No POV
Mata Taehyung menilik pada tubuh Arin yang sedang menudukkan kepalanya ke bawah. Dia menjenguk sedikit kepalanya untuk melihat Arin dengan lebih jelas.
Arin menyelitkan rambutnya yang jatuh di ke belakang telinga. Taehyung bersandar semula badannya. Dia menyilangkan tangannya sambil matanya tidak lepas perhatikan Arin.
Taehyung menggigit bibir bawahnya. Tiba2 rasa bersalah di hatinya apabila melihat wajah Arin yang muram itu.
Taehyung memerhatikan Arin sehingga bas berhenti kerana Arin menekan butang untuk turun.
Taehyung terkejut dan hanya memerhati Arin sehingga dia turun. Taehyung melihat Arin yang sedang membuka pintu pagar rumahnya dan masuk. Bas mula bergerak untuk pergi.
Taehyung tetap tidak mengalih pandangannya pada Arin dari dalam bas sehingga tidak nampak bayangan Arin.
.....
Aku masuk ke dalam dengan langkah longlai. Tadi aku perasan kereta papa aku dekat depan rumah. Agak jarang aku berjumpa dengan papa. Walaupun kami serumah. Selalunya waktu aku tidur dia baru balik kerja. Pagi2 pula dia dah keluar awal pergi kerja.
Aku bukak lock pintu dan masuk. Aku bukak lampu ruang tamu dan kipas. Aku hempaskan diri ku di sofa.
"Argghh... Penatnya .." Keluh ku sebentar kemudian aku bangun dan letak beg aku atas sofa dan pergi ke dapur.
Aku mengambil gelas di rak. Tiba2..
"Arin?"
"Ahh!.. Terkejut saya" Kata aku memegang dada. Aku terkejut. Rupanya papa!
"Papa.. tak tidur lagi?" Aku pandangnya.
"Belum. Kamu? Kamu dari mana ni? Kenapa balik lewat?" Papa tanya ku.
"Uhh.. Baru balik dari kerja" Aku jawab pada masa yang sama aku keluh.
"Kerja? Bila masa kamu kerja? " Papa membuat muka pelik.
"Papa tak tau lagi ke? Mama tak bagi tau eh? " Aku tanya nya.
"Tak pun.. " Papa menggeleng.
"Mama lupa kut.. Ni Arin baru dapat kerja semalam. Kerja jadi manager" Aku cakap sambil tuang air ke dalam gelas.
"Manager..?! Artis? " Papa tanya sambil duduk di meja makan.
"Yup.." Aku jawab sambil duduk di sebelah papa.
"Siapa? Namja? Yeoja? " Papa mengangkat kedua kening nya.
Gulp.
"Nama dia Kim Taehyung. Dia namja Dia ni idol. Kebetulan dari grup yang Arin minat" Aku jawab dan senyum pendek.
Sebut nama Taehyung teringat hal tadi. Hmmm.
"Namja? Okey ke? Dia tak ada kacau Arin?" Soal papa prihatin.
Kalau nak diikutkan dia suka buli aku. Hmm.. Tapi takkan aku nak mengadu kat Papa pulak.
"Okey je. Dia baik. Dia tak kacau Arin pun" Kata ku dan memuncung bibir ku. Baik sangat..
"Papa tak payah risau Arin sangat lah, Arin dah besar Arin boleh jaga diri sendiri" Kata aku dan cuba senyum.
"Ya.. Papa tahu Arin dah besar.. Take care of ur self okey?" Papa mengusap kan kepala ku dan senyum pada ku.
YOU ARE READING
I'm Kim Taehyung Manager(ON-GOING)
FanfictionHighest-ranking 🎖 #64 of Kim Taehyung Highest-ranking 🎖 #1 of 태형 Highest-ranking 🎖 #53 of bts Highest-ranking 🎖 #1 of Kim Minjae Highest-ranking 🎖 #1 of Manager Highest-ranking 🎖 #14 of 방탄소년단 (Malay ver) Arin seorang perempuan yang berumur...