TDD - 50 ♡

7K 430 179
                                    

Dont put your hopes up too high, dont expect too much;because the higher you are, the deeper you might fall.

×× -------------- ××

Weh weh weh.

Mata aku tak salah an?

Muka Nufail memang merah kan?
kan kan kan?

Keeee, merah sebab marah? Aku ada buat salah ke? Merah sebab malu?
Kah! Kenapa dia harus malu? Ada benda yang memalukan ke tadi?!

Aku menggaru kepala yang tidak gatal sampai tudung senget. Dah nak sampai kelas dah, bebudak kelas dah biasa tengok pun muka gini, hahaha.

Sekarang aku berjalan di
belakang Nufail. Ya, dia berjalan di depan aku dari tadi. Pelik gila.Macam stranger je gaya.

" Ha ni kenapa? Gaduh lagi ke? " tegur Firash yang sedang lepak di pintu kelasnya.

Kenapa cara dia cakap, macam aku dengan Nufail ni suka sangat gaduh? Eii, boleh kira guna jari lah berapa kali je kitorang pernah gaduh.

Nufail yang berhenti, turut membuatkan aku terhenti. Dia memandang aku sambil mengusap belakang lehernya dan tersengih malu.

" Eh eh, mana ada. " ha tengok.
Muka dia merah lagi.

" Kau ni dah sembuh ke? Muka masih merah. Lamanya kau demam.. " Firash meletakkan belakang tangannya ke dahi Nufail.

" Woi, sembuh dah. Pehal muka merah pulak? " Firash berkerut kening. Aku memandang Nufail dengan riak muka yang sama.

Kau. Dah. Kenapa. Nufail?

" Ei, muka merah pun jadi masalah kau jugak eh? Dah, kau turun bawah tengok anak-anak buah kau tu! Ada yang lepak kat tangga, tak bertugas ke apa, loceng dah nak bun- "

Zass- ayat Nufail terpotong kerana Firashnya sudah berlari ke tangga dengan muka bengang.

Nufail pandang aku. Aku mula berjalan ke depan.

Ugh.

" Nufail! Kau tak nak masuk kelas eh? " aku pandang belakang. Dia sedang tercegat di tempat yang sama.

" Ha? Haaa okay okay. " dia bergegas mengekori aku.

Sah, pernikahan aku dan Nufail sudah sah.

Eh, bukan. Sah, otak Nufail tak center sangat hari ni.

^^^

Aku termenung ke arah satu tempat.
Bufft! Daydreaming aku hilang begitu saja. Selera aku terus mati bila terpandang Adel di depan.

Pandangan kami bertembung, dia turut membuat muka menyampah, secara tiba-tiba dia membuat huruf L menggunakan jarinya dan menjeling.

L yang bermaksud loser.

Wtf, last aku buat centu masa aku gaduh dengan musuh masa
darjah dua kotahuuu?

Siapa termakan dengan drama dia haritu? Hahaha, aku dah kata. Dia tak ikhlas nak mintak maaf!

" Hahahahahahahaha! Lawak gila dia hahahahahahaha. " aku memandang kanan. Fatin sedang ketawa dengan galaknya. Aku tersenyum, rupanya dia pun nampak. Miza dan Shera yang sedang sibuk buat kerja rumah yang belum siap hanya menjeling pelik.

" Weh, Dee. Kau tahu tak kenapa Adel beriya-iya nak mintak maaf kat kau masa haritu? " Fatin berbisik selepas matanya meliar-liar ke sekeliling kelas.

Rahsia ke ni?

" Mana aku tahu. Tetiba buang tebiat nak minta maaf.. dia mintak perhatian lah kut. " jawabku dengan perlahan juga.

Tersuka Dalam DiamWhere stories live. Discover now