TDD - 45 ♡

5.3K 379 132
                                    

' That moment when you can actually feel the pain in your chest from seeing or hearing something that breaks your heart... '

×× --------------- ××

Sudah dua hari aku rehat dalam kelas. Macam kelmarin, Rayyan yang temankan aku. Hari ini, aku duduk di tempat aku sendiri, sebab Filzah dah hadir erk.

" Iya, justin tumbuk dia sampai berdarah. Ha, baru dia tahu, nak pegang pegang muka artis tetiba. Lelaki lagitu eu! Gay ke apa lelaki yang pegang muka justin tu!  " semakin galak aku bercerita. Rayyan cuma tergelak mengiyakan.

" Ha, lepas seminggu dia tumbuk, dia pergi tunjuk boxing skills dia ! Wuaaaaa. " tambahku lagi.

" Hahahahaha ya lah ya lah. " dia menggeleng-geleng. Bosan dengan ceritaku.

Huaaaaa.

Aku mencebik dan sambung makan chocolate yang Rayyan bawakkan.

" Kau dengan diorang dah bertegur? " dia tanya membuatkan moodku semakin hambar.

" Tak nak ah. Bukan salah aku sorang, diorang pun salah apa. Attack aku tetiba. " balasku sedikit geram.

Penulis rasa marah, kenapa dia reka heroin yang degil ini. Patut ke tak aku wujudkan satu watak bernama Farah Nadhirah untuk menggantikan heroin sekarang, Farah yang lebih menghargai, dan kurangg degil. HA HA HA

Tapi, siapa yang tak marah kalau dibash oleh bestfriends sendiri, kan ?

" Ya, faham. Apa salahnya kalau kau minta maaf dulu. Nufail pun okay je kan dengan kau. " dia memujuk lagi.

TAK NOKK!

AKU YANG TAK OKAY SEKARANG NI !

" Hmmm. " aku menggumam. Biar diorang tahu Dhiera yang sebenar ini. Kahkahkah

" Ya lah, nanti aku pujuk diorang pulak. Kau ni ego, tahu? " bebelnya lagi.

" Ya, tahu. " jawabku.

" Kau ni degil, tahu ? "

" Ya, tahu. " jawabku lagi.

" Semua orang salahkan aku, tahu? " selorohku. Dia diam seketika.

" Aku bukan salahkan kau, Dhiera. Tapi.. "

" Tapi apa? Diorang bukan sayang aku. "

" Kau ni kan, diorang sayang dekat kau. Tapi kalau perangai kau ni, dah degil macam ni ? Diorang nak buat macam mana. " ucapnya lembut. Takut aku terasa.

" Kau ni cakap, macam diorang dah minta maaf dekat aku tapi aku tak layan. Weh, aku dengan diorang sama je lah. Dua dua pun ego, degil. " aku membantah.

" Eh, betul juga. Dah namanya, sekepala, perangai pun lebih kurang. " Eh?

" Huh, takpa lah. Nanti aku bebel diorang pulak. " dia putus asa. Dia memandang jam tangannya.

" Eh, lupa. Cikgu suruh aku pergi bilik guru lepas 15 minit rehat. " dia berdiri. Alaaaa, takda kawannnnn.

" Aku pergi dulu, ek? Kau okay? Atau kau nak ikut aku? " dia pandang aku dengan muka bersalah.

" Tak nak lah, aku duk sini je. Lagi 15 minit, pnp mula dah. Kau pergi lah, aku okay. "

" Sorryyy. Bye bye. " dia melambai lalu keluar. Gayanya macam mahu pergi ke luar negara.

Ain yang dari tadi turut ada dalam kelas pun keluar, pergi kemana, taktauuuu lahh*gaya nabil*

Aku membaca buku quotes Memories by Lang Leav. Uhuk huk, mengena sia dengan diri ini. Masa untuk aku fe'feeling lebih ni...

Tersuka Dalam DiamWhere stories live. Discover now