Hari ini Dian rasa berdebar lebih daripada biasa. Terasa seperti hari ini merupakan hari pertama dia mula bekerja. Sedangkan dia masih bekerja di dalam syarikat yang sama. Cuma yang berbeza, dia bekerja di bahagian lain dan di bawah orang yang lain.
Sungguh Dian tak kenal siapa bakal menjadi bos barunya, macam mana orangnya. Tua ke, muda ke, yang penting, garang macam bapak singa tak?
"Wei Dian... hang ni dari tadi aku tengok dok melangut sampai Kokdiang sana tu pasaipa?" tegur Yatie, housemate Dian bersama dua cawan nescafe di tangan.
Amboi, mentang-mentanglah dia orang Kokdiang!
"Aku nervous la Tie... kotlah bos baru aku tu cengih semacam, lagu mana?" ujar Dian dengan loghat utara yang terikut-ikut gaya Yatie.
Sudah tiga tahun tinggal sebumbung dengan Yatie sampaikan dia yang berasal dari Johor pun dah boleh cakap loghat utara!
"Lagu mana hang tanya aku? Lagu Bollywood la cita dia! Macam lagu Kuch Kuch Hota Hai tu, tumpah si air..." usik Yatie sambil menyanyi lagu tema filem Bollywood kegemarannya.
Dian terus mencampak tisu yang sudah bergumpal di tangannya tepat ke muka Yatie. Terkekeh-kekeh Yatie tergelak melihat muka Dian yang sudah cemberut.
"Kuch Kuch Hotak Hang! Aku cakap betui hang buat main!"
"Alah hang ni pun... macamlah si Aidil tu dulu tak cengih! Patutnya hang kena suka, tak payah kerja dengan Aidil dah. Si mamat kekwat tu asyik pikiaq dia sorang saja yang betui!"
Dian menjegilkan matanya. "Hang ni pun... agak-agaklah! Boyfriend aku tu!"
"BEKAS okey, bekas!"
"Apa bekas-bekas? Hang ingat apa? Bekas tupperware? Bekas biskut raya?"
"Bekas kekasih dia la! Dahlah, jom pi kerja. Kalau melayan hang ni sampai sudah kita tak sampai pejabat. Jangan kata nak jumpa bos baru, kot-kot bos baru nanti cari hang pasai lambat!"
Dalam hati Dian berdoa. Harap harap bos baru ni okey!
***
Dian berdiri di hadapan lif seperti biasa sementara menunggu pintu lif terbuka. Yatie sudah lama memanjat tangga. Nak amalkan gaya hidup sihatlah katakan!
Tapi tempat dia kat tingkat tiga je, bolehlah! Kalau aku pun nak ikut naik tangga sampai tingkat sepuluh, mahu pengsan dulu sebelum sampai!
"Morning, Dian."
"Good morning..." Dian berpaling ke belakang untuk melihat orang yang menegurnya. "Encik Aidil."
Dian jadi gementar. Dia memandang semula ke hadapan menatap pintu lif yang masih belum terbuka.
"Lambat hari ni?"
"Tumpang Yatie. Kereta masuk workshop."
Pintu lif terbuka. Dian membiarkan Aidil masuk ke dalam lif dahulu sebelum dia mengikuti di belakang. Beberapa orang yang sudah sedia ada di dalam lif tersebut mengucapkan selamat pagi kepada Aidil.
Sampai sahaja di tingkat lima, semua orang sudah turun dari lif dan meninggalkan dia bersendirian di dalam lif itu bersama Aidil. Maklumlah, mereka berdua bekerja di tingkat yang sama.
"Dian cantik hari ni." Ujar Aidil tiba-tiba.
Dian terkedu. Dia memandang Aidil di sebelahnya yang sedang memandang dia dengan riak yang tidak boleh dibaca.
"Terima kasih. Saya macam biasa je, Encik Aidil."
Dian memandang diri sendiri sekilas. Cantik? Aku rasa aku pakai macam biasa je hari ni. Mungkin sebab baju baru kot....
Dian hanya memakai baju kemeja wanita berwarna krim dan seluar slack hitam. Rambutnya yang panjang diikat ekor kuda seperti biasa. Tiada yang berbeza dengan penampilannya hari ini.
"Trying to impress him?"
Dahi Dian berkerut. "Apa?"
"Look, Dian." Ujar Aidil sambil memandangnya dengan wajah yang tegang. "I don't like the fact that you are going to work with him. Abang tak suka Dian kerja dengan dia. Abang nak Dian berhenti."
"What? Kenapa saya nak kena buat macam tu? I need this job, Encik Aidil. I have bills to pay and I need food to eat."
"I will take you back. Abang akan ambil Dian kerja balik dengan abang. I just want you to resign."
Ting.
Dian menarik nafas dalam. "Encik Aidil tak payahlah nak buat macam tu. Kalau saya berhenti sekalipun, saya takkan kerja semula dengan encik."
Dan Dian terus melangkah keluar dari lif itu meninggalkan Aidil di belakangnya.
***
YOU ARE READING
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomanceGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...