BAB 5

50.6K 2.1K 30
                                    

"En... Encik Norman?" Tergagap-gagap Dian bertanya.

Norman mengangguk.

Dian menepuk dahinya perlahan. Masak kau Dian, masak...!

"Maaf Encik Norman... saya tak tahu!"

"It's okay...." Dia senyum. "Boleh saya mula sekarang?"

"Boleh, Encik Norman. Tunggu sekejap, saya nak ambil buku nota saya dekat luar."

Norman mengangguk dan Dian terus keluar dari bilik itu. Tidak sampai seminit dia kembali dengan buku nota di tangan. Dian duduk berhadapan dengan Norman apabila disuruh oleh lelaki itu.

"I need a cup of coffee every morning when I come to the office."

Dian mencatit. "With sugar?"

"No."

Dian teringatkan Aidil. Lelaki itu juga mahukan kopi setiap pagi tetapi mesti bersama tiga kiub gula.

"Mesti kena letak tiga kiub gula ke untuk satu cawan kopi ni?"

"Mestilah!"

"Manis sangat. Nanti kena kencing manis baru tau!"

"Pagi pagi mestilah kena minum manis... supaya abang boleh senyum manis kat Dian tiap-tiap pagi."

"Dian?"

Dian tersentak dari lamunannya. Ish Dian... kenapalah kau asyik terfikir-fikir dia je ni?

"Yes bos!"

Norman tergelak kecil. "Tak payah panggil saya bos. Encik Norman saja pun dah okey."

"Baik, Encik Norman. Anything else?"

"English and BM newspaper every morning on my table."

Dian mencatit lagi.

"Satu lagi..." Belum sempat Norman menghabiskan ayatnya, tiba-tiba pintu biliknya terbuka dari luar.

"Hei, Aidil! Lama tak jumpa!" Ucap Norman dengan ceria apabila Aidil muncul di muka pintunya.

Mereka berpelukan. Norman nampak begitu ceria tapi wajah Aidil kelihatan tegang sahaja. Aidil memandang ke arah Dian dengam tajam tetapi Dian buat tak peduli.

Eleh, apa dia ingat dia sorang je ada mata? Aku pun ada matalah, bulat lagi tau!

"Kau bila balik? Tup tup je aku dengar daddy kata kau dah ada kat Malaysia. Sampai KL tak call aku pun!" ujar Aidil.

"Baru seminggu je. Ingat nak rehat-rehat dulu, tiba-tiba abah suruh ganti tempat pulak. Dia nak rehat pulak katanya..."

Dian yang masih berada dalam bilik tersebut mula rasa tidak selesa. Adui... takkan aku nak melepak dalam bilik ni sekali kot?

"Encik Norman, saya keluar dulu ya?"

"Oh lupa pulak awak still ada kat sini. She's your former secretary kan Aidil?" tanya Norman kepada Aidil tiba-tiba.

"Yes, she was..."

"Dia kerja dengan kau dah tiga tahun ya? Maknanya sekarang aku kena ambil alih tugas kau jadi bos dia la ni?" gurau Norman sambil menepuk bahu Aidil.

"Jadi bos tak apa... jangan lebih-lebih, Man..." ucap Aidil yang kedengaran seperti bergurau tetapi pada pendengaran Dian, langsung tak macam bergurau!

Dian jadi makin tak selesa. "Saya keluar dulu."

"Okey Dian. Kalau ada apa-apa, inform me."

Dian mengangguk dengam senyuman dan terus melangkah keluar dari bilik itu.

Fuhhh... lega.

***

"Dian... dengar cerita bos baru kau very the handsome weh! Betul ke?" tanya Yatie tak sempat-sempat sebaik sahaja Dian masuk ke dalam keretanya untuk pulang ke apartment mereka berdua.

"Handsome ke? Boleh tahan la..."

"Handsome la! Aku terserempak dengan dia tadi masa nak hantar dokumen kat bahagian kewangan tadi."

"Kau datang eh? Tak nampak pun!" Dian cuba menukar topik.

"Aku ada je tadi. Malas nak kacau kau... nampak sibuk sangat buat kerja. Macam mana first day, okey ke K.O?"

"Okey la kot... macam biasa je. Sama macam kerja dengan Aidil dulu."

"Cakap pasal Aidil... amacam dia? Berangin lagi tak?"

Dian menjungkitkan bahu. "Entahlah... aku tak fahamlah dia tu! Hari ni dia boleh suruh aku berhenti kerja dengan Encik Norman, sebab dia nak aku kerja dengan dia balik. Tak faham aku!"

"Beb... itu namanya gila talak tahu tak!"

"Choiiii... kau ni suka sangat mengata Aidil tau!"

"Eleh... nak back up ex-boyfriend la tu!" ejek Yatie.

"Mestilah... dalam hati ada sayang lagi tau. Bukan sekejap aku bercinta dengan dia. Genap enam tahun tau!" ujar Dian sayu.

"Iya, aku faham.... Tapi dia buat kau macam orang luar Dian, dia tak pernah nak faham perasaan kau. Apa yang dia tahu, kononnya reputation dia terjaga. Reputation apa benda? Propa sangat tau!"

Dian terdiam. Betul... sampai bila aku nak tahan? Aku juga punya hati dan perasaan... bisik Dian dalam hati.

***

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now