TDD - 47 ♡

5.3K 405 223
                                    

If you are broken, you do not have to stay broken. - Selena Gomez ♥

×× ---------------- ××


" Eh?! " aku terundur beberapa langkah kebelakang. Dia menarik lengan bajuku.

" Longkang kat belakang, sia sia jadi ikan dalam longkang hujan hujan macamni. " selorohnya.

Lepas tu, sengih.

" Sengih-sengih macam orang gila. " desisku perlahan sambil meneruskan langkah, dia mengekori.

" Gilakan kau. "

" Cliche. "

" Okay. "

" Pergi balik lah, Nufail. " aku memandang dia.

Bajunya basah kuyup, hingga menampakkan tshirt hitam yang digunakan didalam baju sekolahnya, rambutnya jatuh ke dahi, mukanya lencun dengan air mata eh bukan.. air hujan.

Kenapa nampak kacak sangat ni.

Erk.

" Pergi balik. Nanti kau demam. Cepat. " sambungku lagi. Aku cuba payungkan badan dia sekali, nasib payung ni size besar.

" Tak payah, dah basah dah pun. Kau guna lah sorang, kau kena hujan sipi-sipi nanti. "

Okay.

" Nak balik lah ni. Balik rumah mak mertua.. " aku memandang dia dengan muka kosong.

" Eh bakal bakal. " sengih lagi.

" Kau dah kenapa buang tebiat. " tegurku. Tadi kemain lagi muka ketat, pujuk orang pun muka sedih namatey, sekarang.. sengihhh memanjang.

Bukan apa, dah dalam keadaan dia yang menggugat ini, tambah tambah lagi asyik sengih.

Eish.

" Suka hati lah. Sengih sengih pun, sedap mata memandang. Daripada monyok je manjang, orang nak pandang pun berfikir sejuta kali! " sarcasm. Aku menjeling.

" Kalau orang marah, tak boleh jumpa orang yang marah jugak. Sorry la, kau marah marah tadi, aku pun ikut stress. " katanya sedikit serius.

" Sorry la. "

" Sorry la. "

" Sorry naik lori lah. " aku malas hendak melayan sebenarnya. Nak marah lagi pun, penat.

Tiba-tiba ada lori lalu..

Eh.

Nufail disebelah sudah ketawa terbahak-bahak, aku menahan senyum.

" Panjang umur lori hahahahahaha. "

Ada lah, dalam seminit dua aku tunggu dia berhenti ketawa.

" Kau kenapa, Dhiera ?" Dia tiba-tiba tanya selepas menangkan diri dari sawannya itu. Aku diam, aku kenapa?

" Kenapa tudung kau tadi? "

" Takda lah. " jawabku ringkas. Berapa kali nak cakap daa, aku malas nak bercakap senanya.

" Kenapa tolak Adel tadi, kan susah kalau tulang dia patah ke apa. " bebelnya. Mataku mula berair, aku berkasar sebab dia berkasar.

Aku tak salah.

Salah sikit je.

" Tegur sikit nangis. Aku tak marah, aku nasihat.. aku tau kau tak salah dulu.. " aku mengangguk.

" Mesti dia attack kau dulu, kau cuma pertahankan diri. " aku mengangguk lagi. Dia senyum.

" Good girl. "

Tersuka Dalam DiamWhere stories live. Discover now