Bahagian 53

724 73 17
                                    


Taehyung POVs.



Aku merenung syiling bilik ku. Hmm... Bosan. Aku lihat screen Phone ku. Dan letakkan balik ke bawah. Aku mengeluh.

Mesti diorang tengah berseronok sambut hari jadi Arin. Sampai tak hantar mesej pun dekat aku diorang ni. Dah lupa aku ke dekat sini sorang?

Ya. Salah aku jugak sebab tak nak ikut. Tetapi aku dah tak ada mood. Kotak rantai yang aku belikan untuk Arin dah hilang. Dan plan yang aku rancangkan selama ni jadi macam abu je. Entah mana kotak berharga aku tu hilang.

Aku duduk lalu menguakkan rambut aku ke belakang. Aku bangun dan menuju ke bilik air. Aku membuka pili air di sinki. Dan aku tadah air dengan kedua tapak tanganku lalu menyapu di seluruh bahagian muka ku. Hahh.. Segar sikit.

Aku pandang wajah ku di cermin bilik air itu. Merenung wajah ku yang bertukar masam. Riak wajah seperti budak kecil yang tak dapat beli mainan kegemarannya.


Dan mata aku mengalih kan pada suatu tempat di pantulan cermin itu.

"Eh?" Aku mengecilkan mata ku untuk memfokus apa yang aku nampak. Aku pusing ke belakang iaitu di rak syampu. Di celah syampu2 itu aku ternampak sesuatu yang bewarna merah.

Aku cuba mengambilnya dan aku terasa seperti... KOTAK RANTAI!

Setelah aku ambil, aku lihat objek itu. Dan ya! Aku dah jumpa!!! "Haihh.. Dekat sini kau rupanya" Aku tersengih dan cium kotak merah itu.Aku menolak pintu bilik air dengan kasar.

"I'm coming Arin!!" Jerit ku sendiri di bilik itu. Lalu aku mengambil bunga yang aku belikan untuk Arin. Aku tersenyum gembira.

....


Arin POVs

Aku sedang membasuh pinggan di dapur. Tangan ku ralit menggosok pinggan itu. Aku terdengar mereka sedang bergelak ketawa di ruang tamu. Aku hanya tersenyum..

"Arin sshi" Panggil seseorang yang aku amat mengenalinya. Aku menoleh ke arah suara itu dengan senyuman.

"Ya nek?" Soal ku dan tangan ku masih lagi meneruskan aktiviti.

"Dah besar dah kan Minjae tu selepas dia balik sini" Kata nenek dan tarik kerusi meja makan dan duduk kerana tak larat berdiri lama.

"Nae... Dia makin tinggi. Makin matang" Kata ku."Makin kacak?" Sambung nenek tersengih.

"Hahahh. Nae dia makin kacak. Pastu lesung pipit dia tu makin dalam" Balas ku tersenyum. Teringat dulu, Minjae memang tinggi dari ku tapi suara dia dulu macam suara budak-budak. Macam chipmunk pun ada.

"Kamu suka Minjae?" Soal nenek pandang wajah ku.

"Mestilah. Dia kawan Arin masa kecil di kampung dulu. Dia rapat dengan Arin. Dan Arin dah anggap dia macam oppa walaupun umur kami sama" Jelas ku. Tangan ku mengambil pinggan yang seterusnya untuk di basuh.



"Kkeundae. Nenek rasa dia tak anggap kamu macam dongsaeng dia" Kata nenek membuatkan aktiviti ku berhenti. Aku menoleh.

"Apa maksud nenek?" Soal ku dan melihat nenek ku yang tersenyum melihat ku.

"Dia anggap kamu lebih dari tu Arin. Dia bersungguh nak beritahu kamu. Tapi dia ragu2 sebab kamu anggap dia macam tu. Dia sayang sangat dengan kamu. Sampai dia jaga nenek dengan baik dekat kampung" Jelas nenek pada ku.


"Dia jaga nenek dengan ikhlas nek. Nenek pun tahu kan Minjae tu macam mana orangnya?" Balas ku.

"Ya. Sebab tu nenek suka, sayang Minjae tu. Keluarga dia pun baik dengan kita" Kata nenek lagi. Aku mengangguk.

I'm Kim Taehyung Manager(ON-GOING)Where stories live. Discover now