BAB 22

39.9K 1.6K 39
                                    

Berlahan-lahan Dian menutup kembali kotak hitam yang berada di tangannya. Dia menarik nafas dalam sambil menunduk ke bawah. Tangannya yang berada dalam pegangan Aidil ditarik perlahan-lahan buat kesekian kalinya.

"I'm sorry... Can we just go back to the hotel now?" tanya Dian perlahan.

Aidil mengeluh lemah sebelum memberi signal untuk membuat pusingan 'U'.

Sampai sahaja di hotel, Dian terus membuka pintu kereta dan keluar dari kereta Aidil. Kotak hitam di tangannya diletakkan di atas kusyen kereta. Aidil mengambil kotak itu lalu segera keluar dari keretanya dan menyaingi langkah Dian. Tangan Dian diraih.

"I'm sorry sayang... Maybe it's to sudden for you. Abang tak paksa. Dian boleh ambil sebanyak mana pun masa yang Dian nak untuk fikir tentang hal ni. Abang akan tunggu Dian," ujar Aidil. Kotak hitam di tangannya diletakkan pada tapak tangan Dian. "Tak kira apa pun keputusan Dian, this necklace was meant to be for you. No one else."

"Maaf... Dian tak tahu nak cakap apa."

Aidil tersenyum. "It's okay... Just smile for me once before you go. Kalau tak, abang tak dapat tidur la malam ni..." usik Aidil dengan sengihan.

Dian tergelak perlahan sebelum mengukir senyuman yang manis dan terus berlalu pergi. Yang pasti, senyuman yang diberikan kepada Aidil tadi ikhlas dari hati.

***

Dian melangkah keluar dari bilik mesyuarat selepas hampir tiga jam berada dalam bilik itu mencatat minit mesyuarat yang dikendalikan oleh Aidil. Dia meregangkan lehernya yang terasa tegang akibat duduk terlampau lama di dalam bilik berpendingin hawa itu.

Dian melihat jam di tangannya. Hampir pukul satu petang. Kalau hendak diikutkan hati, mahu sahaja Dian terus angkat kaki ke bilik hotelnya dan merehatkan badan tanpa perlu makan tengah hari. Tetapi Aidil terlebih dahulu menyuruhnya supaya tunggu di lobi untuk makan tengah hari bersama-sama.

Dian melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk di lobi hotel itu sementara menunggu Aidil keluar dari bilik mesyuarat. Buat seketika, dia memejamkan matanya.

"Dian..."

Dian membuka matanya tatkala terdengar ada orang yang memanggil namanya. Dia berpaling ke belakang dan melihat Aidil melangkah ke arahnya.

"Yes, Encik Aidil? Nak pergi sekarang?"

"Sorry Dian... I think I can't have lunch with you today. Dato' Kamal ajak abang lunch sekali dengan dia."

Dian hanya senyum. Biasalah, Aidil kan someone important dalam syarikat Tan Sri Adam. Siapa yang tak nak ambil peluang untuk bekerjasama dengan syarikat Tan Sri Adam, betul tak?

"Takpe... Saya faham. Saya boleh pergi sendiri."

"Abang akan suruh hotel sediakan kereta untuk Dian in case Dian nak pergi mana-mana nanti sebab maybe abang akan lambat habis."

"It's okay.... Tak payah buat apa-apa. Pandai-pandailah saya cari makan dekat kedai sekitar hotel ni nanti. Kalau susah sangat, saya order room service."

"Are you sure?" tanya Aidil.

"100% positif." Jawab Dian dengan senyuman yang manis.

Selepas berpuas hati dengan jawapan Dian, Aidil melangkah pergi ke arah ruang makan hotel kerana tidak mahu Dato' Kamal menunggu lama. Dian pula melanglah ke arah lif kerana mahu 'tuang' masa makan tengah hari.

Ala... bukannya mati pun kalau tak makan lunch!

Dian menekan butang atas dan menunggu lif itu terbuka. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, ada orang yang memanggil namanya dan membuat Dian berhenti melangkah.

"Cik Dian Raisya..."

Dian berpaling untuk melihat siapakah gerangan manusia yang telah memanggil nama penuhnya itu. Sebaik sahaja dia berpaling, serta-merta mata Dian membulat.

"Encik Norman! Macam mana boleh ada dekat sini?" tanya Dian dengan nada terkejut. Pintu lif yang mula tertutup kembali dibiarkan sahaja.

"I took a couple of day off just to come here," ujarnya dengan senyuman manis. "How are you doing? Sihat?"

Dian mengganguk. Norman... memang seorang yang sangat caring! "Sihat, alhamdulillah. Encik Norman macam mana, sihat?"

"Hmm... kurang sihat sikit."

Dahi Dian berkerut. "Encik sakit ke? Ni mesti sebab kerja teruk ni... Yelah, baru balik dari Johor semalam, hari ni datang ke Langkawi pulak. Ada hal  ke dekat sini?"

"Memang.... ada hal yang sangat penting." Norman berkata dengan nada yang sangat serius.

"Hal apa yang penting sangat?"

"Sebab nak jumpa awak la Cik Dian Raisya... Dah hampir seminggu saya tak jumpa awak tau! Tengah sakit rindu ni..." ujar Norman dengan senyuman yang nakal. Sengaja dia meletakkan tapak tangannya di dada konon-konon sakit teruk.

Laaa...! Pasal aku ke?

"Ada-ada je Encik Norman ni!"

"I'm not joking, sweetheart. I really do miss you, that's why I took the first plane early in the morning just to get here," ucap Norman dengan serius. Matanya tepat memandang ke arah mata Dian.

Dian diam tidak terkata. Wajahnya sudah bertukar warna kerana malu. Dia melarikan pandangannya dari terus memandang ke arah mata Norman.

"Encik Norman dah makan?" Dian sengaja ingin menukar topik.

"Tak... Saya terus datang sini as soon as I landed."

Dian senyum. Kesiannya dia... patutlah nampak penat! "Come, let's grab some lunch! Saya belanja kali ni."

"Really? Are you taking me on a date now?" Norman sengaja mahu mengusik Dian.

Dian bercekak pinggang. "Take it or leave it, Encik Norman. Tawaran saya akan berakhir dalam masa sepuluh saat..."

"Awak tak nak ajak saya date, biar saya jelah yang ajak awak date Dian. Awak ni kan memang suka jual mahal dengan saya..."

Dian hanya tergelak. Macam-macam!

Norman dan Dian bersama-sama melangkah keluar dari lobi hotel itu tanpa menyedari ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka.

***

Notakaki : Can't wait until next week to post this chapter since dah ada idea! *excited* Shout out untuk Encik Norman kita yang dah lama tak buat appearance dalam BKD! Mana semua #TeamNorman??? Adakah rindu sudah terubat? You all know I won't make it too easy for Aidil, kan? Hahahaha ^^ Comment and vote to show your love!

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now