It's the ending alreadyyyyy. Happy reading and enjoy! 😂
Sedari tadi Aidil hanya berdiri seperti pak guard sambil melihat Dian yang masih sedang disolekkan oleh jurusolek ditemani dengan dua orang team fotografi yang sibuk mengambil gambar dan video tanpa henti. Walaupun Aidil sudah siap memakai tuksedo hitam sepasang, tetapi Dian masih belum selesai disolek. Orang perempuan kan... Bersiap bukan sekejap. Setiap inci muka nak kena teliti!
"You ni Aidil... macam la I nak conteng muka wife you. I professional okey... my touch is like a magic. Semua orang suka tau!" ujar Fify, jurusolek mereka berdua.
"Memanglah magic tapi I nak tengok apa benda la yang you tengah letak dekat muka wife I. I tak nak natural beauty dia hilang!" Aidil masih tidak berganjak dari sisi Dian persis seperti tiang bendera.
"Tahulah wife cantik... I pun senang nak make-up dia. Muka flawless tak ada rosak pun!" puji Fify tinggi melangit. Puji tu puji jugak... payment tetap sama ya.
Dian tersenyum meleret. Mana tak senyum, orang dah puji kita cantik hehehe...
Selesai disolek, Dian menilik wajahnya sendiri pada cermin. Tak dapat dinafikan sentuhan Fify memang terbaik! Solekan pada mukanya tidak terlalu tebal dan nampak ringan tetapi masih membuatkan wajahnya glowing dan tidak terlalu over the top.
Sempat lagi Dian bergaya kepada jurugambar yang sedang mengambil gambarnya. Dua orang photographer dan videographer lelaki itu memang ditugaskan untuk merakamkan setiap detik majlis perkahwinan mereka. Kebetulan kedua-duanya merupakan kenalan Aidil yang memang mempunyai studio gambar yang dikendalikan bersama.
Selesai bergaya di depan kamera, Dian kembali melihat cermin sambil membetulkan tudungnya.
"Cantik sangat dah tu yang... Tak payah tengok lama-lama sangat," usik Aidil seraya mendekati Dian.
Dia berdiri di sebelah Dian dan melingkarkan tangan di pinggang isterinya. Walaupun Dian masih memakai t-shirt longgar dan seluar track, pada mata Aidil gadis itu masih nampak menawan.
Dian dan Aidil sama-sama tersenyum melihat pantulan diri mereka pada cermin di bilik Pullman Suite yang ditempah Aidil itu. Kerana majlis resepsi mereka akan berlangsung malam ini, Tan Sri Adam juga telah menyewa bilik-bilik di seluruh tingkat lima di Pullman itu khas untuk saudara mara mereka menginap selama tiga hari.
"The clock's ticking! Cepat siap Puan Dian...!" Suara Fify memecah lamunan Aidil dan Dian.
Dian tergelak kecil. Kelakar pula kerana statusnya sebagai Cik yang disandangnya sekian lama sudah bertukar menjadi Puan.
"Dian siap dulu okey?" tanya Dian manja sambil mendongak memandang Aidil di sebelahnya.
"Okey sayang... I'll be waiting for you right here," ujar Aidil. Sebelum dia melepaskan tangannya pada pinggang Dian, sempat dia mengucup dahi Dian.
Bunyi klik kamera menunjukkan bahawa babak tadi sempat ditangkap oleh Joe dan dirakam oleh Wan. Mereka berdua tersengih memandang Aidil.
Dian berlalu masuk ke dalam bilik bersama Fify untuk bersiap manakala Aidil duduk di ruang tamu bilik suite itu bersama Joe dan Wan sambil bersembang. Tidak lama kemudian, Dian dan Fify sama-sama keluar dari bilik itu setelah siap dari hujung tudung hingga hujung kaki.
Aidil terpegun melihat Dian yang kelihatan sungguh anggun mengenakan gaun yang memang direka khas untuknya daripada pereka fesyen terkenal di Malaysia. Gaun berwarna champagne itu memang terletak elok pada tubuh Dian.
![](https://img.wattpad.com/cover/45041939-288-k294167.jpg)
YOU ARE READING
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomanceGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...