Perbualan Dian dan Norman terhenti apabila telefon Dian tiba-tiba bergetar menandakan ada mesej baru masuk. Dian menyentuh skrin telefon bimbitnya.
Where are you now? -Aidil
Makan... -Dian
Saw you with him. Apa dia buat dekat sini? -Aidil
Dian mengerutkan dahinya. Ish... kenapa nak kena sibuk?
"Siapa mesej awak sampai berkerut-kerut dahi tu?" tanya Norman.
Dian menggeleng perlahan tetapi tidak menjawab.
"Yang Mulia suruh report ke?"
"Siapa Yang Mulia?" tanya Dian lurus.
Norman tergelak kecil. "Aidil la... siapa lagi? Mesti dia suruh awak report dekat dia kan?"
"Memang Encik Aidil pun. Tapi dia tanya kenapa Encik Norman boleh ada dekat sini..." jawab Dian sambil memandang telefon bimbitnya.
"Cakap dekat dia... I'm here because I have to take care of you," ujar Norman selamba.
"Untungnya saya... Dapat guardian angel for free," usik Dian.
Norman menongkat dagu memandang Dian. "If you be my angel, then I'll be your guardian forever. How cool is that, kan?"
Dia tersenyum seraya meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja tanpa menjawab mesej Aidil.
"Sekarang ni Encik Norman nak buat apa? Rehat dulu?" tanya Dian.
Norman menggeleng. "Nope, kita pergi jalan-jalan."
"Tapi Encik Norman baru je sampai, kan? Tak nak rehat dulu ke? You must be tired..."
"Saya datang sini bukan nak rehat, Dian. Kalau nak rehat, lebih baik saya duduk je dekat rumah and hibernate for 24 hours."
"Habis tu sekarang ni Encik Norman nak pergi mana?" tanya Dian sambil memandang jam di tangannya. Sudah hampir ke pukul 2.30 petang.
"Kita pergi Underwater World nak?"
Dian berfikir sejenak. Hmm... Okey jugak tu. Lagipun, aku sendiri belum pernah pergi Underwater World. Ini namanya pucuk dicita, ulam mendatang, Dian!
"Okey! Tapi saya nak bagi tugas untuk Encik Norman..." ujar Dian denan senyuman penuh muslihat.
Norman angkat kening. "Aik... dah terbalik pulak? Awak nak bagi bos awak ni tugas, Cik Dian?"
"Setuju atau tak? Kalau tak setuju, saya tak nak teman Encik Norman jalan-jalan!" ugut Dian.
Norman angkat kedua-dua belah tangannya seperti mengaku kalah. "You're the boss, Dian. Cakap la apa pun, confirm saya buat. Awak nak suruh saya buat apa?"
Dian mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya dengan senyuman. "Ini untuk Encik Norman." Sebuah Samsung Galaxy Camera diletakkan di atas meja. "Saya nak minta tolong Encik Norman ambil gambar-gambar saya nanti. Okey?" tanya Dian sambil angkat kening double-jerk.
Norman tergelak besar. Ingatkan apalah tadi... rupanya nak suruh ambil gambar je!
"Awak ni Dian... bajet-bajet artis rupanya!"
Dian berpeluk tubuh dan mula muncung.
"Awak suka bergambar ya?" tanya Norman dengan gelak yang masih bersisa.
"Mestilah, saya ni kan perempuan! We, women, love to take photos, Encik Norman. Lagi-lagi kalau ada Instagram. Jangan lupa visit my IG," usik Dian ala-ala peniaga online. Visit my IG gitu...!
"Awak ni Dian... memang laughter pill betul!" Norman tergelak lagi.
"Dah dah la tu gelak, Encik Norman... tak penat ke? Apa kata kalau kita gerak sekarang? Nanti kalau Encik Aidil call suruh saya balik baru tahu!"
Norman memanggil pelayan dan membayar harga makanan mereka berdua. Walaupun Dian bersungguh-sungguh ingin membayarnya, Norman menolak cara baik.
"Takkanlah dengan awak pun saya nak berkira Dian... Awak nak teman saya ni pun saya dah cukup bersyukur tau!"
"Memanglah Encik Norman tak berkira, tapi saya tak nak la asyik encik je belanja saya. Sekali-sekali biarlah saya belanja Encik Norman pulak."
Norman membuka pintu kereta untuk Dian dan menyuruh gadis itu masuk ke dalam kereta. "Maknanya awak nak keluar makan dengan saya lagi la lepas ni?" tanya Norman dengan nada mengusik.
Dian terdiam sebentar sebelum menggeleng laju. "Mana ada! Encik Norman ni selalu salah anggap tau!"
Norman masuk ke tempat pemandu dan menghidupkan enjin kereta. "Really? Tapi rasanya dari tadi saya perasan awak ni cuba nak mengorat saya. Tak nak mengaku konon..."
Wajah Dian bertukar merah. Eii dia ni... ada saja modal nak mengusik!
"Eii Encik Norman ni kan..."
Norman tergelak kecil. Dia menekan minyak dan mula memandu ke arah yang dituju.
"Dian..." Panggil Norman.
"Hm?"
"Awak rasa... saya masih ada peluang tak untuk rebut hati awak, Dian?" tanya Norman perlahan.
Dian memandang Norman yang sedang memandu. Dia jadi terdiam mendengar soalan daripada Norman.
Dian berfikir. Tidak dinafikan Aidil masih lagi berada di dalam hatinya, tetapi Norman sedikit sebanyak telah berjaya untuk mengetuk pintu hatinya yang telah lama ditutup selepas dia berpisah dengan Aidil.
It doesn't hurt to give him a chance, right?
Baru sahaja Dian ingin menjawab soalan Norman yang tergantung sebentar tadi, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.
Aidil.
***
Notakaki : Thanks for all your support! Saya suka baca komen-komen awak semua hehehe. InsyaAllah saya akan update bila saya boleh update, ok? Comment or vote to show your love! Muchos gracias! <3
YOU ARE READING
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomansaGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...