TDD - 22 ♡

8.8K 469 19
                                    

" When you find yourself missing someone , that doesn't mean the person belongs in your life . Missing someone is just apart of moving on . "

×× --------------------- ××

" Wei , kau biar betik miza ? Info dari mana kau dapat huh ? Aku takda dengar pun ! " -Shera . Ya lah , Shera ni atlet . Okay tak lah atlet sangat , setakat ikut lompat tinggi tak pernah menang ! HAHAHAHAHA okay my bad . Pernah menang , tempat ketiga . Dua tahun lalu x')

" Miza , fikir logik lah . Sukan lagi dua minggu ? Mustahil . Padang belum penuh lagi , kalau dah musim sukan memang macam sardin . Kat sana lari , kat sini lompat tinggi/jauh/kijang , kat situ lontar peluru, lempar cakera , kat sano rejam lembing , kat sona latih kawad . Kenapa takda lagi ? " amek kau . Perkataan baru aku reka .

" Eish , jangan lah kecam aku . Aku dengar masa aku dalam tandas , ada budak bercerita dengan kawan dia pasal ni . Tah dari kelas mana . Ya tak ya juga , kenapa padang belum penuh lagi ek . " -Miza .

" Kalau betul sukan nak dekat , aku kena buat tempat berlatih lompat tinggi kat rumah aku . Aku tak kira , tahun senior ni lah aku kena menang jugak . At least , naib johan pun jadi lah . Tu si Athirah tu , aku lagi tinggi dari dia do . Sekali dia melompat , macam katak ! Johan 4 kali berturut-turut ! " -Shera . Hm :')

Sebenarnya , aku bukan lah tak reti bersukan ni cuma tak minat , serius memang tak minat .

Masa tahun 1 , bila nak pilih atlet lumba lari,satu persatu kena try lari , aku sengaja melambatkan larian . So that's it . Cikgu tak pilih .

Tapi bila aku lumba lari dengan atlet-atlet masa main sorok-sorok , aku juga lagi laju dari diorang . Diorang nak bagitahu cikgu , aku ni berbakat , tapi aku terus nangis sambil kata ' kalau kau bagitahu cikgu , aku bagitahu papa aku . ' diorang pun tak berani . Yay

Okay , bila darjah lima . Ada cikgu baru , garang gila . Dia yang pilih atlet untuk lompat tinggi . Semua murid WAJIB try lompat . Serius , aku tak nak . Kalau jatuh palang , buat malu ja . So , aku bagi alasan yang aku ni pendek . Tapi dia kata tak mustahil .

Aku pun pergi ke tandas . Aku sanggup sorok kat rumah syaitan ni dari try lompat :') , lepas satu jam takda yang panggil .

Bagus , cikgu lupa aku . Tapi lepas tu , cikgu sendiri yang masuk dalam tandas cari aku . Aku terpaksa keluar , dia tarik aku pergi dewan untuk try lompat . Aku dah redha , aku pun try lompat . Masa lompat aku tutup mata . Bila buka mata balik , palang tak jatuh wei ! Kenapa tak jatuh ?!

Aku disuruh lompat berkali-kali , but still palang tu tak jatuh . So , aku di pilih menjadi atlet lompat tinggi .

Masa latihan , palang tak pernah jatuh , satu atau dua kali sahaja . Tapi bila pertandingan , setiap kali aku lompat ..

PALANG MESTI JATUH . AKU MALU GILA .

Bila masuk tingkatan satu , macam biasa . Aku fail semua , sengaja bagi fail . Kalau lempar cakera pula , aku try ja lempar . Tapi terjauh pula , senior tah siapa tu terus catat nama aku . So aku sengaja tak pernah datang latihan , aku fikir cikgu dah dapat pengganti , rupanya tidak .

Masa hari pertandingan , aku dipanggil oleh cikgu , aku pun pergi berbaris di meja pendaftaran . Bila aku fikir berulang kali masa tu , aku takut gila sampai termenangis masa tu , Kak Fatini , senior form 3 . Terus peluk aku , dia memang baik gila . Jadi dia pergi cari budak lain untuk gantikan aku . Terlepas yay .

Bila tingkatan dua , aku dah betul-betul serik . Bila disuruh try , aku sambil lewa , budak darjah satu lagi kuat lontar itu ini dari aku .

Tapi bila hari pertandingan , nama aku ntah kenapa boleh ada kat lontar peluru , lempar cakera dan yang paling ngeri , 400 meter berpagar . Berpagar gaisss berpagar . Macam mana boleh ada nama aku kat situ . Sampai cikgu panggil guna michrophone , satu padang boleh dengar .

Tersuka Dalam DiamWhere stories live. Discover now