BAB 43

48.4K 1.5K 55
                                        

Sampai sahaja di rumah, Dian terus mencapai beg rodanya di dalam almari dan dilentangkan di atas katil. Tangisan yang turun mencurah-curah bagaikan tidak mahu berhenti lagi.

Almari pakaian dibuka dan Dian membawa keluar baju-bajunya dan dicampakkan ke dalam beg. Dia ingin pergi jauh dari sini buat sementara waktu. Dia perlukan masa untuk mencari ketenangan seorang diri.

Kalau Yatie ada, pasti dia akan memujuk Dian sekarang tetapi Yatie sudah berpindah keluar dari apartmentnya selepas selamat berkahwin. Sekarang, Dian hanya tinggal seorang diri tanpa sesiapa. Dia rasa sunyi, dan Aidil menambahkan lagi rasa sedih dalam dirinya.

Dia perlukan ketenangan, dan hanya ada satu tempat sahaja yang boleh membuatkan dirinya tenang saat ini.

***

Aidil mundar mandir di ruang tamu rumah daddynya dengan resah. Dia risau kerana sudah seharian Dian tidak dapat dihubungi sejak peristiwa malam semalam. Walau bagaimanapun, telefon bimbitnya masih dapat disambungkan tetapi tiada jawapan. Talian telefon Dian juga masih aktif. Status Whatsapp Dian juga online. Malah last seen Whatsappnya juga baru setengah jam yang lepas!

Dian... where have you been?

"Tak payah la Aidil nak mundar-mandir macam tu.... Be responsible for what you have done. Bagi Dian masa. She needs her time too. Dan kalau keputusan Dian nanti untuk tak nak teruskan perkahwinan ni, I don't blame her. It's not her fault. It's yours."

Aidil memandang ke arah suara mummynya yang datang dari arah tangga itu. Puan Sri Khaleeda tercegat di atas tangga sambil memandang anaknya dengan riak marah.

"Mummy..."

"Mummy tak sangka anak mummy tak boleh nak berfikir secara rasional. Apa kurangnya Dian sampai Aidil tergamak buat dia macam tu?"

"Tak ada kurangnya Dian mummy... Aidil yang silap. I was to busy working that I left her alone. I'm sorry, mummy..."

Belum sempat Puan Sri Khaleeda menjawab, tiba-tiba suaminya keluar dari bilik dan berdiri di sebelahnya.

"Daddy ingat you are wiser than that Aidil... Kerja bukan alasan untuk Aidil lupakan orang lain. Bukan setakat Dian... even we felt neglected from you this past few weeks."

Aidil mengeluh berat. Dia terduduk di atas sofa dan menongkat dahinya.

"Aidil minta maaf... Aidil cuba untuk buat yang terbaik dalam kerja supaya daddy tak kecewa dengan Aidil... The job... It's taking all my time and my breath away..." ujar Aidil sambil menunduk ke lantai. Tanpa sedar air matanya menitis ke lantai.

Entah bila tiba-tiba Tan Sri Adam dan Puan Sri Khaleeda turut berada di ruang tamu itu. Tan Sri Adam menepuk bahu anaknya. Dia faham Aidil tertekan, lebih-lebih lagi Aidil satu-satunya warisnya yang akan bertanggungjawab atas semua perniagaannya nanti.

"You are doing great son. You are doing great," ucap Tan Sri Adam penuh bangga. "Aidil tak pernah kecewakan daddy. Our company's doing amazingly fine since you took over. Daddy percaya dengan kebolehan Aidil."

Aidil mengangkat muka lalu melihat wajah daddynya yang terukir senyuman bangga.

"Tapi Aidil kena cari masa untuk diri sendiri dan orang lain juga. Dian... dia dah went through hell and high water with you all this while. Why can't you do the same to her? Dia pernah bagi Aidil peluang kedua, dan sekarang Aidil nak sia-siakan peluang tu? After all, she's a woman Aidil. Mesti dia kecewa Aidil buat dia macam tu. Dia marah pun sebab dia sayang, Dil..." nasihat Tan Sri Adam panjang lebar.

Bekas Kekasih Dia! ☑Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang