TDD - 3 ♡

13.1K 595 37
                                    

Dhiera P.O.V **

*Rehat*

Aku,Miza,Shera,Azim,Firash dan Firdad berjalan ke pondok kat belakang sekolah selepas membeli makanan dari kantin . Azim boyfriend Shera . Firdad pulak boyfriend Miza . Firash ? Hmmm,dah kenal kan ? Kami berenam boleh lah selalu rehat bersama . Kadang-kadang tak jugak .

"Kau,Dee . Lebih baik kau cerita . Kau dah kenal dulu dengan Nufail ke ? Kenapa kitorang tak tau ? Bila kau kenal dia ? " -Miza . Huish,soalan dia . Bertubi-tubi . Keliru nak jawab mana satu . Adoii ! Shera dah buat pandangan yang . Hmmm,tajam gila . Lagi tajam dari pisau kat rumah aku yang setiap bulan mama asah . Aduh seram pulak . Hahaha

"Rilek lah wei . Macam aku buat jenayah pulak . Yaa,aku terjumpa dia semalam . Masa aku ontheway nak ke tandas . Aku lari . Terlanggar dia . Then,adalah tercetus perbalahan kejap . Aku lupa lah nak cerita. Lagi pun,tak penting pun . " aku mencebik.

" Dahlah wei . Jom makan . Kesian kat Dhiera . Kena tanya macam tu . " Firash mencela . Ni yang aku suka . Firash selalu bela aku . Hehehe . Tapi FYI ! Aku memang takda hati kat Firash . Hanya suka dan sayang sebagai kawan sahaja . Tak lebih . Tapi aku memang tau yang dia dah lama 'on-crush' kat aku . Buat-buat tak tahu ja lah . Yang penting , aku memang sayang Firash . Ya , sahabat aku .

"Nasib kau baik lagi kali ni,Dee . Ada orang bagi stop .Takpa . Kita makan dulu . Hehehe " -Shera .

"Yee,jom Shera ku Intan Payung . Jom makan "-Azim . Dia dah tersenyum-senyum tengok Shera . Elehhhh ! Sweet lah konon .

Makan punya makan . 30 minit berlalu . Kringg ! Masa rehat dah habis . Kitorang balik kelas masing-masing . Azim,Firash dan Firdad terus masuk ke kelas diorang . 5 Ekonomi . Diorang amek Eko . Kitorang amek Sains Tulen . Tapi Firash selalu dapat No.1 di kelasnya tahun lalu. Kat 4 Sains pulak . Uhuks aku lah yang selalu dapat No. 1 . Tahun ni ? In Sha Allah , moga dipermudahkan lagi .

******

Pulang **

Baru ja aku nak keluar kelas dengan Miza dan Shera . Ada orang tarik tudung aku dari belakang . Haish,dah dua kali ni . Pusing belakang ..

Haaa,dah agak . Mamat metal ni . Memang hobi dia main tarik-tarik tudung ke ? Ish !

"Stay jap . Kita belum habis " dia cakap dengan angkuh nya . Eleh

"Kau orang jalan lah dulu . Shera kau balik lah dulu . Tak payah tunggu aku . Aku ada hal nak settle dengan mamat ni . " kataku kepada Shera dan Miza . Diorang angguk je , terus jalan . Ceh , tak takut sahabat mu ini di apa-apa kan ? :(

"Yes ? Kau nak apa ? Apa yang kau tak puas hati lagi ni ? Aku dah kata mintak maaf kan ? Tak cukup ? Kau nak aku nyanyi lagu 'Sorry' by Justin Bieber baru puas hati ? Banyak cantik muka kau ?! " kata ku . Aku mendongak . Nak cakap biar mata ke mata . Biar nampak umphh . Ganas sikit . Baru nak lawan panahan mata dia . Aish,aku dah larikan mata aku . Terus menoleh ke luar kelas.Eh apahal ni . Dup dap dup dap . Oh jantung . Apa problem ni ?

"Eh,aku tak cantik . Kacak je . Sorry no sorry . I don't even care . Aku tak puas hati sebab kau panggil aku macam mak enonn ? Kau memang nak cari pasal dengan aku kan ? " Nufail berkata dengan selamba. Aku menjuih bibir . P to the E to the R to the A to the S to the A to the N !

"Itu je kau nak heboh ? Tolong lah bro . Be matured please ? Dengan perempuan pun nak gaduh ? Kau jenis 'patah-patah' ke ? Tak nampak pun gaya 'mak nyah' ? " kan ? Mana lah tahu .

Tersuka Dalam DiamWhere stories live. Discover now