BTS baru sahaja selesai latihan yang pertama. Aku naik ke atas pentas dan memberikan air mineral kepada Taehyung. Taehyung membuka penutup botol itu lalu meneguknya. Nampak sangat dahaga.
Setelah itu dia bagi pada Jimin. Jimin mencapainya dan menuangkan air itu ke dalam mulutnya tanpa botol itu menyentuh bibirnya.
Aku mengelap peluh Taehyung di bahagian leher. Taehyung memejamkan matanya sambil mengawal nafas yang masih mengah setelah menari tadi.
"Awak okay tak?" Soal ku memandangnya sekilas. "Emm.. Huhh penat sikit" Dia memegang dahinya dan berkerut. Penat sangat aku tengok dia. Sebab diorang kena perform Intro + Boy In Luv + War of Hormon + Danger.
"Lagi 6 minit untuk take 2! Bersedia!" Laung salah satu staff di situ. BTS memandang ke arah itu staff itu sekilas. Cepatnya.
"Arin betulkan dekat belakang aku tu. Rasa macam cam longgar" Kata Taehyung. "Nae" Aku membetulkan di bahagian belakang seluarnya.
"Tadi aku okay tak perform?" Taehyung menyoal sambil memandang ku di belakang. Aku mendongak.
"Macam biasa. Facial expression awak memang terbaik" Kata ku tersenyum. Taehyung tersengih. "Kau mengampu aku ke apa?". "Mana ada, dah awak tanya. Saya jawablah" Aku mengalihkan perhatian kepada belakangnya semula. Payahnya benda ni nak pasang betul2.
"Haa dah" Aku pergi ke depannya semula. "Mic awak okay tak?" Aku menyentuh Mic nya di bahagian pipi. "Okay je" Dia tersenyum kotak pada ku.
"Tapi oppa rasa dekat sini tak okay, kenapa eh?" Sengaja soalan itu diajukan Taehyung sambil menyentuh bahagian dada kirinya. Dia melihat ku.
Aku cuba menahan senyuman ku. "Emm.. Mungkin awak ada penyakit jantung kut" Jawab ku. "Jinja? Jadi kau lah penyebab dia" Kata Taehyung yang masih melihat ku.
"Nae?" Aku mengangkat kening ku. "Kau lah penyebab kepada jantung aku yang berdegup laju ni" Taehyung tersenyum meleret. Aku memandang ke arah lain sambil tersengih. Ada2 jelah Taehyung ni.
"Anyyeonghasaeyo Jaeyung sunbae"
Aku memandang ke arah sana. Dan terlihat Jaeyung di situ sambil tersenyum kepada mereka. Terus riak wajah ku berubah. Dia sedang berborak dengan BTS. Taehyung yang perasan akan kehadirannya juga pergi ke arah dia. Dan aku masih kaku di situ.
"Anyyeonghasaeyo sunbae" Taehyung menunduk pada Jaeyung. Jaeyung tersenyum sambil menepuk perlahan bahu Taehyung. Dan dia melihat ku yang tidak berapa jauh dari mereka.
"Oh tu, manager kamu kan Taehyung?" Soal Jaeyung yang masih memandang ku. Taehyung menoleh ke belakang dan pandang ku. Dan membuat isyarat untuk datang kepadanya. "Nae manager saya" Taehyung pandang Jaeyung semula.
Aku dengan hati tak rela pergi kepada mereka. "Anyyeonghasaeyo, Arin imnida. Manager Taehyung" Aku tunduk hormat pada nya. Dia tersenyum. "Joo Jaeyung imnida. Selamat berkenalan" Dia menghulurkan tangan pada aku untuk salam.
YOU ARE READING
I'm Kim Taehyung Manager(ON-GOING)
FanfictionHighest-ranking 🎖 #64 of Kim Taehyung Highest-ranking 🎖 #1 of 태형 Highest-ranking 🎖 #53 of bts Highest-ranking 🎖 #1 of Kim Minjae Highest-ranking 🎖 #1 of Manager Highest-ranking 🎖 #14 of 방탄소년단 (Malay ver) Arin seorang perempuan yang berumur...