Sedang Taehyung bermain dengan phone nya, tiba² dia terima message dari nombor yang tak di kenali.
Taehyung mengerutkan dahinya. "Siapa pulak ni?"
Dia terus tekan message itu.
Dan banyak gambar Arin dengan Minjae yang keluar. Yang membuatkan Taehyung panas hati apabila dia terlihat satu gambar ni.
"Ouhh... Patutlah dia nak sangat keluar dengan Minjae tu" Kata Taehyung dengan geram. Dia meng off kan phone nya lalu baring di katil.
Habis. Taehyung dah merajuk. Ayok Arin...
....
Keesokannya.
Dorm.
"Annyeong semua. Ni sarapan untuk hari ni. Makanlah" Kata Arin dan
yang lain hanya membalas dengan senyuman. Arin perasan dari tadi Jimin dengan Jungkook tenung dia.Arin memandang sekeliling di ruang tamu itu seperti mencari seseorang. Hanya seorang sahaja yang tiada di situ.
"Jimin, Taehyung mana?" Tanya Arin pelik. Selalu nya diorang semua ada je dekat bawah sama²."Dekat bilik lagi kut. Pergilah tengok" Jawab Jimin.
"Ouhh.. Okay" Arin terus ke tingkat atas dan menuju ke bilik Taehyung. Arin mengetuk pintu bilik itu beberapa kali sebelum dia masuk.
Taehyung sedang bermain dengan phone nya. Taehyung langsung tidak memandang Arin. Malah mukanya menjadi masam dengan kehadiran Arin di bilik itu.
"Um.. Taehyung sarapan ada dekat bawah. Turunlah.. Yang lain sem" Taehyung memotong ayat Arin.
"Tak nak"
"Kenapa? Awak tak sarapan lagi kan?" Tanya Arin. Taehyung menjeling. "Apa kau kisah?"
"Kenapa dengan awak ni? Bad mood je?" Soal Arin yang ragu dengan perangai Taehyung. "Memang aku bad mood! Dah keluar! Buat sakit hati aku je" Kata Taehyung, matanya mula kembali kepada screen phone.
Arin yang masih tak faham kenapa Taehyung sebegitu mengeluh lalu dia keluar dari bilik tersebut. "Dah buat salah bukannya nak pujuk aku pun! Iee" Kata Taehyung geram.
...
"Hobi kenapa dengan Taehyung? Dia ada masalah ke?" Tanya Arin pada Hoseok yang sedang menjamu selera.
"Tak ada. Kenapa tanya? Lagi satu mana Taehyung tak turun²?" Soal Hoseok pelik. "Hmm. Tu lah.. Dia kata tak nak makan. Saya pun pelik. Pastu dia moody semacam" Terang Arin.
"Adalah tu sebab dia jadi macam tu.. Nanti Arin tanya lah apa masalah dia eh?" Kata Hoseok.
"Arasso.. " Balas Arin.
...
"Kau kenapa macam moody je hari ni? Datang bulan eh" Tanya Jimin.
Taehyung mengerling rakan sebiliknya itu. "Aah"
"Uishh.. Tak sangka aku yang kau ni dua jantina" Jimin menutup mulut nya seakan-akan terkejut dengan jawapan Taehyung. "Heh tak lawak lah" Balas Taehyung yang agak dingin. Jimin mengeluh.
"Asal kau ni hah? Cuba cerita sikit apa masalah kau?" Yang setia mendengar masalah Taehyung itu.
"Tak ada apalah.. Aku boleh selesai kan sendiri. Jangan risaukan aku" Kata Taehyung.
"Siapa yang risaukan kau pun? Hahahahh" Taehyung membaling bantalnya pada Jimin yang mengusik nya.
"Belah lah" Kata Taehyung geram.
YOU ARE READING
I'm Kim Taehyung Manager(ON-GOING)
FanfictionHighest-ranking 🎖 #64 of Kim Taehyung Highest-ranking 🎖 #1 of 태형 Highest-ranking 🎖 #53 of bts Highest-ranking 🎖 #1 of Kim Minjae Highest-ranking 🎖 #1 of Manager Highest-ranking 🎖 #14 of 방탄소년단 (Malay ver) Arin seorang perempuan yang berumur...