×× ----------------- ××
Dhiera's P.O.V**
"Yeayy ! Sayang akak barbie ! " Lala terus bersorak keriangan .
Tapi,maksudnya . Aku kena jalan dengan Nufail jugak kan ? Gulp !
"Woookayy ! So ... Kita nak pergi mana sekarang ? " -Nufail . Dia menjeling sekilas ke arah ku .
"Err,Lala nak pergi mana ? " tanyaku .
"Emm,apa kata kita pergi Cinema nak ? Lala nak tengok Minions ! Dah lama keluar,tapi belum tengok lagi ! " -Lala.
"Okay.Jom ! " jawabku serentak dengan Nufail . Euw ?
Kami mula berjalan menuju ke Cinema . Nufail pegang tangan kanan Lala,aku pulak pegang tangan kiri Lala . Aduh,nampak macam 'One Happy Family' pulak . Dushhhh,kalau-kalau terjumpa orang yang aku kenal ni . Parah !
"Eh,Dhiera ! " ada orang tegur aku dari belakang . Haa,tengok . Baru cakap . Aku pusing belakang .
Abang Iwan ? Pffffttttt , ni bukan setakat kenal . Keluarga ! Beradik aku sekali terjumpa .
"Eh,abang Iwan . Err,kenalkan Ini Nufail . " jawabku kekok .
"Hey bro . Nufail . Classmate baru Dhiera . " Nufail berkata lalu bersalam dengan Abang Iwan .
Cehwah ! Sopan pulak kau ya. Senyum lebar lagitu . Dengan aku,hadap muka berkerut seratus all the time . Heh
"Hai . Oh classmate baru,patutlah belum pernah nampak . Kalau diorang si Firash tu aku kenal lah . Hehehe,yelah . Aku jalan dulu .Jaga adik aku elok-elok . Jangan balik lewat sangat . Bye Nuf,Dhiera . Bye,yang kecik comel ni . " Abang Iwan cubit pipi Lala . Alolo,terus ketawa budak kecik ni .
Sebelum abang Iwan jalan,aku dan Nufail sempat salam dia .
Sempat lagi dia 'wink' kat aku . Uhuk uhuks . Confirm kena sakat kat rumah nanti .
Kami meneruskan perjalanan ke Cinema . Eleh,macam lah berbatu-batu jauhnya . Lol . Kami ke kaunter . Masa macam menyebelahi kitorang pulak . Movie Minions main 10 minit lagi . Nufail pergi beli tiket . Aku dan Lala pergi beli popcorn dan air . Nufail menghulurkan duit Rm100 .
"Takpayah . Aku taklah kedekut sangat . Setakat popcorn je pun . " aku menjelirkan lidah dan terus berlalu . Aku beli 3 popcorn dan 3 pepsi size large jugak . Okaylah !
Nufail's P O.V**
"Takpayah . Aku taklah kedekut sangat . Setakat popcorn je pun . " Dhiera menjelirkan lidah dan terus berlalu . Eish,aku baik hati kot bagi dia duit untuk beli popcorn . Negative thinking lah dia ni .
Aku pergi beli tiket . Tiga tempat duduk . Aku pilih tempat duduk bahagian tengah-tengah . Okaylah,tak terlalu depan,tak terlalu belakang . Just nice !
Kami bertiga pun masuk Hall 1 . Cerita dah nak start . Lala duduk kat tengah-tengah . Aku duduk sebelah kanannya,Dhiera duduk sebelah kiri dia pulak . 1 jam 42 minit berlalu . Gila bosan movie ni . Dhiera dengan Lala nampak happy pulak . Jiwa budak-budak betul .
Kami keluar dari cinema lalu keluar jalan-jalan kat dalam Pavi . Pavilion kan besar,banyak kedai . Sakit kaki aku .
Kami masuk ke dalam kedai aksesori wanita . Saja nak cuci-cuci mata . Aku perhatikan Dhiera . Dia tengah tengok satu gelang ni .
"Berkenan ke ? " tanyaku .
"Eh,taklah . Err,jom . Aku nak balik dah . " -Dhiera .
"Eh,kita pergi Baskin Robbins dulu . Aku macam nak makan ais krim lah "
YOU ARE READING
Tersuka Dalam Diam
Ficção AdolescenteBila hati tertutup rapat, tiba-tiba ada orang mengetuk, orang yang dulunya menyakitkan hati tapi lama kelamaan menyenangkan. Tak nak buka, tapi last last ... Ia terbuka dengan rela hatinya. Ehh, datang pula orang yang membuat hati itu tertutup rapat...