BAB 37

39.5K 1.5K 27
                                    

Julia yang sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya berasa terkejut apabila tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. Dia melihat jam di dinding rumah. Hampir ke pukul 1 pagi.

Siapa yang datang ni?

Julia membawa bersama patung beruang panda dalam pelukannya lalu melangkah ke arah pintu rumah tetapi tidak terus membuka pintu itu.  Dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Kali ini Julia mengintai di lubang pintu dahulu.

Norman?

Ternampak sahaja susuk tubuh Norman yang berada di luar rumahnya, Julia jadi gelisah. Memang dia tak akan buka pintu rumah untuk Norman awal pagi seperti ini. Tapi... Norman nak apa? Kenapa lelaki itu masih memakai baju Melayu yang dipakainya tadi?

"You nak apa?" Julia bertanya di sebalik pintu. Dia mendekatkan telinga pada pintu rumah untuk mendengar jawapan lelaki itu.

"You tak tidur lagi?" tanya Norman perlahan. Ada senyum pahit yang terukir di bibirnya.

Lama dia memandu tanpa arah tuju di atas jalan raya sehinggalah keretanya mencari jalan ke kondominium Julia. Kini sudah hampir ke pukul 1 pagi tetapi nasibnya baik apabila Julia masih belum tidur.

"Tak. I tengah tengok TV," jawab Julia. "You nak apa pagi-pagi buta ni Norman?"

"You tengok TV dengan Mr. Panda lagi ke?" tanya Norman tiba-tiba. Senyuman masih terukir di bibirnya.

Dia masih ingat hadiah beruang panda yang pernah diberikan kepada Julia dahulu. Julia suka sangat dengan patung beruang panda itu sampaikan ketika tidur dan menonton televisyen pun panda itu pasti dalam pelukannya. Norman tidak sangka Julia masih menyimpan beruang itu apabila dia ternampak beruang panda yang diberi nama Mr. Panda itu ada di atas katil Julia.

Julia terkedu. Beruang panda di tangannya dipandang sekilas. Macam mana dia tahu? "Mana adalah!" Julia berdalih. Norman ni pun, semua persoalan aku dia jawab dengan persoalan jugak!

Norman ketawa kecil. "You simpan lagi Mr. Panda yang I bagi dekat you..."

Julia mengeluh lemah. "Apa yang you nak sebenarnya Norman? You sedar tak sekarang ni dah pukul berapa?"

"Sedar..." jawab Norman perlahan. "Boleh you bukak pintu?"

"No... You can't go in." Julia berkata tegas.

"I'm sorry... I buat you takut dengan I."

Julia diam tidak menjawab.

"Julia... I dah tahu semuanya. Tentang abah I... you... I dah tahu semua Julia." Norman menelan air liur yang terasa pahit di tekaknya. "I'm sorry... I tuduh you macam-macam, I hina you, I... I ambil maruah you. I minta maaf Julia."

Julia bersandar pada pintu rumahnya. Dia cuba untuk tidak menangis tetapi air matanya tidak dapat ditahan lagi.

"Julia... I tak pernah lupakan you. I still love you."

"Norman, you dah ada Dian." Julia berkata. Air mata di pipi dikesat dengan belakang tapak tangan. "Lupakanlah I... We are not meant to be together."

"I dengan Dian tak ada apa-apa Julia... Perasaan I kepada dia tak sama dengan perasaan I kepada you. I truly love you. I am still deeply and madly in love with you."

"Norman..."

"I've touched you Julia. What if you got pregnant? I nak bertanggungjawab!" Norman cuba serkap jarang.

Julia terdiam lama di sebalik pintu. Kemudian terdengar selak pintu dibuka dan wajah Julia muncul di muka pintu bersama Mr. Panda dalam pelukannya.

"I tak mengandung," ujar Julia perlahan.

"Are you sure? You dah buat test?" tanya Norman lembut sambil mendekati Julia.

Julia mengangguk. "Three times and fortunately semuanya negative. Jadi you tak payah risau sebab I'm not pregnant."

"But still I have to take the responsibilities, Julia..." ujar Norman.

"Just forget everything Norman. Tak ada apa yang you nak kena bertanggungjawab. I can take care of myself. I tak perlukan you untuk jaga I."

"But I need you..." ujar Norman lembut. "I pernah kehilangan you and I can't afford to loose you again."

Julia terdiam. Sedaya upaya dia cuba menahan tangisannya daripada turun lagi.

"Sayang... kita dua-dua mangsa keadaan. Ini semua salah abah I! Kalau dia tak buat semua tu, kita tak jadi macam ni!" Norman kembali panas apabila teringatkan perkara yang abahnya telah lakukan. "Please Julia... kita kahwin? I tak kisah apa orang nak cakap, kita kahwin lari pun I sanggup!"

Mata Julia membuntang mendengar ayat Norman. Gila! Tangan Norman terus ditarik masuk ke dalam rumahnya. Dengar dek jiran sebelah rumah tak ke haru?!

"You ni dah gila ke? Kenapa nak kahwin lari pulak? I belum setuju nak kahwin dengan you pun lagi!" ujar Julia geram. "Norman... you kena ingat, we still have our own family. Hati parents kena jaga, Norman."

"I boleh jumpa parents you so that we can get married. I tak perlukan persetujuan family I. Abah I tak perlu tahu. Yang penting kita kahwin. You kahwin dengan I, bukan dengan family I."

"Norman!"

"Julia, I still tak boleh terima apa yang abah I dah buat pada kita. All this while I ingat you perempuan jahat, tapi sebenarnya abah I yang jahat! Dia buat semua tu semata-mata sebab dia nak I balik. For God sake, I was not going anywhere! Dia je yang paranoid! Do you think it's fair, Julia? Do you?" Norman cuba mengawal suaranya yang jelas kedengaran marah.

"Norman..." Panggil Julia lembut. "Yes, I think it was not fair. I didn't say what he did to us was right, but it was not wrong either."

Dahi Norman berkerut cuba mencerna kata-kata Julia.

"Apa maksud you?"

"Itu namanya father's instinct. Semua ayah nak terbaik untuk anaknya, Norman. Unfortunately maybe I am not the best for you. You tak patut marah abah you... Dia tak buat apa-apa dekat I. Dia hanya suruh I jauhkan diri daripada you, which I thought was the right decision to do at that time. I buat untuk kebaikan you dengan I and your dad kept his promise. Dia tak pernah ganggu I atau family I lagi. Dia pun tak pernah minta ayah I langsaikan hutang balik. It was a win-win situation, Norman. You kena faham..." Julia memujuk lembut. Dia kenal sangat dengan Norman. Bila lelaki itu sedang marah harus dipujuk dengan baik.

Sedikit-sebanyak Norman termakan dengan pujukan Julia.  Hatinya menjadi tenang mendengar suara lembut Julia yang memujuknya. Sedangkan tadi mamanya sendiri cuba menenangkan dia tapi tidak berjaya seperti Julia.

"Lagipun Norman, kahwin bukan benda main-main. Kalau pun nanti I setuju kahwin dengan you, that means I have to marry your family too. Jadi I tak setuju you buat keputusan membelakangkan family macam ni."

Dahi Norman berkerut lagi. Dia tidak suka mendengar perkataan yang digunakan Julia tadi.

"'Kalau'? Kenapa mesti ada perkataan 'kalau' lagi? I sayang you. You pun masih sayang I kan?" tanya Norman tidak puas hati.

Julia buat tidak faham. Dia melangkah ke arah pintu rumah lalu membuka pintu itu seluas-luasnya.

"Ada 'kalau' sebab I belum nak bagi jawapan lagi. Yang I tahu sekarang ni I nak masuk tidur dengan Mr. Panda, jadi Encik Norman Raykal silalah keluar ya..." usik Julia sambil berpura-pura menguap.

Norman faham lalu terus melangkah keluar dari rumah Julia. Sebelum Julia menutup pintu, sempat lagi dia mencubit pipi Julia.

"I wish I can be Mr. Panda..."

"Sorry, but Mr. Panda doesn't want to be you!" usik Julia lalu terus menutup pintu rumahnya.

Norman tersenyum bahagia.

***

Notakaki : Encik Norman Raykal (first time nama penuh dia keluar dalam cerita ni kan hehe), tak payah nak senyum-senyum lagi naa... Percaturan dengan Dian belum selesai lagi mwahahaha...

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now