BAB 39

42.3K 1.5K 32
                                        

Norman menuruni tangga rumah dan berjalan menuju ke dapur. Hari sudah lewat malam jadi Norman menjangka kedua ibu bapanya sudahpun tidur. Hampir seminggu dia meneruskan perang dingin dengan abahnya semenjak peristiwa abahnya mengaku bersalah itu. Bukan apa, tetapi Norman masih tidak dapat menerima alasan yang diberikan abahnya itu.

Lampu dapur dibiarkan tidak dibuka. Dia membuka peti pintu ais dan lampu dari peti ais itu sahaja yang menerangi pandangannya. Botol Minute Maid yang terletak elok di pintu peti ais dibawa keluar. Norman menutup semula pintu peti ais dan berpusing sambil tangan membuka penutup botol air itu.

Dia sedikit terkejut apabila lampu dapur tiba-tiba menyala dan dia ternampak kelibat abahnya yang berjalan masuk ke dalam dapur perlahan-lahan dengan tongkat.

Norman buat tidak peduli dengan kehadiran abahnya di dapur itu. Dia mencapai gelas di atas rak dan menuangkan jus oren itu ke dalam gelas sehingga penuh.

"Tuang dekat abah jugak Man..." ujar Tan Sri Idris perlahan memecah kesunyian antara mereka.

Norman mencapai sebuah lagi gelas dan menuangkan jus oren itu dalam gelas kosong. Kemudian gelas yang sudah penuh berisi itu diletakkan di atas meja di hadapan Tan Sri Idris tanpa sebarang kata.

"Norman... Duduk kejap. Abah nak cakap sikit..."

Norman bersandar pada kaunter singki sambil memandang Tan Sri Idris. Jus oren di tangannya diteguk sehingga habis setengah gelas.

"Abah nak cakap apa?" tanya Norman senada.

Tan Sri Idris mengeluh lemah. Dia memndang anak lelakinya yang masih berdiri itu.

"Are you still mad at me?"

"You think?" Norman menjawab dengn persoalan juga.

"Norman nak abah buat apa untuk Norman maafkan kesilapan abah?"

Norman terdiam. Sebenarnya dia tidaklah marah lagi dengan perbuatan abahnya. Lebih-lebih lagi apabila dia sudah dipujuk Julia. Cuma dia terkilan, kenapa abahnya sendiri sanggup melakukan perkara begitu?

"Norman?"

Norman tersentak dari lamunannya. Lama dia memandang abahnya sebelum menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan lelaki itu.

"Kalau Norman masih nak pilih Julia, abah okey?"

"Okey."

"Kalau Norman nak abah dengan mama pinang Julia, abah boleh buat?"

"Boleh."

"Kalau Norman nak kahwin dengan Julia by the end of this year jugak, abah bagi?"

"Bagi."

Setiap jawapan yang keluar dari mulut Tan Sri Idris melegakan Norman. Sebuah senyuman terukir di bibirnya. Pantas tubuh abahnya dipeluk erat.

"Thanks abah!"

Tan Sri Idris tersenyum dan menepuk belakang badan satu-satunya anak lelakinya itu.

"Man dah tak marahkan abah lagi?"

Norman menggeleng dalam pelukan abahnya.

"Norman tak pernah marah abah."

***

Julia memandu dengan perasaan yang geram. Panggilan telefon daripada adiknya, Juwita Natalia, sebentar tadi betul-betul memeranjatkannya.

Norman ni...! Suka buat tindakan sendiri!

"Kak Ju! You gotta tell me what's happening!" ujar Juwita ceria di hujung talian.

"What? What's happening?"

Bekas Kekasih Dia! ☑Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang