BAB 18

43.2K 1.7K 21
                                    

Dian menarik dua buah bagasi lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta. Biasalah, perempuan kan... bercuti tiga hari pun tak muat satu beg, apatah lagi seminggu!

Semalaman Dian tak boleh tidur lena sebab memikirkan bertapa malang nasib hidupnya yang terpaksa beroutstation dengan makhluk yang paling ingin dia elakkan sekarang!

Mimpi apa pulak la Tan Sri Adam ni nak suruh aku pergi dengan Aidil? Aku ni secretary je kot! Apa, dia nak aku babysit anak dia yang dah besar panjang tu lagi ke?!

Dian menutup pintu bonet dan memastikannya tertutup rapat. Dia menghidupkan enjin kereta Myvi-nya sambil melihat jam di tangan. Sudah hampir pukul 9 pagi. Perjalanan untuk ke KLIA2 sahaja sudah hampir sejam dan tiket penerbangannya adalah pada pukul 11 pagi.

Belum sempat Dian mengundurkan keretanya, tiba-tiba sebuah kereta behenti betul-betul di belakang Myvi miliknya. Dian memerhatikan kereta itu melalui cermin pandang belakangnya.

Kereta Aidil.

Telefon bimbit Dian tiba-tiba berbunyi dan nama Aidil tertera di skrin telefon bimbitnya. Ish... apa lagilah yang dia nak.

"Dian, you're going with me."

"No, I'm not!"

"Kita dah bincang tentang ni semalam kan? I'm going to drive, so just get in my car."

"I can drive myself, Encik Aidil."

"But I won't let you drive alone. Please, Dian... just get in the car."

Dian merengus perlahan. "Okay, fine!" Dian terus matikan talian telefon lalu mematikan enjin keretanya. Sebaik sahaja dia keluar dari keretanya, Aidil sudahpun berdiri menyandar di bonet keretanya. Lelaki itu berpakaian kasual, seluar jeans hitam dan t-shirt biru gelap.

"Where's your bag?" tanya Aidil.

Dian tidak menjawab tetapi terus membuka bonet keretanya. Aidil tergelak melihat dua buah beg tersusun rapi di dalam bonet kereta Dian.

"Kenapa gelak?" Dian bertanya dengan wajah yang masam.

"Banyaknya beg... macam dah tak nak balik langsung!"

Dian mencebik. Orang lelaki ni memang tak faham langsung cara preparation orang perempuan!

Aidil mengambil beg-beg Dian lalu diletakkan di dalam bonet BMW-nya. Dian sempat mengunci keretanya sebelum memasuki kereta Aidil. Serta-merta fikirannya melayang...

It feels different... Perasaan masa naik kereta ni dengan Aidil sekarang tak sama macam dulu...

"Kenapa? Rindu tempat Dian?" usik Aidil apabila Dian hanya sahaja sejak menaiki keretanya.

Dian tersedak. Dia ni... tahu aje apa yang aku tengah fikir!

"Abang pun rindu... tapi abang rindu Dian."

Dian memandang Aidil sekilas tetapi berpaling semula memandang ke luar tingkap kerana tidak mahu termakan dengan kata-kata Aidil.

"Please, Encik Aidil. Kita bersama sekarang ni pun sebab kerja. Jadi tolong, make it professional. I don't want any feelings matter involve."

Aidil terdiam. Dian dapat dengar lelaki itu mengeluh perlahan.

"Dian dah makan?" Aidil cuba menukar topik supaya keadaan tidak terlalu janggal.

Dian mengangguk tanpa memandang Aidil.

"Apa dia? Tak dengar la." Sengaja Aidil ingin mengusik. Lagipun dia tidak mahu Dian hanya diam sahaja.

Dian menjeling. "Dah makan la..." Dian bersuara geram. Sengaja la tu nak usik aku kan...

"Makan apa? Termakan daging harimau eh... sebab tu pagi-pagi lagi dah garang!"

"Taklah, termakan daging singa!" Ucap Dian dengan geram. Nak main sangat!

Aidil gelak besar mendengar jawapan Dian. Aidil tersenyum. Suka sangat dia melihat wajah Dian yang masam itu. Comel sangat!

Telefon bimbit Dian yang tiba-tiba berbunyi membuatkan Dian sedikit tersentak. Nama Norman terpampang di skrin telefonnya.

"Helo, Encik Norman."

Aidil yang sedang memandu tiba-tiba berpaling memandang Dian sekejap sebelum memandang semula ke hadapan. Dari riak mukanya jelas menunjukkan bahawa dia tidak suka.

"Hai, Cik Dian... saya baru balik outstation, tengok-tengok buah hati saya dah tak ada kat tempat dia?" Dian dapat dengar suara Norman yang kedengaran seperti usikan di hujung talian.

Dian tergelak kecil tetapi sebenarnya dia sudah malu mendengar kata-kata Norman.

"Sorry, Encik Norman... last minute planning! Tan Sri suruh saya ikut Encik Aidil ke Langkawi seminggu."

"Saya tahu... Tan Sri ada bagitahu saya tadi." Kedengaran seperti Norman mengeluh di hujung talian. "Awak tu... jaga diri dekat sana. Lebih-lebih lagi dengan Aidil tu..." Ayat terakhir itu diucap perlahan sahaja tapi masih boleh didengari.

"Kenapa pulak?"

"Yelah, Cik Dian Raisya... Awak sekarang ni kan tengah jadi rebutan dua jejaka. Mestilah saya risau!"

Pipi Dian jadi lebih merah mendengar kata-kata Norman. Aidil disebelahnya pula sudah mula berangin. Sakit hati Aidil melihat Dian asyik tersenyum-senyum dari tadi. Tanpa sedar, Aidil menekan minyaknya dengan lebih dalam dan menambah kelajuan keretanya.

Dian yang sedar akan perubahan kelajuan kereta yang sedang dipandu oleh Aidil menjadi gementar. Segera dia menamatkan perbualannya bersama Norman.

"Encik Aidil, please slow down the car."

Aidil buat tidak peduli malah makin melajukan kenderaannya.

Dian makin takut. Tali pinggang keledar yang dipakainya dipegang erat. Kejadian silam bermain di mindanya semula menjadikan dia lebih takut.

"Encik Aidil!"

Aidil buat tidak dengar.

"Stop the car! I said, stop the car!" Dian tiba-tiba menjerit.

Aidil yang terkejut mendengar jeritan Dian baru teringat tentang perkara silam Dian lalu terus perlahankan keretanya. Dia rasa amat bersalah.

"Dian... I'm sorry."

Sudah terlambat.... kerana Dian telahpun menangis teresak-esak di tempat duduknya.

***

Notakaki : Kenapa dengan Dian???

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now