TDD - 43 ♡

5.5K 347 84
                                    

' It doesnt matter who hurt you or broke you down. What matters is, who made you smile again.'
×× --------------- ××

Aku masuk ke kelas seperti biasa. Aku duduk di atas kerusiku. Aku kira yang terawal jugak ah harini. Aku malas nak pergi ke dewan awal, ah ada kira-kira 30+ minit lagi sebelum assembly start. Baru beberapa orang dalam kelas ni, ada yang sudah pergi ke dewan.

Aku membuka buku nota tasawwur islam dan membacanya. Bunyi bising dari luar kelas buat aku berhenti. Macam suara Shera pun ada.

Ha kan betul.

Mereka bertiga terhenti langkah dan bicara di muka pintu, terkejut lah tu sebab aku dah ada kat sekolah. Ntah, rasa macam perang dingin sedang berlaku, group chat geng pun sunyi semacam je masa cuti weekend ni, serius lah? Sebab aku jawab centu je pun, dah macam ni jadi nya? Gila.

Mereka bertiga duduk di tempat diorang masing-masing.

Ugh,awkward.

Aku kembali membaca buku, Shera dan Miza kembali bercerita tapi aku tak cuba faham pasal hal apa, Fatin hanya diam sebab kedudukan aku menghalang dia dari bercerita dengan "SheZa"

" Ha layan lah ego tu! "

" Kalau suka tu, kata je ah suka. "

" Kan. Tak reti hargai orang ke apa. "

Aku kena sindir eh? Kan? Aku memandang ke kanan.

" Sher ? Miza ? Serius ah, korang sindir aku? " ke aku yang perasan ?

" Lah, aku fikir kau tak sedar diri..
Maksud aku, tak sedar yang diri kau tu salah. " -Shera memandang tepat ke mataku.

" Look, Dhiera. Pahal kau jawab macamtu haritu? " -Miza. Aku ketawa kecil, member sendiri yang sindir ?

Apa kau rasa ?

" Aku jawab lah apa yang aku rasa. Salah ke? Aku memandang ke depan semula.

" Pandang aku masa kau cakap macam tu. Dah dah lah tu tipu kitorang, tipu diri kau sendiri ! " Shera menarik perlahan bahu aku, agar memandangnya.

" Nufail okay je kan masa aku cakap aku anggap dia kawan je? Kenapa korang pula yang emosi? " aku tersenyum pahit, terima hakikat yang Nufail okay je.

" Kau buta ke apa, Dhiera? Dia cuba tutup perasaan dia hari itu. Kau tak nampak sebab kau terus lari. Jadi kau nak dia mengamuk kat situ sebab kau kata kau tak suka dia pun? " Miza menyoal.

Aku diam seketika.

" Dia pun kata dia tak suka aku. " aku cuba menahan diri lagi.

" Jadi kau nak dia mengaku dia suka kat kau lepas kau kata kau tak suka dia. Kau rasa, dia nak malukan diri sendiri ? Dia nak, kita semua tahu yang dia ni kononnya bertepuk sebelah tangan je? Hahaha, lawak lah kau ni. Nak kata bodoh, tak boleh, top student katanya. " Shera membebel lagi. Fatin hanya diam. Ya, aku tahu dia akan diam sampai habis perbincangan ni.

Aku terasa gila dengan perangai diorang sekarang.

" Dia memang tak suka aku, Shera. Dah lah tu. " aku kata lagi.

" Dia suka kau. " Fatin berbisik perlahan.

" Kau tengok? Eh semua orang pun sedar lah ! "

" Nufail anggap aku kawan je. " aku tambah lagi.

" Haih, kalau betul pun kau tak suka dia, kau boleh je jawab, yang kau suka dia sebagai kawan kan? Berbanding kau cakap TAK. "Miza mengeluh.

Aku ketawa sinis.

Tersuka Dalam DiamWhere stories live. Discover now