BAB 41

40.8K 1.4K 60
                                    

Dian, we need to talk. - Aidil

Dian membaca mesej yang dihantar Aidil. Tidak lama selepas itu telefonnya berbunyi pula. Dian buat tak peduli. Dia masih marahkan Aidil dan dia perlukan masa untuk menenangkan diri. Aidil betul-betul mencabar kesabarannya kali ini. Dia sudah banyak bersabar, kali ini Dian ingin menunjukkan kemarahannya pula.

Masuk hari ini, sudah tiga hari dia tidak bercakap dengan Aidil. Malah untuk menjawab mesej daripada lelaki itu juga dia tidak mahu. Pagi tadi juga dia telah menghadiri majlis akad nikah Julia dan Norman seorang diri tanpa ditemani Aidil. Nasib baik Aidil juga sibuk menjadi orang kanan Norman. Setiap kali Aidil cuba mendekatinya, sengaja Dian pergi ke arah lain dan berpura-pura sibuk bersembang.

Dian ingin lihat sejauh mana Aidil sanggup untuk memujuknya. Sekali-sekala dia ingin melihat kesungguhan lelaki itu apa salahnya kan? Lagipun setakat ini Dian masih belum berpuas hati melihat usaha Aidil untuk memujuknya.

Dian membelek dirinya buat kali terakhir di hadapan cermin. Dia memakai gaun labuh lengan panjang berwarna krim dan dipadankan dengan selendang warna hitam. Malam ini juga dia akan menghadiri majlis perkahwinan Julia dan Norman seorang diri tanpa Aidil, walaupun lelaki itu berkali-kali menghantar pesanan akan menjemputnya pada pukul 8 malam.

Kerana ingin mengelakkan diri daripada Aidil, Dian cepat-cepat bersiap sebelum pukul lapan. Jam sudah menunjukkan pukul 7.45 malam dan Dian pantas mencapai beg tangannya lalu melangkah ke arah pintu rumah.

Dian membuka pintu rumah sambil menyarung kasut tinggi di kakinya tanpa menyedari ada orang yang sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya. Selesai memakai kasut, dia hampir menjerit melihat Aidil yang berdiri tegak di hadapan pintu rumah dengan kedua-dua tangan di dalam poket seluarnya. Aidil kelihatan segak memakai sut hitam sepasang.

"Abang dah kata abang ambil Dian," ujar Aidil tanpa senyuman.

"Dian tak cakap Dian setuju," ujar Dian selamba tanpa memandang Aidil. Pintu rumah ditutup dan dikunci tanpa mempedulikan kehadiran Aidil di situ.

"Dian ni dah kenapa nak larikan diri daripada abang? Sampai bila nak macam ni?"

Dian buat tak peduli. Dia terus melangkah masuk ke dalam lif dan Aidil mengikutinya dari belakang.

"We seriously need to talk Dian."

Dian memandang Aidil tajam. "Do you even have the time to talk to me?" Dian bertanya sinis.

"Dian..." Aidil menekan pelipisnya seketika. Sakit kepala dengan perangai Dian yang degil seperti ini. "Abang rasa kita berdua perlukan masa untuk fikir balik betul tak keputusan kita untuk kahwin ni Dian."

Dian tersentak mendengar ayat Aidil. Dian memandang Aidil dengan riak tidak boleh percaya. Sampainya hati dia!

"Abang berbelah-bahagi dengan keputusan kita?" tanya Dian perlahan. Dia memandang tepat ke arah mata Aidil dengan mata yang sudah berkaca-kaca.

Aidil rasa bersalah melihat riak wajah Dian yang berubah itu. Mata Dian yang bergenang itu juga menunjukkan gadis itu terluka dengan kata-katanya.

"Dian, abang... abang bukannya berbelah-bahagi. Cuma... abang rasa it's better if we postpone our wedding first. Abang sayang Dian... abang tahu Dian banyak makan hati dengan abang.  Abang tak nak sakitkan hati Dian lagi..."

Pintu lif terbuka. Lama Dian memandang Aidil dan setitis air matanya jatuh juga ke pipi.

"You've already did."

***

Sepanjang perjalanan ke Hotel Hilton untuk menghadiri majlis perkahwinan Norman dan Julia, Dian hanya mendiamkan diri manakala Aidil memandu kereta tanpa sebarang suara.
Kalau ikutkan hati, Dian tiada mood lagi untuk kemana-mana tapi nanti apa pula kata Norman.

Sebaik sahaja kereta Aidil berhenti di hadapan pintu utama hotel itu, Dian terus membuka pintu dan melangkah keluar. Aidil turut keluar dari keretanya dan menyuruh pekerja hotel untuk memarkirkan keretanya.

Aidil mencapai lengan Dian untuk memberhentikan langkah gadis itu. Dian berhenti tetapi dia melarikan pandangannya daripada memandang Aidil.

"Sayang please... Jangan diam je macam ni. Abang rasa bersalah dengan Dian..."

Sedaya-upaya Dian cuba menahan air matanya daripada turun lagi. Dia tidak mahu menangis di tempat terbuka seperti ini tetapi Aidil menyukarkan lagi perasaannya yang sudah sedia terluka.

"You need your time, remember? Now I'm giving you your time. Ambillah sebanyak mana pun masa yang abang nak. Dian tak nak tahu dan tak nak ambil tahu."

"Dian... Please don't do this to me."

Dian menarik kembali tangannya dan melangkah ke arah lif untuk ke dewan utama meninggalkan Aidil di belakangnya.

***

Haris mengemaskan sampinnya sambil melihat dirinya di dalam cermin. Eh eh... Handsome pulak aku ni. Anak siapalah... Haris tersengih sendirian selepas memuji diri sendiri.

"Yang kau sengih-sengih tu kenapa? Aku suruh kau jadi pengapit je Haris, kau jangan nak overshadow aku pulak karang!" usik Norman. "Itupun syukurlah aku suruh kau jadi pengapit, mintak-mintaklah dapat bertemu jodoh hari ni!"

Haris tergelak kecil. Dia mendekati Norman yang sedang bersiap di dalam bilik suite yang sama dengannya.

"Siapa pengapit belah perempuan?" tanya Haris nakal sambil mengangkat-angkat keningnya.

"Adik Julia..."

"Lawa macam kakak dia tak?"

Norman menumbuk bahu Haris. "Tengok la kakak dia siapa... lepas tu tengok abang ipar dia siapa... Norman Raykal dengan Julia Natasha kan... Mestilah adik dia pun cantik!" Sempat lagi Norman memuji diri sendiri.

Haris mencebik. "Kalau adik dia cantik pun tak ada kena mengena dengan kau la Man! Ada hati nak puji diri konon, pirahhh!!!"

Norman tergelak besar. "Tapi adik dia garang tau Haris. Cikgu sekolah! Kalau kau nak ayat dia kena fikir dua tiga kali!"

Haris angkat kening. Garang? Uuu... macam menarik!

"Siapa nama adik dia?"

"Juwita Natalia."

Dahi Haris berkerut. Juwita Natalia? Macam pernah kudengar nama ni... tapi di mana ya?

Serentak itu loceng pintu bilik mereka berbunyi. Haris yang berada dekat dengan pintu terus membuka pintu bilik itu.

"Abang Norman..." Tak sempat gadis itu menghabiskan ayatnya, matanya terbuntang. "Eh???"

Haris turut terkejut melihat gadis yang berdiri di hadapannya ini. Sungguh dia kenal dengan gadis itu!

"Apa awak buat dekat sini???" tanya Haris.

"Eh eh dia tanya kita pulak... Doktor yang buat apa dekat sini?!" Gadis itu membulatkan matanya yang sudah tersedia bulat.

Norman yang terdengar bunyi bising di pintu bilik terus melangkah ke arah situ.

"Kenapa bising-bising ni?" tanya Norman. Dia melihat Juwita yang sedang tercegat di pintu biliknya. "Eh Juwita... kenapa ni? Haris? What's happening?"

Haris memandang Norman. "Ini Juwita Natalia adik Julia Natasha yang kau cakap tu?" tanya Haris seperti tidak percaya.

"Yelah... kenapa?"

Haris tersenyum sinis. Memang menarik!

***

Notakaki : Double update for today yayy! Btw, another ship is sailing guys!!! Hahahahaha... Buat pengetahuan semua insya-Allah cerita tentang Haris dan Juwita will be my next project. Dalam ni dia orang buat cameo je dulu hehehe. Kepada yang marahkan Aidil tu, mohon bersabar banyak-banyak ya... Saya sendiri pun geram dengan dia kalau boleh rasa macam nak bagi siku je

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now