- quote di akhir bab -
×× ------------------- ××
" Wei , apa dah jadi tadi ? Tiba -tiba ughhhh . " aku tanya kepada Miza dan Shera .
" Kitorang pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tu . Lepas kau keluar ke tandas then Nufail jawab soalan Azim tu ... " -Miza .
" Woot woot , korang jangan bagitahu aku apa Nufail jawab eh , aku tak nak tau . "
" Eee , siapa nak bagitahu kau . Tak tahu malu wuerkkk ! Satu kelas dah geng dengan Nufail supaya tak bagitahu kau jawapan dia . Muahahahaha " -Shera .
" Bagus sangat lah tu . Sorang tak nak tahu , sorang tak nak bagitahu . Layan ego tu , layan ! " -Miza . Ececehh , kaunselor ke apa ni ?
" Betul betul . Layan ego , makan hati lah kau . Hati ayam tak sedap , apatah lagi hati manusia . " -Shera .
" Woi , hati ayam tu sedap lah ! " -Miza .
" Serius tak sedap lah wei . Ala kau tu semua makanan kau kata sedap ." -Shera .
" Apa pulak tiba-tiba termasuk kes makan hati ayam kat sini eish ! " aku mengetuk kepala mereka berdua . Kali ni korang pula yang makan hati .
" Sakit lah eee ! "" Jangan lah main kepala . "
" Dah terpesong jauh dah ni , aku tanya pasal Rayyan dengan Nufail kan tadi ? "
"Eh ya ya . Jadi lepas tu aku dengan Shera borak-borak pasal jawapan Nufail tu uhuk uhuks . Eh sekali aku tengok , Nufail dengan Rayyan dah mula bertikam lidah . Nasib bertikam lidah je , tak bertikam badan . "
" Budak dua orang tu selalu buat
perangai macam budak tahun satu do . Asyik-asyik gaduh . Kadang-kadang aku rasa rimas juga . " aku mengadu ." Sabar je lah . Dah diorang dah nak gaduh , apa boleh buat . Kalau setakat gaduh camtu , takyah lah kita nak masuk campur . Lama-lama okay lah tu . Rayyan masih baru . Tak ngam lagi kot . " -Miza .
" Tak wei . Masalahnya sekarang ni , Rayyan tu ada asma . Masa form 1 dulu , teruk dia kena sebab masa tu dia aktif sangat , lari sana sini , dah tu baru habis makan ice cream ngan aku kat koop. Dah lah time dia sesak nafas , dia tengah borak ngan aku . Aku trauma lah tengok muka dia membiru . Kang jadi macam-macam masa dia lari nanti , aku .. aku takut . "
" Dia sendiri kata dia dah lama tak sesak-sesak nafas ni . Jangan risau lah . Nanti kan ada training juga , haa esok start. Kita suruh dia bawak inhaler dia sekali " suara garau mencelah . Aaa Nufail dan dibelakangnya ada Firdad dan Azim . Eh , Firash takda pulak . Pelik
" Yang kau layan jugak kerenah Rayyan tu kenapa ? eee , childish tau tak . "
" Eh , bukan salah aku . Dia dulu yang buat camtu . Aku pun sebenarnya tak nak , tapi nanti dia kata aku pengecut pula . Heh " Nufail mencebik .
" Untuk pengetahuan kau lah , Dhiera . Kalau lelaki digelar ' pengecut ' , tu dah sama macam maruah dia kena pijak-pijak tau ." -Firdad . Nufail dan Azim terus mengangguk laju . Back up lah ni ? Back up aku dari tadi diam je . Ish takci .
" Suka hati korang lah . " ni tanda-tanda angkat bendera putih lah kan hm :')
" Esok birthday Firash . So , apa kita nak buat ?! " ujar Azim teruja . Aku boleh nampak cahaya kat mata dia . Seh oh yeah aku baru teringat hahahaha
YOU ARE READING
Tersuka Dalam Diam
Teen FictionBila hati tertutup rapat, tiba-tiba ada orang mengetuk, orang yang dulunya menyakitkan hati tapi lama kelamaan menyenangkan. Tak nak buka, tapi last last ... Ia terbuka dengan rela hatinya. Ehh, datang pula orang yang membuat hati itu tertutup rapat...