' Stop setting yourself on fire for people who will sit there and watch you burn '
×× --------------- ××
Aku bergegas pulang ke rumah . Aku perlu melalui padang untuk keluar sekolah ni . Rimas , ramai yang merenung sambil berbisik-bisik . Typical , confirm tengah membuat spekulasi masing-masing . Apa cerita ? Jejaka hot sekolah dijerit dan dimalukan depan khalayak ramai ? Atau .. Aku keluar sekolah dengan mata yang merah ?
Mulut orang memang kita tak boleh tutup , apa lagi bila mula post-post kat wechat atau twitter . Biar lah , jarang lihat binatang boleh buat camni hehehe woots woots .
Aku mandi dan cepat-cepat sembahyang zohor . Dah nak pukul 3 ? Ugh aku nak rehat , dengan otak serabut ni lagi . Tapi kena lawat Rayyan . Tak baik rasanya kalau tak pergi , dah mom siap sms aku subuh-subuh tadi . Huaaa ! Aku penat ! Secara mental dan fizikal ni !! Help me !! But , you guys cant . Sis tak wujud hehe .
Aku memakai baju long sleeve hitam yang tak bercorak , jeans hitam , tudung bawal crepe hitam dan converse hitam . Macam pergi berkabung pula . Ya lah , takziah buat hati ini . Seh
Kebetulan , tiada orang di rumah . Mama pergi jalan ngan kawan . Aku sms mama , beritahu yang aku nak jalan . Kunci pintu . Aku membawa laptop ku yang bersaiz kecil , jarang di guna , takda apa-apa pun dalamnya dan pendrive yang khas , penuh dengan episod-episod Running Man untuk Rayyan . So , dia boleh lah tonton nanti . Biarpun bilik dia VIP punya , ada tv . Tapi fav dia Running Man tu bukannya 24 hours main kat astro kan .
Huhu , otak aku boleh berfikir dengan baik sekali pula pada saat-saat cemni yay .
Aku singgah sebentar di market berdekatan , membeli buah-buahan .
Aku menanyakan jururawat yang aku jumpa , mana bilik Rayyan . Mom ada sms no biliknya , tapi aku tak jumpa . Hospital ni besar sangat .
Selepas ditunjukkan jalan , aku terjumpa mom di tengah jalan dan nampak tergesa-gesa . Aku terus menyalamnya .
" Kamu pergi lah ke biliknya .
Mom belum solat zuhur lagi ni , dah nak asar . " aku cuma mengangguk dan terus jalan .Aku mengetuk perlahan biliknya , tiada yang menyahut . Aku membuka pintu perlahan , dan menjenguk sedikit . Oh , Rayyan tengah tidur , patut lah . Aku masuk perlahan-lahan dan meletakkan barang-barang yang aku bawa di atas meja .
Lenanya dia tidur . Tak sampai hati nak kejutkan . Aku menarik kerusi , tapi secara tidak sengaja , ia berbunyi dengan kuat . Ala ala .
Dia membuka matanya dan nampak terkejut bila tahu aku ada di tepinya . No no no aku bukan hantu .
" Assalamualaikum . " aku memberikan salam .
" Waalaikumussalam . Eh , kau buat apa kat sini ? "
" Tengah toreh getah ni . Tak nampak ke ? " aku cuba berloyar buruk . Dia tiba-tiba seperti mencari sesuatu . Sampai toleh kiri kanan depan belakang atas , tapi tidak bawah sebab badannya tak larat pun HAHA . Aip ?
" Kenapa ? Kau cari apa ? " aku tanya , aku turut mencari apa yang dia cuba cari sebenarnya sampai aku tunduk tengok bawah katil tapi takda apa-apa pun .
" Aa , nak cari punchline kau . Tak jumpa , tak sampai rasanya . " dia menjawab selamba . Muka ku bertukar cemberut , eleh . Aku ni dah mula berbaik , dia camtu pula .
" Hehehe , gurau . Dah jumpa mommy dengan daddy ke ? " dia tanya .
" Dah . Semalam siap berjejak
kasih depan bilik ICU lagi . Kau ni dah sihat ke ? " aku menjawab sambil sempat memerlinya . Dia mengangguk . Heh
YOU ARE READING
Tersuka Dalam Diam
Novela JuvenilBila hati tertutup rapat, tiba-tiba ada orang mengetuk, orang yang dulunya menyakitkan hati tapi lama kelamaan menyenangkan. Tak nak buka, tapi last last ... Ia terbuka dengan rela hatinya. Ehh, datang pula orang yang membuat hati itu tertutup rapat...