BAB 10

47.1K 2K 34
                                    

"How about this?"

Norman menggeleng. "No, too pinkish."

"Yang ini?" Dian menunjukkan t-shirt warna merah pula.

"Nope. Too bright."

"This one?" Baju biru lembut pula ditunjukkan.

"No. Too soft."

Dian menyangkut kembali baju-baju itu pada palang dengan hati yang sebal.

"Oh, come on! Just pick one, Encik Norman!"

Norman tergelak kecil melihat muka Dian yang sudah cemberut itu. Mana taknya, sudah dua jam mereka berdua berada dalam kedai baju yang sama tapi masih lagi belum beli apa-apa.

"I wear only the best, Dian. Mestilah nak kena jadi picky."

"Hello, Encik Norman. Kita bukannya ada kat kedai sebarangan tau. We're talking about Ralph Lauren here. Everything here is the best!"

Sakitnya hati bila lelaki perangai memilih macam ni! Lebih teruk daripada perempuan bershopping!

Pekerja wanita yang masih setia bersama mereka berdua hanya mampu tersenyum. Nasib baik pelanggan ada ong...

"Okay, fine. You're the boss. Awak pilih je yang mana sesuai untuk saya."

Dian mula tersenyum kemenangan. Kalau macam ni awal-awal kan senang. Takdelah susah sangat!

Dian mengambil semula baju-baju yang telah dipilihnya tadi lalu diberikan kepada pekerja yang setia menanti mereka.

Dia melangkah pula ke arah seluar-seluar jeans yang terletak berhampiran dengan sudut pakaian. Seluar jeans yang bermacam-macam stail itu dibelek satu persatu.

"How do you like your jeans, Encik Norman? Slim fit? Straight cut?"

"Casual."

Beberapa helai seluar jeans casual diambil dan diserahkan kepada pekerja kedai itu.

"Dah, settle. Kerja saya selesai, sekarang Encik Norman yang bayar."

Norman menyerahkan sekeping kad kepada pekerja kedai itu dan tidak lama kemudian pekerja itu menyerahkan dua buah beg kertas kepadanya.

"Thank you, please come again." Pekerja itu tersenyum manis.

"Ada barang yang encik nak cari lagi?"

Norman berfikir sejenak. "Awak pandai pilih hadiah?"

"Depends. Untuk siapa dan untuk apa?"

"Saya baru teringat yang this weekend ada majlis hari jadi aunty. So, saya tak tahu nak beli hadiah apa."

"Maknanya untuk seorang perempuan yang middle-age?"

Norman mengangguk.

"Simple. Beli barang kemas."

"Good idea. Jom." Norman terus menarik tangan Dian ke arah Tiffany & Co. yang kebetulan dilalui mereka.

Dian terkejut apabila Norman tiba-tiba menarik tangannya. Aii... ini sudah lebih Encik Norman!

Baru sahaja dia ingin memarahi Norman, tiba-tiba kakinya terhenti betul-betul di hadapan showcase yang terletak di hadapan Tiffany & Co.

Matanya terpaku ke arah seutas rantai yang sangat cantik di matanya. Rantai emas putih dan mempunyai sebutir belian.

"Cantiknya... this is so perfect," gumam Dian perlahan sambil menyentuh kaca showcase itu.

"This one? Okey jugak."

"No, no!"

"Kenapa?"

"Saya suka rantai ni..." Dia tersenyum lagi memandang rantai itu. Mata Dian automatik memandang ke arah tanda harganya.

Mata Dian terbeliak. Lima angka! Mati terus senyuman Dian.

"Encik Norman tak boleh beli rantai ni sebab rantai ni saya punya. Saya akan kumpul duit sendiri dan beli rantai ni. Jadi, Encik Norman tak boleh beli rantai ni tau!" Dian memberi amaran.

"Dian? Norman?"

Dian dan Norman serentak melihat ke arah orang yang memanggil nama mereka berdua.

Aidil yang sebentar tadi berada di dalam Tiffany & Co. melangkah keluar apabila ternampak Dian dan Norman sedang berdiri di luar kedai emas itu.

Hatinya sakit melihat Dian sedang bersama Norman dan dia menjadi lebih sakit hati lagi apabila ternampak tangan Dian berada kemas dalam genggaman Norman.

Dian pelik apabila melihat Aidil asyik melihat ke arah tangannya. Cepat-cepat dia melepaskan tangannya dari Norman apabila tersedar yang Norman sedang memegang tangannya dari tadi.

"Kau buat apa kat sini?" tanya Norman kepada Aidil.

"Saja... cari hadiah untuk birthday mummy," jawab Aidil tetapi mata masih pada Dian. "Kau buat apa pulak kat sini dengan Dian?"

Dian rasa tidak selesa apabila Aidil asyik memandangnya lalu dia hanya menunduk sahaja.

"Tadi shopping barang sikit and then teringat tentang birthday aunty. Dian suggest belikan barang kemas, tu yang aku datang sini."

"You're going to buy this necklace for my mum?"

Norman menggeleng. "At first ingat nak beli ni tapi tak boleh sebab ada orang dah booking awal-awal."

Dian menjeling Norman.

"Siapa?" tanya Aidil.

"Dian."

"Belilah rantai ni untuk isteri you. Dia nampak suka sangat dengan rantai ni. Lagipun kami ada buat promotion this month." Pekerja yang sejak tadi hanya memerhati tiba-tiba bersuara.

Dian tersedak. Laju dia menggeleng. "Bukan, bukan... saya bukan isteri dia!"

Norman tergelak besar melihat reaksi Dian tetapi Aidil pula sudah berasap mendengarnya.

"Sorry ya... saya ingatkan you berdua ni husband and wife sebab nampak secocok..."

Muka Dian sudah merah kerana menahan malu. Tak tau nak letak muka kat mana!

"Encik Norman kata nak beli hadiah kan tadi? Apa kata kalau kita cari sekarang?" Dian terus melangkah masuk ke dalam kedai itu tanpa menunggu Norman dan Aidil kerana terlampau malu.

Serius aku takkan keluar lagi dengan dia! Malunya!

***

Notakaki : Sorry for the late update! Kebelakangan ni quite busy dengan preparation kahwin abang saya jadi updates takkan selalu ya. Btw, dah cukup ke nak bagi Aidil jealous, atau nak kasi bertambah jealous lagi? ^^

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now