Bahagian 62

781 59 0
                                    

Arin POVs

Hari ni aku cuti rehat. Taehyung mesej ku semalam dan bagi tahu aku cuti hari ni. Aku rasa mungkin sebab semalam rasanya. Jadi sekarang aku tengah membaca komik yang aku beli dulu. Teringat pulak kenangan lalu.

Masa tu aku tengah baca komik dalam van dan Taehyung perasan aku asyik tersengih. Lepas tu dia perli aku yang komik hanya untuk budak-budak. Dan aku pun pertama kali memarahinya. Bukan marah, cuma tak setuju apa yang dia katakan.

Aku tersenyum sendiri teringat waktu itu. Taehyung memang suka buli aku, jeling aku. Tapi aku dah biasa. Orang cakap perangai dia tak matang. Tapi bagi aku tak. Semua orang ada kelemahan dan kelebihan masing2.

Aku pun sama. Kelemahan aku ialah tidak dapat berterus terang dengan berani.

Malam.

Sedang aku membaca komik. Tiba-tiba pintu bilik ku di ketuk. Dan mama menjenguk di celah pintu. "Arin, ada orang nak jumpa kamu. Dia ada dekat luar" Kata Mama.

"Siapa Mama?" Soalku ingin tahu. Mama hanya mengatakan dia seorang yeoja. Yeoja? Aku berkerut dahi. Siapa pulak yang datang waktu malam macam ni?  Lantas aku turun dari katil ku dan turun ke tingkat bawah.

Aku membuka pintu dan terlihat figura seorang yeoja di depan aku. Dia menoleh dan tersenyum pada aku. Mata ku membesar kerana terkejut dengan kehadirannya.

"Anyyeong Arin sshi" Dia tersenyum pendek pada ku.

"Pn. Kim" Kata ku yang masih tidak percaya dengan kehadirannya di rumah ku. Eomma Taehyung di rumah aku?



Dorm BTS.

Hari ni juga BTS tiada apa-apa aktiviti dan hanya merehatkan diri mereka di Dorm. Dan mereka semua berada di ruang tamu bawah. Membuat hal masing-masing.

Ada yang sedang menonton televisyen, ada yang bermain game di Hp mereka. Dan ada juga yang termenung.

"Wehh aku bosan lah... " Jimin merungut bosan dan melentok kan kepalanya di bahu Jungkook. "Kann.. Bosanlah hari tak ada buat apa. Dahlah Arin noona pun cuti hari ni" Cebik Jungkook.

Taehyung menjeling ke arah mereka sebentar dan kembali bermain dengan Phone nya. Kalau sebut nama Arin pandang je cik abang ni.

"HAH!" Jerit Hoseok tiba-tiba dan hampir semua mereka terkejut. "Kau kenapa?" Yoongi mengerling Hoseok yang sudah berdiri itu. Kau dah kenapa?

"Di sebabkan kita semua tak ada buat apa kan sekarang. Jadi apa kata kita main satu game?" Soalnya dengan sengihan. 

"Hah?? Game apa?" Soal Jimin pula. Tiba-tiba tertarik pula dia nak bermain. Tengah bosan kan. "Adalah.. Tapi sekarang aku nak korang  duduk dalam satu bulatan dekat sini. Jom" Hoseok menunjuk di ruangan kosong di ruang tamu itu.

Yoongi dan Namjoon pada mulanya menolak. Diorang lebih rela tidur dari bermain game sekarang ni.Tetapi setelah di pujuk Hoseok, akhirnya mereka setuju walaupun tidak tahu permainan apa yang Hoseok mahu main.

Dan sekarang mereka semua duduk dalam bulatan yang agak besar. Hoseok menyuruh mereka menunggu sebentar dan naik ke biliknya.

Dan dia kembali turun dengan kertas2 di tangannya. "Kau nak main apa sebernanya?" Soal Yoongi berkerut. Entah si Hobi ni. Yoongi dah serabut dah tu.

Namjoon menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hoseok duduk di tempat nya dan letakkan kertas kecil yang sudah di lipat di tengah2 antara mereka.

Hoseok tersenyum. "Aku memang dah lama naik main permainan ni dengan korang. Game di ialah truth or dare". Ha sudah dia nak main game tu.

I'm Kim Taehyung Manager(ON-GOING)Where stories live. Discover now