BAB 48 : SPECIAL ENDING

67.3K 2K 126
                                    

Julia tersenyum gembira apabila terdengar bunyi kereta Norman di hadapan rumah. Tangannya pantas mengemaskan kedudukan pinggan dan mangkuk di atas meja makan.

Sebelum dia melangkah ke pintu untuk menyambut suaminya, sempat Julia menilik dirinya di hadapan cermin sekilas. Berpuas hati dengan imejnya yang kemas dan rapi serta bau yang masih menyenangkan, dia melangkah ke arah pintu rumah.

Norman yang melihat Julia berdiri di muka pintu rumah sambil tersenyum memandangnya membuatkan segala penat lelahnya bekerja seharian di pejabat terbang melayang. Pantas dia mengunci pintu kereta dan melangkah ke arah Julia.

Julia mencium tangan suaminya seperti biasa dan Norman turut mencium dahi Julia. Kali ini lebih berlainan kerana Norman terus merangkul Julia dalam pelukannya seperti tidak mahu dilepaskan.

"I miss you already. Sorry... tahan bau I sekejap ya. I need to recharge my energy by hugging you..." bisik Norman di tepi telinga Julia.

Julia tergelak kecil. Mana ada berbau pun badan suaminya itu kalau dah duduk dalam pejabat berpendingin hawa sahaja sepanjang hari. Malah, bau maskulin yang datangnya dari minyak wangi Norman masih lagi boleh dihidu sehingga sekarang.

"Tough day at work?" tanya Julia penuh prihatin. Dia turut membalas pelukan Norman.

"A very tough one," ujar Norman seraya perlahan-lahan meleraikan pelukan. Dia tersenyum memandang Julia. "Tapi lepas tengok you and dah dapat recharge energy, terus tak rasa penat. Kiranya malam ni masih ada energy lagi..." usik Norman dengan sengihan nakal.

Mata Julia membulat mendengar usikan Norman. Nakal sungguh! Tetapi Julia tergelak juga. Nakal-nakal pun takpelah, suami sendiri kan...

"You nak makan? I dah masak..." ujar Julia penuh ceria. Briefcase dan kot suaminya dipegang dan dia melangkah bersama-sama Norman menuju ke bilik mereka di tingkat atas.

Langkah Norman terhenti mendengar ayat Julia. Dah masak? Mahu sahaja Norman menggaru kepalanya. Kena tahan lagi la nampaknya...

"Okey, nanti kita makan sama-sama. I mandi dulu... you nak join I?" usik Norman lagi dengan menggoda. Sengaja butang baju kemeja yang dipakainya dibuka satu persatu di hadapan Julia.

"Are you trying to tempt me or what?" tanya Julia dengan mata yang sengaja dikecilkan untuk menunjukkan riak yang konon-konon marah.

Norman tergelak kecil. "Depends on how you think, baby."

Kali ini giliran Julia yang melangkah mendekati Norman. Oh... dia ingat skill menggoda dia je tahap 'A'? Ini Julia Natasya la...

"Really?" Sengaja Julia memainkan jari-jemarinya pada butang-butang baju kemeja Norman yang sudah terbuka. "You want to know what am I thinking right now?" tanya Julia perlahan dengan loghat Australia yang sengaja dipekatkan. Dia tahu Norman suka mendengar loghat Australian English yang digunakannya. Bak kata Norman, sangat sexy!

"Can't wait to know what you are thinking baby," ujar Norman menggoda dengan loghat yang sama juga. Bertahun-tahun tinggal di Australia membuatkan kedua-duanya sudah fasih berbahasa seperti itu.

"I think..." Tubuh Norman yang sudah semakin merapat itu ditolak perlahan. "I'm going to join you," bisik Julia di tepi telinga Norman lalu dia melangkah dahulu masuk ke dalam bilik mandi.

Yang pasti, malam itu makan malam mereka agak lewat daripada biasa.

***

"Sedap tak?" tanya Julia tidak sabar-sabar sebaik sahaja Norman menyuapkan spageti ke dalam mulutnya.

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now