Bahagian 63.5

801 72 21
                                    

Arin POVs.

Lama jugak aku nak tenangkan Taehyung selepas cerita tu tamat. Sampai merah hidung dia nangis. Dia nangis dekat bahu aku pulak tu lepas keluar dari panggung wayang. Sampai orang lain pun tengok kitaorang berdua pelik.

"Awak dah pukul berapa dah ni. Jom balik. Mata awak pun dah kuyu tu" Kata ku mengajak nya balik. Dah lewat malam ni dah ni. Nanti Mama papa aku risau pulak.

Dia mengangguk perlahan dan menggosok matanya mengantuk. Alahai comel nya si Taehyung ni. Asal dia macam ni eh? Oh ya. Ustaz Adam punya pasal. Thank you ustaz Adam.

"Arin ah" Panggil Taehyung. Aku yang mahu baru cari teksi terhenti. Aku menoleh memandangnya. "Nae?"

"Aku nak tidur hotel lah" Kata Taehyung. Membulat mata ku mendengarnya. "Yahh michasseo? Andwae yo!"

"Alahh aku ngantuk lah. Aku nak tidur dekat sini malam ni. Esok aku balik lah" Katanya dengan muka mengantuk. Aku mengeluh dan menggaru kepala ku buntu. Aku memandang sekeliling dan pandang nya kembali. Patut ke aku dengar cakap dia ni? Nanti susah lah klu Pn. Hyunsoo tau.

"Tu lah awak. Pergi Mall malam2 macam ni. Jauh pulak tu dari dorm" Rungut ku.

"Aishh.. Banyak bebel lah kau ni. Cepat lah booking bilik sekarang dekat hotel. Aku dah ngantuk ni~" Dia menggaru lehernya. Matanya pula seperti mahu tertutup kerana mengantuk.

Aku mengeluh berat lagi mendengar permintaan mengarut dia tu. Habis tu aku macam mana? Kena bermalam jugak dekat sini? Wahh gila!

"Ppali.. Kalau tak aku tidur dekat sini" Taehyung terus duduk di simen. Aku yang terkejut dengan tindakan nya terus mengangkat lengan nya untuk berdiri balik. "Okay2. Saya booking bilik sekarang! Cepat bangun!"

Dia bangun dengan malas nya. "Jom" Aku memimpinnya dan cari hotel yang terdekat di situ.

12. 15 A. M.

"Saya masuk bilik dulu. Jalja" Kata Jungkook kepada dua hyung nya. "Nae jalja" Kata Hoseok. "Jalja" Balas Jimin lalu menguap luas. Besarnya menguap. Penumbuk pun boleh muat masuk mulut tu.

Hoseok merangkul bahu Jimin dan berjalan bersama ke bilik mereka. Terhuyung hayang jalan sebab ngantuk sangat.

Jimin membuka pintu bilik dengan malas nya. Sebaik sahaja dia nampak katil terus dia berlari dan terjun ke atas katilnya. "Arghh~ Bestnya" Dia memeluk kuat bantalnya.

Hoseok pula duduk di katilnya degan matanya yang mahu tertutup. Kemudian dia melihat Jimin yang sedang asyik berbaring di katil. Dia membuka matanya luas.

"Yahh mana Taehyung? Dia tak balik lagi ke?" Soal Hoseok yang baru perasan ketiadaan Taehyung di situ.

"Um? Uh Taehyung tu tak balik lagi lah tu Emm.." Balas Jimin dengan suara serak dan malas. Mengantuk sangat lah tu.

"Umm" Hoseok mengangguk. Dan kemudian dia membaringkan nya diri. Tak sampai 10 minit dah terlelap dah diorang. Goodnight Hobi. Goodnight Jimin.

...

"Kami ada satu bilik je yang tinggal. Sebab hotel kami ramai yang dah booking awal2. Ni pun nasib baik ada tinggal lagi satu bilik. Jadi cik nak ke bilik tu?" Soal penjaga kaunter di hotel itu.

Arin menggaru kepalanya. Dia menoleh dan memandang Taehyung yang sedang terlena di sofa yang berada di lobi itu. Sampai mulut pun ternganga Ha. Btw Arin pakaikan topi pada Taehyung sampai tertutup mata dia. Identiti tetap kena jaga.

Serius lah satu bilik? Tak kan aku nak duduk sebilik dengan dia satu malam. Michin. Ke aku patut tinggalkan dia dekat sini? Aishh nanti dia salahkan aku tak jaga dia pulak apalah. And kalau Pn. Hyunsoo tau macam mana?

I'm Kim Taehyung Manager(ON-GOING)Where stories live. Discover now