' I dont need you to fix me . I need you to love me while I fix myself '
×× ------------------ ××
" Rayyan ! " aku menjerit . Mesti orang sekeliling terkejut gila . Aku terus mengambil beg Rayyan lalu berlari menuju ke arahnya yang sudah terbaring dan dikelilingi orang ramai . Aku dah tak kisah .
" Inhaler mana ?" aku tanya dia . Dia masih boleh buka mata tapi tu lah . Nampak sangat tengah susah bernafas . Cikgu-cikgu dan ahli PBSM yang bertugas hari ni cuma membiarkan aku , sebab mereka mungkin percaya dengan aku . Eleh , aku dari
darjah tiga lagi ahli PBSM tapi malas nak bertugas .Aku menggeledah begnya , tiada inhaler . Shit
" Mana inhaler ?! " Aku tanya lagi dengan suara yang lebih kuat . Dia cuma menggeleng lemah dengan mata yang tertutup . Muka sudah mula membiru . Ugh , ni lupa bawak ke cemana ni ? Rasa bercampur baur , tak tau nak marah atau jatuh kasihan dengan dia sekarang .
" Yang kepung kitorang sekarang ni , boleh tak bubar ?! Ahli PBSM dengan cikgu-cikgu ja kat sini ! Boleh tak ?! " jerit ku , marah . Lagi susah dia nak cari oksigen kalau camni . Aku yang boleh bernafas normal ni pun , dah rasa rimas ! Apatah lagi Rayyan . Emosi eh
Pengawas mula membubarkan pelajar-pelajar yang mengepung tadi .
" Cikgu , ni kena bawak ke hospital dengan secepat yang mungkin . " aku kata dengan cikgu yang mengendalikan ahli PBSM yang bertugas hari ni , Cikgu Halim .
Aku dah tak sanggup lihat Rayyan macam ni , badan aku pun mula menggigil . Trauma haritu tak habis lagi tau . Innalillah .
Ahli PBSM lelaki mula memapah Rayyan ke kereta cikgu . Cikgu Halim pula pergi meminta nombor telefon parents Rayyan dengan guru kelasnya . Aku mengikuti mereka ke kereta . Tak sampai seminit , Cikgu Halim sampai . Uiss , Cikgu confirm lari pecut tadi . Ni tentang hidup dan mati tau tak ?!
" Cikgu , boleh saya ikut tak ? " aku tanya .
" Boleh boleh . " -cikgu . Sebelum keluar dari kawasan sekolah ,
aku boleh lihat Nufail berada di belakang kereta cikgu melalui cermin sisi . Nufail nak apa ? Bukan dia sibuk ke ? HmCikgu memandu dengan laju . Fuhhhh .
" Dhiera , tolong call bapa Rayyan jap . Cikgu tengah drive ni . Kamu ada kredit kan ? " Cikgu Halim memberi sekeping kertas yang berconteng dengan nombor . Cakar ayam . Kelam kabut kan .
" Assalamualaikum . "
" Waalaikumussalam . "
" Ni Dato' Zeffry ke ? " aku tanya dulu .
" Ya ya , ni saya . Kenapa ya ? "
" Sebenarnya anak Dato' sekarang di hantar ke hospital yang berdekatan sekolah sebab dia kena serangan asma baru sahaja tadi . " aku terpaksa lah ' berdato' sekarang . Kalau aku bagitahu aku siapa , kang dibawa berborak pula .
" Betul ke ni ? Atau prank call ? "
" Ya Allah . Serious lah ni Dato' , bukan prank call atau April Fool atau pape je lah . Ni Rayyan betul-betul kena serangan ! Cikgu saya tengah drive ni , tu lah dia suruh saya yang call ! " ujarku separuh menjerit . Tatauu nak ketawa atau 'memanas' / 'membelak' * xD * sekarang . Daddy memang camni , susah nak percaya orang .
" Astaghfirullah al adzim . Baik lah , saya pergi sekarang . " belum sempat aku balas , sudah ' tut tut tutt '
Sesampainya di hospital , Rayyan terus diangkat ke atas katil . Ala yang katil sorong tu . Aku ternampak Rayyan . Cepat-cepat aku menutup mata , dia dah jadi warna biru ! Hulk versi biru ! Sudah tidak menyedarkan diri . Nampak lagi teruk dari yang haritu . Dia disorong dengan
cepat oleh nurse . Mesti lah masuk ICU jadinya .
YOU ARE READING
Tersuka Dalam Diam
Teen FictionBila hati tertutup rapat, tiba-tiba ada orang mengetuk, orang yang dulunya menyakitkan hati tapi lama kelamaan menyenangkan. Tak nak buka, tapi last last ... Ia terbuka dengan rela hatinya. Ehh, datang pula orang yang membuat hati itu tertutup rapat...