BAB 36

40.8K 1.5K 65
                                    

Dian dan Aidil yang sedang rancak bersembang tidak sedar yang Puan Sri Khaleeda sudah merapati mereka. Kebetulan ketika itu Dian sedang tergelak apabila Aidil buat lawak bodoh tiba-tiba.

"Dian... abang ada teka teki nak bagi ni. Dian jawab je tau," ujar Aidil sambil tersengih.

"Apa dia?"

"1 + 1 berapa?"

Dian cuba tahan gelak. Alah, lawak basi la abang!

"Dua," Dian jawab juga untuk melihat reaksi Aidil nanti.

"2 + 2 berapa?"

"Empat."

"Abang tambah Dian?"

"Undefined!" Pantas saja Dian menjawab dan terus tergelak. "Apalah abang ni... Ada ke patut bagi lawak basi macam tu." Dian gelak lagi.

Masam wajah Aidil apabila Dian mentertawakannya tetapi dia kembali tersenyum melihat Dian suka sungguh sampai tak berhenti ketawa. Sampai merah muka!

"Sudah sudahlah tu yang... merah sangat dah muka tu macam anak kucing!"

Dian cuba berhenti ketawa tetapi ketawa-ketawa kecil masih bersisa.

"Amboi... seronoknya bersembang sampai tergelak-gelak Dian," ujar Puan Sri Khaleeda yang datang tiba-tiba dari belakang Dian.

Dian yang sedikit terkejut terus bangun dari duduknya dan berpaling. "Maaf Puan Sri... tergelak lebih-lebih pulak." Dian senyum bersalah.

Dian menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Puan Sri Khaleeda kerana dia belum sempat berjumpa wanita itu kerana Puan Sri Khaleeda agak sibuk ketika dia sampai bersama Aidil. Tangan Puan Sri Khaleeda disalam dengan sopan.

"Dian... I'm glad you are here. Aidil dah cerita dekat auntie tentang you all berdua. Kenapa tak pernah nak declare betul-betul? I totally agree if it is you yang dengan Aidil all his while!"

Dian senyum sahaja tidak tahu nak menjawab apa. Yelah, salah siapa yang tak nak declare?

"It's my fault mummy. Aidil yang buta, tak nampak Dian yang terbaik untuk Aidil..." ujar Aidil sambil memandang ke arah Dian.

Puan Sri Khaleeda tersenyum. Nasib baik Aidil dah sedar! "Aidil dengan Dian dah makan? Kalau belum jomlah makan dekat dalam," ajak Puan Sri Khaleeda tetapi masih belum melepaskan tangan Dian.

"Dah mummy, kitorang baru lepas habis makan." Aidil menjawab.

"Lah, ye ke... Takpelah, kalau macam tu jom mummy nak kenalkan Dian dengan saudara-mara yang lain!" ujar Puan Sri Khaleeda dengan ceria.

Mata Dian membulat mendengar kata-kata Puan Sri Khaleeda. Apabila Puan Sri Khaleeda mula menarik tangannya ke dalam rumah, Dian berpandangan dengan Aidil tetapi lelaki itu hanya menjungkitkan bahu tanda dia tidak tahu. Aidil tersenyum melihat gelagat mummynya dan dia turut melangkah masuk ke dalam rumah untuk menemani Dian.

Di dalam rumah, habis Dian diperkenalkan sebagai kekasih Aidil kepada semua ahli keluarganya. Dian hanya menurut tetapi dia agak terhibur dengan gelagat Puan Sri Khaleeda dan saudara-maranya yang memang sangat happening!

"Wei Aidil! Kau ni ada girlfriend tak pernah cakap pun? Kata blood brothers beb!" ujar Haris, salah seorang sepupu yang paling rapat dengan Aidil selain Norman. Haris tua setahun daripadanya dan sebaya dengan Norman.

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now