×× -------------------- ××
Nufail's P.O.V **
"Wei mamat bapak metal,pakai baju serba hitam macam nak pergi kawasan perkuburan ! Mulut kau macam mak aku . Potpetpotpet ! Puik,ha ! Kau pun takde mata eh ?! Kau tak nampak ke mata aku terletak elok di muka aku ? Ada nampak mata aku di lutut ? Takde kan ?! Lain kali,cakap guna otak ! Harap muka je,handsome . Perangai macam mak enon ! Orang dah mintak maaf,nak bebel bagai . Shuh shuh,tepi sikit . Aku nak lalu . " Belum sempat aku nak lawan kata-kata dia tu,minah tu dah blahhhh !
Banyakk cantik muka dia . Eh cantik ke ? Errr,bolehlah .
Mata yang bulat berwarna coklat,bulu mata yang panjang melentik. Kening yang cantik . Hidung mancung terletak . Bibir yang mungil ??? Comel je . Macam barbie jugak kalau ditengok sekilas . Elehhh,kecantikan tu takda gunanya kalau cara percakapan yang fuhhhh . Rockkk !
Yang aku tak puas hati ni,dia panggil aku bapakk metal ? Perangai macam mak enonn ? Wuh,takde insurans betul mulut dia ni. Tapi aku pun salah jugak kot ?? Yalah,dia langgar tak sakit mana pun . Aku sengaja ja buat buat sakit sangat . Ehhh, takda takda . Dia lagi salah . Heish serabut pulak .
Takpa,kita satu sekolah . Boleh jumpa lagi . Silap silap,boleh satu kelas ? Kankankan ? Muahahahaha !!
"Nufail,apa yang kamu tunggu tu ? Jom balik . Buku-buku teks kamu,Pak Mail dah angkat ke kereta . Esok kamu dah boleh start sekolah . Cikgu Mina dah bagi mama jadual kamu . Kamu masuk kelas 5 Sains . Okay ? "
"haaa ? Ohh okay mama . Jom balik "
******
Dhiera's P.O.V**
Kringgg !!!!
" Okay class . Kamu boleh balik "
lepas mengucapkan terima kasih . Pelajar lain dah berpusu-pusu keluar kelas . Nak balik cepat lah tu ."Dee,cepatlah kemas barang kau . Aku pun nak balik cepat ni . Lapar lah "-Miza . Hish minah sorang ni . Kuat makan betul . Tapi yang peliknya . Tetap slim . Badan pun tinggi . Muka pun ala-ala Korea ! Boleh jadi model . Miza ni memang ada kacukan Korea dari moyang dia . Jadi tak hairan lah .
"Ya, japlah . "
Selepas kemas bag,kami pun keluar kelas.Miza kena jemput oleh ayah nya . Aku dan Shera balik jalan kaki . Rumah kitorang satu area . Dekat je dengan sekolah . Jalan 10 minit pun boleh sampai . Dalam perjalanan pulang ..
" Haish , aku tak sabar pulak nak tengok muka budak baru tu . Kau rasa handsome ke ? Kalau handsome , full pakej tu . Dah kaya, pandai lagi . " -Shera .
" Hmm,ntahlah . Aku tak kisah sangat " Padahal dalam hati,kalau lah Shera tau . KACAK gila !
"Heish,kau ni . Macam takde hati . Kau tu cantik,Dee . Takkan hati kau tak pernah terpaut dengan siapa-siapa kot ? Sejak kau pindah sini,aku tengok . Kau tak pernah 'on-crush' dengan sesiapa . Fans kau pun banyak berlambak . Tu si Firash tu . Dah lama minat kat kau . Kau buat tak tau je . Nak kata dia tak kacak. Eh kacak tuuu ! Comel lagi . Ramai nak dekat dia,tapi dia pandang kau je . " - Shera .
"Hm aku pun taktau la Sher . Aku masih teringat kat Rayyan lagi lah .Lagi pun,okay jugak aku macam ni . Dahlah tahun ni kita nak SPM . Boleh focus " aku mengeluh .
"Dahlah tu,Dee . Move on lah . Dah bertahun-tahun lamanya . Setia sangatlah . Aku tau lah . Aku tak suruh pun kau couple-couple ni . Tapi aku pelik je . Kita ni remaja . Kau faham kan ? "- Shera .
YOU ARE READING
Tersuka Dalam Diam
Ficção AdolescenteBila hati tertutup rapat, tiba-tiba ada orang mengetuk, orang yang dulunya menyakitkan hati tapi lama kelamaan menyenangkan. Tak nak buka, tapi last last ... Ia terbuka dengan rela hatinya. Ehh, datang pula orang yang membuat hati itu tertutup rapat...