tak boleh bagi full commitment dalam marriage aku," ujar Aidil. "Kalau beberapa bulan lepas memang ya, aku dah sedia nak kahwin. Tapi semenjak daddy sakit and bagi aku tanggungjawab yang lebih berat ni, somehow aku rasa aku tak sedia untuk berumah tangga lagi. Aku tak nak Dian jadi mangsa."
Norman dan Haris sama-sama berpandangan. Norman menggelengkan kepalanya.
"Jangan buat Dian macam ni Aidil. Ini namanya kau nak menganiaya dia. Lagi tiga bulan je Dil!" ujar Norman sedikit terkejut.
Aidil mengeluh berat. Dia meraup mukanya dengan kasar.
"Sebab aku tak nak aniaya Dian aku terfikir macam ni, Man."
***
Notakaki : Encik Aidil ni jangan macam-macam... Tiga bulan je lagi ni... Karang orang makan nasi minyak dekat kenduri Norman tapi nanti ada yang kena makan penampar hahahahaha. Rasanya sekarang ni asyik slow update je. Huhuhu selagi kenduri abang ni tak selesai selagi tulah busynya... I'll TRY to make a double update today so stay tune ok! :)
ANDA SEDANG MEMBACA
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomanceGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...
